Bahas Piala Perdana Menteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo pertandingan yang juga sinonim dengan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Bahas Piala Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai Piala Perdana Menteri (PPM) merupakan pertandingan bahas sekolah-sekolah yang tertua di Malaysia. Piala Perdana Menteri merupakan pertandingan bahas yang dianjurkan khusus untuk sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia.

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bermula pada tahun 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Pertandingan ini dilancarkan bagi memenuhi hasrat Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, yang mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana dari Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Bahas Piala Perdana Menteri ini diadakan buat kali pertama pada tahun 1974 dan hanya 10 buah Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian. Sekolah- sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan; Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur; dan Kolej Islam Klang, Selangor. Maktab Tentera Diraja ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan Bahas bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam pertandingan ini. MTD kekal menyertai Bahas Piala Perdana Menteri hingga kini.

Pada tahun 1975, bilangan Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian bertambah dari 10 kepada 18 buah. Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Perlis ikut serta dalam pertandingan ini. Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Shah, turut mengambil bahagian pada tahun 1977 menjadikan bilangan SBP yang mengambil bahagian sebanyak 20 buah semuanya.

Pada tahun 1984 dengan penubuhan lima buah Sekolah Menengah Sains yang baharu dan sebuah Sekolah Menengah Agama menjadikan sekolah yang mengambil bahagian menjadi 26 buah. Sekolah- sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu; Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak; Sekolah Menengah Sains Raub, Pahang; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Petaling Jaya; kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

Pada tahun 1997, pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) telah mengalami perubahan format. Bermula pada tahun 1997 format pertandingan perbahasan telah berubah kepada Perbahasan Ala Parlimen[1]. Pertandingan ini sekali lagi mengalami perubahan apabila bermula 2017, Piala Perdana Menteri mula menggunakan sistem "power match swiss bracket[2]" yang mengambil model "World School Style debate".

Pada tahun 2015, sebanyak 70 buah SBP dan Maktab Tentera Diraja telah mengambil bahagian dalam pertandingan awal, suku akhir dan separuh akhir di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor selaku tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-42. Dua sekolah terbaharu yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Kelantan.

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kali pertama dianjurkan pada tahun 1974 dan tuan rumah terakhir ialah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang pada tahun 2022.

Piala Pusingan[sunting | sunting sumber]

Piala Pusingan Bahas Bahasa Melayu sumbangan Tun Abdul Razak

Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu dihadiahkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Reka bentuk piala ini dilukis dan direka oleh YBhg. Datuk Baharuddin bin Kasim, seorang arkitek dan Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor dan bekas murid Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK), Perak Darul Ridzuan.

Pada bahagian atas piala ini terdapat lapan bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut-mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan itu juga melambangkan bulatan dunia dan diterjemahkan sebagai luasnya pengetahuan yang perlu bagi seseorang yang ingin mengambil bahagian dalam peraduan bahas.

Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris dihadiahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Piala yang diperkenal pada tahun 1990 ini masih kekal dalam bentuk dan ukuran sebagaimana Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu.

Senarai Pemenang Kategori Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Tahun Johan Naib Johan
1974 Sekolah Alam Shah (1) Sekolah Tun Fatimah
1975 Kolej Islam Klang (1) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1976 Kolej Islam Klang (2) Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
1977 Kolej Tunku Kurshiah (1) Kolej Islam Klang
1978 Kolej Islam Klang (3) Sekolah Tun Fatimah
1979 Sekolah Tun Fatimah (1) Sekolah Dato' Abdul Razak
1980 Kolej Melayu Kuala Kangsar (1) Sekolah Dato' Abdul Razak
1981 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (1) Kolej Islam Klang
1982 Sekolah Dato' Abdul Razak (1) Kolej Tunku Kurshiah
1983 Kolej Islam Klang (4) Sekolah Menengah Sains Johor
1984 Sekolah Tun Fatimah (2) Sekolah Menengah Sains Machang
1985 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (1) Sekolah Tun Fatimah
1986 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (2) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1987 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin (1) Sekolah Menengah Sains Raub
1988 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1) Sekolah Alam Shah
1989 Sekolah Alam Shah (2) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
1990 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin (2) Kolej Islam Sultan Alam Shah
1991 Sekolah Alam Shah (3) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1992 Kolej Melayu Kuala Kangsar (2) Sekolah Alam Shah
1993 Kolej Melayu Kuala Kangsar (3) Sekolah Menengah Sains Muar
1994 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin (3) Sekolah Seri Puteri
1995 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (3) Sekolah Menengah Sains Muar
1996 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (2) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1997 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (4) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
1998 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (1) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1999 Kolej Melayu Kuala Kangsar (4) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
2000 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (1) Kolej Melayu Kuala Kangsar
2001 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (2) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
2002 Kolej Islam Sultan Alam Shah (5) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
2003 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (1) Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
2004 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (3) Sekolah Menengah Sains Dungun
2005 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (2) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah,Pekan
2006 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (4) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah,Pekan
2007 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (1) Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
2008 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (3) Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
2009 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (4) Sekolah Menengah Sains Selangor
2010 Sekolah Dato' Abdul Razak (2) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
2011 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (3) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
2012 Sekolah Seri Puteri (1) Sekolah Dato' Abdul Razak
2013 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (5) Sekolah Menengah Sains Alam Shah
2014 Kolej Melayu Kuala Kangsar (5) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
2015 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (4) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
2016 Sekolah Menengah Sains Banting (1) Kolej Tunku Kurshiah
2017 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (6) Sekolah Menengah Sains Batu Pahat
2018 Kolej Melayu Kuala Kangsar (6) Sekolah Sultan Alam Shah
2019 Sekolah Dato' Abdul Razak (3) Sekolah Sultan Alam Shah
2020 Tidak dipertandingkan kerana pandemik Covid-19 Tidak dipertandingkan kerana pandemik Covid-19
2021 Tidak dipertandingkan kerana pandemik Covid-19 Tidak dipertandingkan kerana pandemik Covid-19
2022 Sekolah Sultan Alam Shah (4) Sekolah Menengah Sains Alam Shah
2023 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (1) Kolej Melayu Kuala Kangsar

Rekod-rekod Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Johan terbanyak bersama, Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri sebanyak 6 kali yakni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dan Kolej Melayu Kuala Kangsar

1. Johan terbanyak sepanjang masa[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tahun Kemenangan Tahun Naib Johan Bilangan Johan & Naib Johan
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1980, 1992, 1993, 1999, 2014, 2018 1975, 1996, 1998, 2000, 2023 Johan (6 kali)

Naib Johan (5 kali)

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2017 2014, 2015 Johan (6 kali)

Naib Johan (2 kali)

Kolej Islam Sultan Alam Shah / Kolej Islam Klang (KISAS / KIK) 1975, 1976, 1978, 1983, 2002 1977, 1981, 1990 Johan (5 kali)

Naib Johan (3 kali)

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 1988, 1996, 2011, 2015 1986, 1991 Johan (4 kali)

Naib Johan (2 kali)

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) 2000, 2001, 2004, 2006 2003, 2007 Johan (4 kali)

Naib Johan (2 kali)

Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1974, 1989, 1991, 2022 1988, 1992, 2018, 2019 Johan (4 kali)

Naib Johan (4 kali)

2. Rekod terbanyak penampilan pertandingan akhir sepanjang masa[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tahun Penampilan Pertandingan Akhir Bilangan
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1975, 1980, 1992, 1993, 1996, 1998, 1999, 2000, 2014, 2018, 2023 11 kali
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2014, 2015, 2017 8 kali
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 1975, 1976, 1977, 1978, 1981, 1983, 1990, 2002 8 kali
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1974, 1988, 1989, 1991, 1992, 2018, 2019, 2022 8 kali
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) 2000, 2001, 2003, 2004, 2006, 2007 6 kali
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 1986, 1988, 1991, .1996. , 2011, 2015 6 kali
Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) 1979, 1980, 1982, 2010, 2012, 2019 6 kali
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) 1997, 1998, 1999, 2001, 2002 5 kali

3. Rekod Johan terbanyak era pra Bahas Ala Parlimen (sebelum 1997)[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tahun Kemenangan Bilangan Johan
Kolej Islam Sultan Alam Shah / Kolej Islam Klang 1975, 1976, 1978, 1983 4 kali
Sekolah Alam Shah (SSAS) 1974, 1989, 1991 3 kali
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1980, 1992, 1993 3 kali
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin 1987, 1990, 1994 3 kali

4. Rekod Johan terbanyak era Bahas Ala Parlimen (selepas 1997)[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tahun Kemenangan Bilangan Johan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2017 6 kali
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) 2000, 2001, 2004, 2006 4 kali
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1999, 2014, 2018 3 kali
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 2011, 2015 2 kali
Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) 2010, 2019 2 kali

Senarai Pemenang Kategori Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Tahun Johan Naib Johan
1974 Sekolah Seri Puteri (1) Sekolah Alam Shah
1975 Sekolah Seri Puteri (2) Sekolah Alam Shah
1976 Sekolah Seri Puteri (3) Sekolah Alam Shah
1977 Kolej Tunku Kurshiah (1) Sekolah Seri Puteri
1978 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (2) Sekolah Seri Puteri
1979 Kolej Islam Klang (1) Sekolah Menengah Sains Selangor
1980 Sekolah Seri Puteri (4) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1981 Sekolah Alam Shah (1) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1982 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1983 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (2) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1984 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (3) Sekolah Seri Puteri
1985 Sekolah Dato' Abdul Razak (1) Kolej Tunku Kurshiah
1986 Sekolah Tun Fatimah (1) Kolej Tunku Kurshiah
1987 Maktab Tentera Diraja (1) Kolej Tunku Kurshiah
1988 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (4) Maktab Tentera Diraja
1989 Kolej Tunku Kurshiah (2) Maktab Tentera Diraja
1990 Maktab Tentera Diraja (2) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1991 Maktab Tentera Diraja (3) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1992 Kolej Tunku Kurshiah (3) Sekolah Seri Puteri
1993 Kolej Tunku Kurshiah (4) Maktab Tentera Diraja
1994 Kolej Tunku Kurshiah (5) Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
1995 Kolej Tunku Kurshiah (6) Maktab Tentera Diraja
1996 Kolej Tunku Kurshiah (7) Maktab Tentera Diraja
1997 Sekolah Tun Fatimah (2) Kolej Melayu Kuala Kangsar
1998 Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (1) Sekolah Tun Fatimah
1999 Sekolah Tun Fatimah (3) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
2000 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (1) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
2001 Maktab Tentera Diraja (4) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
2002 Kolej Tunku Kurshiah (8) Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Syah
2003 Kolej Tunku Kurshiah (9) Sekolah Tun Fatimah
2004 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (1) Maktab Tentera Diraja
2005 Kolej Islam Sultan Alam Shah (2) Maktab Tentera Diraja
2006 Sekolah Menengah Sains Seremban (1) Maktab Tentera Diraja
2007 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (1) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
2008 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (1) Maktab Tentera Diraja
2009 Sekolah Seri Puteri (5) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
2010 Sekolah Sultan Alam Shah (2) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
2011 Kolej Tunku Kurshiah (10) Sekolah Dato'Abdul Razak
2012 Sekolah Dato' Abdul Razak (2) Kolej Tunku Kurshiah
2013 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (2) Sekolah Seri Puteri
2014 Kolej Melayu Kuala Kangsar (1)
2015 Kolej Melayu Kuala Kangsar (2) Kolej Tunku Kurshiah
2016 Kolej Melayu Kuala Kangsar (3) Sekolah Menengah Sains Alam Shah
2017 Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (1) Sekolah Sultan Alam Shah
2018 Sekolah Seri Puteri (6) Kolej Melayu Kuala Kangsar
2019 Kolej Melayu Kuala Kangsar (4) Kolej Islam Sultan Alam Shah
2020 Tidak dipertandingkan Tidak dipertandingkan
2021 Tidak dipertandingkan Tidak dipertandingkan
2022 Sekolah Sultan Alam Shah (3) Kolej Tunku Kurshiah
2023 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (3) Sekolah Sultan Alam Shah

Rekod-Rekod Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Kolej Tunku Kurshiah merupakan pemegang rekod Johan terbanyak Bahas Bahasa Inggeris yakni sebanyak 9 kali

1. Johan Terbanyak sepanjang masa[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tahun Kemenangan Tahun Naib Johan Bilangan Johan & Naib Johan
Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 1977, 1989, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 2002, 2003, 2011 1985,1986,1987,2012, 2015,2022 Johan (10 kali)

Naib Johan (5 kali)

Sekolah Seri Puteri (SSP) 1974, 1975, 1976, 1980, 2009, 2018 1977, 1978, 1984, 1992, 2013 Johan (6 kali)

Naib Johan (5 kali)

Maktab Tentera Diraja (MTD) 1987, 1990, 1991, 2001 1988, 1989, 1993, 1995, 1996, 2004, 2005, 2006, 2008 Johan (4 kali)

Naib Johan (9 kali)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2014, 2015, 2016, 2019 1981, 1982, 1983, 1990, 1991, 1997, 2018 Johan (4 kali)

Naib Johan (7 kali)

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 1982, 1983, 1984, 1988 2007, 2010 Johan (4 kali)

Naib Johan (2 kali)

2. Rekod terbanyak penampilan pertandingan akhir sepanjang masa[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tahun penampilan pertandingan akhir Bilangan
Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 1977, 1985, 1986, 1987, 1989, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 2002, 2003, 2011, 2012, 2015, 2022 16 kali
Maktab Tentera Diraja (MTD) 1987, 1988, 1989, 1990, 1991, 1993, 1995, 1996, 2001, 2004, 2005, 2006, 2008 13 kali
Sekolah Seri Puteri (SSP) 1974, 1975, 1976, 1977, 1978, 1980, 1984, 1992, 2009, 2013, 2018 11 kali
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1981, 1982, 1983, 1990, 1991, 1997, 2014, 2015, 2016, 2018, 2019 11 kali
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1974, 1975, 1976, 1981, 2010, 2017, 2022, 2023 9 kali
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 1982, 1983, 1984, 1988, 2007, 2010 6 kali
Sekolah Tun Fatimah (STF) 1986, 1997, 1998, 1999, 2003 5 kali

[3] Rujukan[sunting | sunting sumber]