Bahagian di Sarawak
Jump to navigation
Jump to search
Pada tahun 2002, bahagian di Sarawak telah ditambah kepada dua bahagian, iaitu bahagian Mukah dan Betong. Pada 2015, Serian diisytiharkan sebagai bahagian baru di negeri Sarawak. Setakat ini, Sarawak telah mempunyai 12 bahagian keseluruhannya.
Sarawak terdiri daripada 12 bahagian (division) iaitu (angka menunjukkan keluasan dalam kilometer persegi):-
- Kapit 38,933.98
- Miri 26,777.07
- Bintulu 12,166.21
- Sibu 8,278.29
- Limbang 7,790.01
- Mukah (2002) 6,997.61
- Sri Aman 5,466.25
- Kuching 4,559.55
- Sarikei 4,332.35
- Betong (2002) 4,180.74
- Samarahan 2927.55
- Serian (2015) 2,039.9
Setiap bahagian diketuai oleh seorang Residen, dan setiap bahagian dibahagikan kepada 2 - 4 daerah. Setiap daerah diketuai oleh seorang pegawai daerah.