Pergi ke kandungan

Bahasa-bahasa Kelt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa-bahasa Kelt
Taburan
geografi:
Dahulu tersebar luas di kebanyakan Eropah dan tengah Anatolia; hari ini Cornwall, Wales, Scotland, Ireland, Brittany, Pulau Man, Wilayah Chubut (Y Wladfa), dan Nova Scotia
Klasifikasi bahasa:Indo-Eropah
Bahasa-proto:Celtik Purba
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:cel
Linguasphere:50= (phylozone)
Glottolog:celt1248[1]
{{{mapalt}}}
Taburan penutur bahasa-bahasa Kelt:
  Kawasan Budaya Hallstatt,abad ke-6 SM
  Peluasan Celtik maksimum, s. 275 SM
  Kawasan Lusitania; hubungan dengan bangsa Celt tidak jelas
  Kawasan di mana bahasa Celtik digunakan pada Zaman Pertengahan
  Kawasan di mana bahasa Celtik masih dituturkan secara meluas hari ini

Bahasa-bahasa Kelt ialah cabang rumpun bahasa Indo-Eropah yang berasal daripada bahasa Celtik Purba.[2] Bahasa-bahasa ini pertama kali dibincangkan Edward Lhuyd, seorang penulis British, pada tahun 1707[3] mengikut Paul-Yves Pezron, seorang paderi Perancis, yang telah menghubungkaitkan orang-orang Kelt yang diceritakan oleh penulis-penulis terkenal tamadun-tamadun purba Eropah dengan bahasa-bahasa Wales dan Breton.[4]

Semasa alaf pertama SM, bahasa-bahasa ini dituturkan di kebanyakan Eropah dan Anatolia tengah. Hari ini, ia hanya dituturkan di pinggir barat laut Eropah dan beberapa komuniti diaspora . Terdapat enam bahasa yang hidup iaitu bahasa-bahasa Breton, Ireland, Gaelik Scotland dan Wales, dan dua bahasa-bahasa Cornish dan Manx yang dihidupkan semula . Kesemua bahasa-bahasa ini adalah bahasa minoriti di negara masing-masing, namun terdapat usaha berterusan untuk menghidupkan semula bahasa-bahasa tersebut. Bahasa Wales ialah bahasa rasmi di Wales, dan Ireland ialah bahasa rasmi Ireland dan Kesatuan Eropah. Bahasa Wales ialah satu-satunya bahasa Celtik yang tidak diklasifikasikan sebagai terancam oleh UNESCO. Bahasa Cornish dan Manx telah pupus pada zaman moden tetapi telah dihidupkan semula. Masing-masingnya kini mempunyai beberapa ratus orang yang menuturnya sebagai bahasa kedua.

Bahasa-Bahasa Ireland, Manx dan Gael Scotland membentuk bahasa-bahasa Goidelik, manakala bahasa Wales, Cornish dan Breton ialah bahasa-bahasa Brittonik. Semua ini bahasa-bahasa Celtik Kepulauan, kerana Breton, satu-satunya bahasa Celtik hidup yang dituturkan di Eropah tanah besar, diturunkan daripada bahasa peneroka-peneroka Britain. Terdapat beberapa bahasa Celtik tanah besar yang telah pupus tetapi terbukti pernah wujud, seperti Celtiberia, Galatia dan Gaul. Selain itu tidak ada persetujuan mengenai pembahagian keluarga bahasa Celtik. Ia boleh dibahagikan kepada P-Celtik dan Q-Celtik.

Bahasa-bahasa Kelt mempunyai tradisi sastera yang kaya. Spesimen terawal tulisan Celtik ialah inskripsi bahasa Lepontik dari abad ke-6 SM di Pergunungan Alp. Inskripsi awal dari tanah besar Eropah menggunakan sistem tulisan Italik dan Paleohispanik. Antara abad ke-4 dan ke-8, bahasa Ireland dan Pict kadangkala ditulis dalam tulisan asli, Ogham, tetapi tulisan Rumi mula digunakan untuk semua bahasa Celtik. Bahasa Walse mempunyai tradisi sastera yang tidak habis dari abad ke-6 Masihi.

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Celtic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ MacAulay, Donald (1992). "The Celtic languages: An Overview". Dalam MacAulay, Donald (penyunting). The Celtic Languages. Cambridge University Press. m/s. 3.
  3. ^ Cunliffe, Barry W. (2003). The Celts: a very short introduction. m/s. 48.
  4. ^ Alice Roberts, The Celts (Heron Books 2015)

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Ball, Martin J. & James Fife (ed.) (1993). The Celtic Languages. London: Routledge. ISBN 0-415-01035-7.
  • Borsley, Robert D. & Ian Roberts (ed.) (1996). The Syntax of the Celtic Languages: A Comparative Perspective. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0521481600.
  • Cowgill, Warren (1975). "The origins of the Insular Celtic conjunct and absolute verbal endings". Dalam H. Rix (penyunting). Flexion und Wortbildung: Akten der V. Fachtagung der Indogermanischen Gesellschaft, Regensburg, 9.–14. September 1973. Wiesbaden: Reichert. m/s. 40–70. ISBN 3-920153-40-5.
  • Celtic Linguistics, 1700–1850 (2000). London; New York: Routledge. 8 vols comprising 15 texts originally published between 1706 and 1844.
  • Forster, Peter; Toth, Alfred (July 2003). "Toward a phylogenetic chronology of ancient Gaulish, Celtic, and Indo-European". Proc. Natl. Acad. Sci. USA. 100 (15): 9079–84. Bibcode:2003PNAS..100.9079F. doi:10.1073/pnas.1331158100. PMC 166441. PMID 12837934.
  • Gray, Russell D.; Atkinson, Quintin D. (November 2003). "Language-tree divergence times support the Anatolian theory of Indo-European origin". Nature. 426 (6965): 435–39. Bibcode:2003Natur.426..435G. doi:10.1038/nature02029. PMID 14647380. S2CID 42340.
  • Hindley, Reg (1990). The Death of the Irish Language: A Qualified Obituary. Routledge. ISBN 0-415-04339-5.
  • Lewis, Henry & Holger Pedersen (1989). A Concise Comparative Celtic Grammar. Göttingen: Vandenhoeck & Ruprecht. ISBN 3-525-26102-0.
  • McCone, Kim (1991). "The PIE stops and syllabic nasals in Celtic". Studia Celtica Japonica. 4: 37–69.
  • McCone, Kim (1992). "Relative Chronologie: Keltisch". Dalam R. Beekes; A. Lubotsky; J. Weitenberg (penyunting). Rekonstruktion und relative Chronologie: Akten Der VIII. Fachtagung Der Indogermanischen Gesellschaft, Leiden, 31 August – 4 September 1987. Institut für Sprachwissenschaft der Universität Innsbruck. m/s. 12–39. ISBN 3-85124-613-6.
  • McCone, K. (1996). Towards a Relative Chronology of Ancient and Medieval Celtic Sound Change. Maynooth: Department of Old and Middle Irish, St. Patrick's College. ISBN 0-901519-40-5.
  • Russell, Paul (1995). An Introduction to the Celtic Languages. Longman. ISBN 0582100828.
  • Schmidt, K.H. (1988). "On the reconstruction of Proto-Celtic". Dalam G. W. MacLennan (penyunting). Proceedings of the First North American Congress of Celtic Studies, Ottawa 1986. Ottawa: Chair of Celtic Studies. m/s. 231–48. ISBN 0-09-693260-0.
  • Schrijver, Peter (1995). Studies in British Celtic historical phonology. Amsterdam: Rodopi. ISBN 90-5183-820-4.
  • Schumacher, Stefan; Schulze-Thulin, Britta; aan de Wiel, Caroline (2004). Die keltischen Primärverben. Ein vergleichendes, etymologisches und morphologisches Lexikon (dalam bahasa Jerman). Innsbruck: Institut für Sprachen und Kulturen der Universität Innsbruck. ISBN 3-85124-692-6.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]