Baharuddin Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Baharuddin Zainal
Info kelahiran Baharuddin bin Zainal
(1939-05-22) 22 Mei 1939 (umur 78)
Batu 15, Hutan Melintang, Perak, Malaysia
Nama pena Baha Zain
Pekerjaan Penulis
Bahasa Bahasa Melayu
Warganegara Malaysia
Etnik Melayu
Rakyat Malaysia

Dato' Baharuddin Zainal (atau Baha Zain; dilahirkan pada 22 Mei 1939 di Hutan Melintang, Perak, Malaysia) merupakan penulis, tokoh penyair dan intelektual terkenal . Beliau telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara ke-12 pada 2013.[1] Pengumuman anugerah tertinggi dalam bidang kesusasteraan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[2]

Karya-karya puisi telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Inggeris, Korea, Jerman, Russia, Mandarin dan bahasa Sepanyol.

Kerjaya dan perniagaan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Pegawai Penyelidik (Julai 1963) di Dewan Bahasa dan Pustaka ; Timbalan Ketua Pengarah (sehingga 1985); Ketua Editor Dewan Sastera, dan Dewan Budaya dan Dewan Bahasa. Kemudian menjadi kolumnis majalah bulanan Dewan Sastera (2005- kini ) dan sidang pengarang jurnal Tenggara . Mulai tahun 1982, Baha Zain dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah DBP

Pada tahun 1984 beliau meletakkan jawatan untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan. Pada tahun 1985, beliau menerbitkan majalah berita mingguan Era yang menyamai konsep majalah Time tetapi tidak bertahan lama.

Baha Zain kemudian menjadi Pengerusi Eksekutif Dasar Padu (M) Sdn. Bhd dan syarikat penerbitan Pustaka Cipta (1985). Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Amanah, Yayasan Penataran Ilmu mulai 1986 ; Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara, anggota Majlis Perkembangan Buku Kebangsaan ; Timbalan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1985-1991); Presiden Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1994).

Pendidikan dan kursus penulisan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan awal beliau di Sabak Bernamsebelum memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak. Kemudian memasuki tingkatan enam di Sekolah Anderson, Ipoh. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur (1960-1963) dan Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta (1970-72). Minat beliau dalam bidang penilisan bermula di sekolah menengah ( 1956-1959).

Beliau pernah menghadiri beberapa kursus di luar negara seperti :

  1. Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta (Kursus &Penyelidikan) (1963).
  2. Asian Cultural Center Unesco, Tokyo (Kursus Pengeluaran Penerbitan).
  3. International Writing Program, University of Iowa, Iowa City( Lawatan berkarya).
  4. Asian Institute of Management, Makati, Manila ( Kursus Pengurusan).

Sumbangan dan Khidmat sosial[sunting | sunting sumber]

  1. Setiausaha Satu PENA, 1967-1969.
  2. Ketua Dua GAPENA, 1982-1984.
  3. Anggota Panel Anugerah Sastera Negara (1985-1996).
  4. Ahli Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan,1986-94.
  5. Naib Presiden, Persatuan Penterjemah Malaysia, 1985-1991.
  6. Presiden, Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional, 1989-1994.
  7. Ahli Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Negara, 1984-1987; 2001-2003.
  8. Ahli Lembaga Pengelola, DBP, 1989-1992; 2002-2005; 2005-2008.
  9. Ahli Lembaga Pengarah, Institut Terjemahan Negara Malaysia, 1993-2009.
  10. Timbalan Presiden PENA, 1992-2008.
  11. Pengerusi , Panel SEA Write Award ( 2002- 2005)
  12. Presiden, PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) 2008-2010.

Beliau turut menyertai :

  1. Singapore Writers Festival. (2009)
  2. ASEAN-Poetry Night, Jeju Island, Republic of Korea. Jun 2009.
  3. Pertemuan penulis dan wartawan budaya, Goethe Institute, Frankfurt International Book Fair, 2005.
  4. Seminar Penulisan Antarabangsa PEN, Tokyo, 1996.
  5. Kongres Puisi Sedunia, Bangkok, 1988.
  6. Seminar Penulisan Antarabangsa, Singapura, 1986.
  7. Fourth World Congress of Poets, Seoul, Korea, 1979.
  8. World Congress of Poets, Taipei, Taiwan, 1974.
  9. National Language Conference for Asia, Manila, 1972

Pingat dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. SEA Write Award (Thailand) 1980.
  2. Anugerah Penyair Gapena 1988.
  3. Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) 2004.
  4. Anugerah Budaya Gapena 2008.
  5. Anugerah Tokoh Pena 2011.

Beliau juga menerima beberapa pingat :

  1. K.M.N. (Kesatria Mangku Negara) Persekutuan, 1982.
  2. P.C.M. (Darjah Cura Simanja Kini ) Perak,1985.
  3. D.P.M.P. (Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak) Perak, 1998.
  4. Ijazah kehormat doktor persuratan daripada Universiti Sains Malaysia, 2010.

Pada 17 Disember 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah "Tokoh Pena" kepada Baha Zain yang telah lama terlibat dalam penulisan di Malaysia dan aktif dalam PENA. Ketika sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA itu, Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukan RM 5 juta untuk merancakkan kegiatan penulis muda manakala RM 1 juta untuk menaik taraf "Rumah Pena" di belakang Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.[3]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Hikayat Cekel Waneng Pati susunan oleh Baha Zain telah menerima hadiah daripada UNESCO (1967;DBP)
  2. Perempuan dan Bayang-Bayang (1974)
  3. Esei Sastera Baharuddin Zainal (1979
  4. Dari Kertas Catatan Tengah Malam (1978)
  5. Tiga Catatan Perjalanan (1980)
  6. Jalan Desa Ke Kota (1994)
  7. Esei dan Puisi Baha Zain (2000)
  8. Berguru Pada Binatang (2000)
  9. Setaman Pantun (2002)
  10. Topeng-Topeng (Puisi-puisi Baha Zain) ( 2003)
  11. Memartabatkan Persuratan Melayu (2006)
  12. Postponing Truth and Other Poems (2009)
  13. Baha Zain. Posponiendo La Verdad Y Otros Poemas. Terjemahan oleh Patricia Vazquez Marin. Kuala Lumpur:ITNM, 2010.
  14. “Renungan di Taman” & “Sajak- Sajak Merdeka” (Kumpulan Puisi sedang dalam penyuntingan)
  15. “ Monolog Kecil” (Kumpulan esei sedang dalam penyusunan DBP)
  16. Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan persekitarannya : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.
  17. Mencari imej Malaysia : dialog sastera, seni rupa, seni bina / Hamdan Yahya dll,: Yayasan Kesenian Perak, 1998.
  18. Hikayat Umar Umaiyah / Diselenggara oleh Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
  19. A biography of Malaysian writers / Susunan, Baharuddin Zainal dll: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
  20. Sirih Pinang : kumpulan esei budaya / Penyunting, Baharuddin Zainal, Anwar Ridhwan, Ayob Yamin: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
  21. Wajah : biografi seratus penulis / Susunan, Baharuddin Zainal dll,: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
  22. Mendekati kesusasteraan / Susunan Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

Beliau pernah menjadi pengarah teater "Tamu Di Bukit Kenny" karya Sasterawan Negara Usman Awang yang dipentaskan pada 26 Julai 1967 di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka.Pelakon utamanya ialah tokoh penulis terkenal, Datuk Mohamad Noor Azam. Antara rakan setugas beliau di kemuncak DBP ketika itu ialah Datuk Hassan Ahmad, Usman Awang, Keris Mas, Abdullah Hussain, Noor Azam, Kemala, Wijayamala, Othman Haji Zainuddin, Shamsuddin Jaaffar, Suhaimi Haji Muhammad, Jaafa HS, Datuk Dr. Anwar Ridhwan, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Ainon Haji Muhammad, Dinsman, A. Rahim Abdullah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]