Bahan api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kayu antara bahan api kegunaan manusia terawal.[1]

Bahan api merupakan sebarang bahan yang boleh dibuat untuk bertindakbalas dengan bahan-bahan lain untuk melepaskan tenaga kimia atau nuklear sebagai haba atau digunakan untuk fizik. Pasa mulanya konsepnya digunakan pada bahan-bahan yang mampu melepaskan tenaga kimia tetapi kini juga digunakan bagi punca tenaga haba yang lain seperti tenaga nuklear (melalui pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear).

Tenaga haba yang dilepaskan oleh tindak balas bahan api ditukarkan kepada tenaga mekanik melalui enjin haba. Ada kalanya juga haba itu dihargai untuk kepanasan, memasak, atau proses industri di samping pencahayaan yang datang dengan pembakaran. Bahan api juga digunakan dalam sel-sel organisma dalam proses pernafasan sel di mana molekul organik dioksidakan untuk melepaskan tenaga boleh guna. Hidrokarbon dan molekul mengandung oksigen yang berkenaan adalah sumber bahan api yang jauh paling umum digunakan oleh manusia, tetapi juga terdapat bahan-bahan lain seperti logam radioaktif.

Bahan api dibezakan daripada bahan-bahan atau alat-alat lain yang menyimpan tenaga berpotensi seperti yang melepaskan Tenaga elektrik secara langsung (seperti bateri dan kapasitor) atau tenaga mekanik (seperti roda tenaga, spring, udara mampat, atau air dalam takungan).

Kimia[sunting | sunting sumber]

Bahan api kimia merupakan bahan yang melepaskan tenaga dengan bertindak balas dengan bahan-bahan sekitarnya, terutamanya melalui proses pembakaran. Kebanyakan tenaga kimia yang terlepas dalam pembakaran tidak disimpan dalam ikatan kimia bahan api, tetapi dalam ikatan ganda dua yang lemah dalam oksigen yang molekul.[2]

Bahan api kimia terbahagi kepada dua cara. Pertamanya, mengikut sifat fizikal sebagai pepejal, cecair atau gas. Keduanya, mengikut kejadiannya: primer (semual jadi) dan sekunder (buatan). Oleh itu, bahan api kimia digolongkan seperti berikut:

General types of chemical fuels
Primer (semula jadi) Sekunder (buatan)
Bahan api pejal kayu, batu arang, gambut, tahi, dsb. kok, arang
Bahan api cair petroleum diesel, petrol, kerosin, LPG, tar batu arang, nafta, etanol
Bahan api gas gas asli hidrogen, propana, metana, gas arang, gas air

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schobert, Harold (2013-01-17). Chemistry of Fossil Fuels and Biofuels (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 9780521114004. 
  2. ^ Schmidt-Rohr, K (2015). "Why Combustions Are Always Exothermic, Yielding About 418 kJ per Mole of O2". J. Chem. Educ. 92 (12): 2094–2099. doi:10.1021/acs.jchemed.5b00333.