Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya
(terusul)
Taburan
geografi:
sebahagian besar Borneo
sebahagian Sumatera, Jawa barat dan Tanah besar Asia Tenggara
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
Glottolog:nort3253  (padanan separa)[1]

Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya ialah subkumpulan yang terusul di bawah keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Subkumpulan ini merangkumi bahasa-bahasa yang dituturkan di seluruh Borneo (tidak termasuk kawasan tenggara iaitu lokasi bahasa-bahasa Barito Raya dituturkan), serta di bahagian-bahagian Sumatera, Jawa, dan Tanah Besar Asia Tenggara. Hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya pertama kali diusulkan oleh Robert Blust (2010) dan dihuraikan selebihnya oleh Alexander Smith (2017a, 2017b).[2][3][4] Bukti yang dikemukakan untuk usulan ini ialah berkenaan kosa kata semata-mata.[2]

Subkumpulan yang diusulkan meliputi beberapa bahasa utama di Asia Tenggara, termasuk bahasa Melayu (bahasa Melayu piawai dan bahasa Indonesia) dan bahasa-bahasa Melayu berkaitan seperti bahasa Minangkabau, bahasa Banjar dan bahasa Iban; serta bahasa Sunda dan bahasa Aceh. Di Borneo sendiri, bahasa Borneo Utara Raya terbesar yang bukan di bawah bahasa-bahasa Melayu dari segi bilangan penutur ialah bahasa Dusun Tengah, terutamanya dituturkan di Sabah.[5]

Memandangkan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya juga merangkumi bahasa-bahasa Melayu, bahasa-bahasa Cam, dan bahasa-bahasa Sunda, ia dikatakan tidak serasi dengan hipotesis bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu usulan Alexander Adelaar.[2][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Blust menghubungkan pengembangan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya dengan penghijrahan penutur Austronesia ke Asia Tenggara Maritim. Menurut Blust, apabila penutur Austronesia datang dari utara melalui Filipina, mereka berpecah kepada tiga kumpulan: satu yang ke Borneo, satu yang ke Sulawesi, dan satu yang ke kepulauan Maluku.[2] Selepas mendarat di Borneo, kumpulan pertama berpecah lagi kepada dua: satu yang bergerak di sepanjang pantai barat laut menghadap Laut China Selatan, dan satu lagi yang bergerak di sepanjang pantai timur. Ragam bahasa yang dituturkan oleh kumpulan barat laut akhirnya berkembang menjadi bahasa-bahasa Borneo Utara Raya.[2]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Blust (2010)[sunting | sunting sumber]

Robert Blust mengusulkan satu set pembaharuan kosa kata yang mentakrifkan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya. Salah satu pembaharuan ini ialah *tuzuq menggantikan *pitu yang berasal dari bahasa Polinesia-Melayu Proto untuk 'tujuh'.[2] Subkumpulan berikut termasuk dalam usulannya:

Walaupun Blust mengandaikan bahawa semua bahasa di Borneo (selain yang dalam keluarga bahasa-bahasa Barito Raya) dikumpulkan dalam bahasa-bahasa Borneo Utara Raya,[2] beliau tidak cuba mengelaskan beberapa bahasa khusus, termasuk yang mempunyai data yang tidak mencukupi.[2][3]

Smith (2017a, 2017b)[sunting | sunting sumber]

Smith mengiktiraf cabang bahasa-bahasa Sarawak Tengah yang bebas di bawah keluarga Borneo Utara Raya, menggabungkan bahasa Melanau, bahasa-bahasa Kajang, dan bahasa-bahasa Müller-Schwaner-Punan.[3] Selain itu, beliau juga mengecualikan bahasa-bahasa Moklen daripada keluarga Borneo Utara Raya dan meletakkannya sepenuhnya sebagai salah satu cabang utama keluarga bahasa-bahasa Polinesia-Melayu.[4]

Bahasa Kayan Proto, Bahasa Punan Proto, Bahasa Müller-Schwaner Proto, Bahasa Dayak Darat Proto, dan Bahasa Kenyah Proto juga telah dilangbina dalam Smith (2017a).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "North Borneo Malayo-Polynesian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ a b c d e f g h Blust 2010.
  3. ^ a b c d Smith 2017a.
  4. ^ a b Smith 2017b.
  5. ^ Blust 2013.
  6. ^ Adelaar 2005.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

 

  • Adelaar, Alexander; Himmelmann, Nikolaus, penyunting (2005). The Austronesian Languages of Asia and Madagascar. London: Routledge. ISBN 9780700712861.
  • Blust, Robert; Smith, Alexander D. (2014). A Bibliography of the Languages of Borneo (and Madagascar). Phillips, Maine: Borneo Research Council. ISBN 9781929900152.
  • Lobel, Jason William (2016). North Borneo Sourcebook: Vocabularies and Functors. University of Hawaii Press. ISBN 9780824857790.

Templat:Bornean languages

Templat:Borneo