Bahagian Tawau
Bahagian Tawau | |
---|---|
![]() Lokasi Bahagian Tawau di Sabah | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Pusat pentadbiran | Bandar Tawau |
Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Tawau Majlis Daerah Lahad Datu Majlis Daerah Semporna Majlis Daerah Kunak |
Luas | |
• Jumlah | 14,905 km2 (5,755 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 819,955 |
• Kepadatan | 55/km2 (140/batu persegi) |
Bahagian Tawau adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Ia meliputi sejumlah 14,905 kilometer persegi atau 20% daripada wilayah Sabah. Bandar-bandar utama di Bahagian ini termasuklah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Bahagian Tawau memilki 26% daripada jumlah penduduk di Sabah dengan suku kaum yang terdiri daripada suku pribumi Bajau, Suluk, Ida'an, Murut dan Lun Bawang/Lundayeh suku minoriti dan Tidong, Bugis dari Sulawesi, serta sejumlah besar pendatang haram dari Filipina dan juga Indonesia.Pendatang haram ini datang melalui laut yang mempunyai kawalan yang tidak ketat . Kebanyakkan daripada mereka menetap di kampung-kampung yang ada di sekitar Tawau. Sama seperti tempat-tempat lain di Sabah, bandar-bandarnya turut mempunyai sebilangan minoriti besar kaum Cina yang memonopli bidang perniagaan.
Pelabuhan Tawau adalah pelabuhan yang ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Pelabuhan tersebut berfungsi sebagai pusat eksport utama produk pembalakan dan agrikultur. Terdapat dua lapangan terbang domestik di Bahagian Tawau iaitu Tawau dan satu lagi berada di Lahad Datu.Tawau juga merupakan salah satu perhentian pelancong asing sebelum pergi ke pulau-pulau yang ada di sekitarnya.Ini disebabkan, Tawau mempunyai lapangan terbang yang paling dekat berbanding Lahad Datu.
Daerah[sunting | sunting sumber]
Antara Daerah yang terletak di Bahagian Tawau ialah
- Daerah Kalabakan
- Daerah Kunak
- Daerah Lahad Datu
- Daerah Semporna
- Daerah Tawau
- Daerah Kecil Pulau Bum Bum (2018)
- Daerah Kecil Tungku
Ahli Parlimen (Dewan Rakyat)[sunting | sunting sumber]
Parliamen | Ahli Parliamen | Parti |
---|---|---|
P188 Lahad Datu | Mohammadin Ketapi | WARISAN |
P189 Semprona | Shafie Apdal | WARISAN |
P190 Tawau | Christina Liew Chin Jin | PH (PKR) |
P191 Kalabakan | Ma'mun Sulaiman | WARISAN |
Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]
Bahagian Tawau juga terkenal dengan beberapa tempat yang menarik seperti
- Taman Sipadan, Semporna
- Taman Tun Sakaran , Semporna
- Lembah Danum , Lahad Datu
- Tabin , Lahad Datu
- Taman Bukit Tawau, Tawau
- Gua Madai , Kunak
- Pantai Highway Tawau