Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia)
Lompat ke: pandu arah, cari
Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia
Taburan
geografi:
Asia Tenggara dan Pasifik
Klasifikasi bahasa: Bahasa Austronesian
  • Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia
Pembahagian:
{{{mapalt}}}
Bahasa Melayu-Polinesia di sebelah rantau barat..

██ Filipina (tidak ditunjuk: Yami di Taiwan) ██ Borneo ██ Sunda–Sulawesi (tidak ditunjuk: Chamorro) ██ Melayu-Polinesia Pusat ██ Halmahera–Cenderawasih

██ paling barat Bahasa Oseania

Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia ialah satu sub-kumpulan bahasa Austronesia yang dituturkan oleh lebih kurang 351 juta penutur yang tersebar luas di negara-negara pulau Asia Tenggara dan Lautan Pasifik, dengan bilangan yang lebih kecil di Asia benua. Bahasa Malagasy dalam sub-kumpulan ini dituturkan di Madagascar di Lautan Hindi, satu kawasan yang paling terpencil dari segi geografi.

Satu ciri bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah kecenderungan untuk menggunakan ulangan (pengulangan sebahagian atau seluruh perkataan) untuk menyatakan kata jamak dan serupa dengan bahasa-bahasa Austrolesia yang lain, mempunyai fonologi yang mudah. Oleh itu, sebuah teks hanya terdiri daripada beberapa bunyi tetapi bunyi-bunyi itu kerap diulangi. Kebanyakan bahasa Melayu-Polinesia juga tidak mempunyai banyak vokal pertuturan (biasanya lima), serta tidak mempunyai gugus konsonan (umpamanya [str] atau [mpt] dalam bahasa Inggeris).

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Sistem-sistem pengelasan tradisional membahagikan bahasa Melayu-Polinesia kepada dua cabang, iaitu cabang Barat dan cabang Timur-Tengah. Bahasa Melayu-Polinesia Barat telah dipecahkan lagi kepada kumpulan-kumpulan dalam dan luar. Untuk pengelasan yang lebih moden, sila lihat rencana bahasa Austronesia.

Bahasa Hesperonesia Luar[sunting | sunting sumber]

Rumpun Bahasa Borneo-Filipina (juga dikenali sebagai Hesperonesia Luar atau Bahasa Melayu-Polinesia Barat Luar) ditutur oleh lebih kurang 130 juta orang dan merangkumi bahasa-bahasa utama di Filipina, hampir keseluruhan Kepulauan Borneo, Semanjung Minahasa (Gorontalo dan Utara Sulawesi) di Kepulauan Sulawesi dan malah juga di Madagaskar.

  • Rumpun Bahasa Borneo-Filipina
    • Bahasa Filipina
      • Bahasa Utara Filipina
      • Bahasa Tengah Besar Filipina
      • Bahasa Kalami
      • Bahasa Selatan Kepulauan Mindanao (dikenali juga sebagai Bahasa Bilic)
      • Bahasa Sangiri
      • Bahasa Minahasa
      • Bahasa Umiray Dumaget
      • Bahasa Manide-Inagta
    • Bahasa Borneo
      • Bahasa Utara Borneo
      • Bahasa Kayan-Murik
      • Bahasa Dayak Darat
      • Bahasa Barito (termasuk Bahasa Malagasi)
    • Bahasa Batan

Bahasa Melayu-Polinesia Nukleus[sunting | sunting sumber]

Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia Nukleus terdiri daripada dua subkumpulan, iaitu Sunda-Sulawesi dan Timur-Tengah.

Rumpun Bahasa Sunda-Sulawesi ditutur oleh lebih kurang 230 juta orang dan merangkumi bahasa-bahasa utama di hampir keseluruhan Kepulauan Sulawesi serta Kepulauan Besar Sunda (Sumatera, Borneo, Jawa dan Sulawesi).

  • Rumpun Bahasa Sunda-Sulawesi
    • Bahasa Melayu-Sumba
    • Bahasa Barat-Laut Sumatera
    • Bahasa Lampung
    • Bahasa Seleb
    • Bahasa Selatan Sulawesi
    • Bahasa Moken
    • Bahasa Jawa
    • Bahasa Hukumina
    • Bahasa Palauan
    • Bahasa Camorro

Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia Timur-Tengah merangkumi bahasa-bahasa Kiribati, Nauru, Hawaii, Maori, Samoa, Tahiti, Tonga, dan Tuvalu.

Pengelasan Ethnologue.com[sunting | sunting sumber]

Laman sesawang Ethnologue  telah mengelaskan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia kepada 23 kumpulan. Nama negara yang tertulis di sebelah setiap kumpulan merujuk kepada negara yang bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa utama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]