Bahasa Ainu Sakhalin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Ainu Sakhalin
Asli kepadaJepun
KawasanSakhalin, kemudian Hokkaido
EtnikAinu Sakhalin
Pupus1994, dengan kematian Take Asai[1]
Ainu
  • Bahasa Ainu Sakhalin
Dialek/loghat
  • Tarayka
Kod bahasa
ISO 639-3Tiada (mis)
Glottologsakh1245

Bahasa Ainu Sakhalin ialah salah satu bahasa Ainu, atau mungkin beberapa bahasa Ainu, yang pernah dituturkan di pulau Sakhalin, kini sebahagian daripada Rusia.

Sejarah dan keadaan kini[sunting | sunting sumber]

Orang Ainu dari Sakhalin tampaknya telah hadir di Sakhalin agak awal. Bukti linguistik menunjukkan bahawa bahasa Ainu kuno dituturkan di selatan Sakhalin dan timur laut Hokkaido dan berkembang dari rantau ini ke seluruh Hokkaido, kepulauan Kuril, dan sebahagian utara Honshu. Bahasa Ainu Sakhalin kemudian berkembang dari selatan Sakhalin ke utara Sakhalin dan mungkin rantau Amur. Kajian oleh Lee dan Hasegawa dari Universiti Waseda menggunakan bukti linguistik, arkeologi, dan genetik, mendapati bahawa orang Ainu mempunyai kaitan yang ketara dengan budaya Okhotsk di utara Hokkaido.[2]

Sejarah lisan mencatatkan perpindahan orang Ainu ke Sakhalin tengah menggantikan warga asal yang mereka panggil Tonchi, yang berdasarkan bukti toponim, ialah orang Nivkh.[3]

Selepas Perang Dunia II, apabila Sakhalin berada di bawah kawalan Soviet, semua kecuali 100 orang Ainu yang tinggal di Sakhalin telah dihantar pulang ke Jepun. Isi rumah Ainu terakhir di pulau itu mati pada tahun 1960-an.[4] Bahasanya pula bertahan lebih lama di Jepun, pupus pada tahun 1994 dengan kematian Take Asai.

Fonologi dan tulisan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Ainu Sakhalin berbeza daripada bahasa Ainu Hokkaido disebabkan ia mempunyai vokal panjang. Dalam perkataan yang menurut sejarahnya (dan masih ada dalam bahasa Ainu Hokkaido) suku kata akhir /p, t, k, r/, konsonan-konsonan ini berlenis dan bergabung menjadi /x/. Selepas /i/, /x/ ini disebut [ç].

Di Jepun, /x/ akhiran ditulis sebagai katakana h kecil dengan vokal gema, dan dialih huruf sebagai h. Oleh itu, ia tulis seperti berikut: アㇵ ah, イㇶ ih, ウㇷ uh, エㇸ eh, オㇹ oh.

Dialek[sunting | sunting sumber]

Bahasa Ainu Sakhalin mungkin terdiri daripada lebih daripada satu bahasa. Maklumat tentang kepelbagaian linguistik di seluruh pulau Sakhalin dan antara dialek bahasa Ainu Sakhalin adalah sedikit.

Pada masa ini, dua dialek boleh dikatakan telah dicatatkan dengan terbaiknya - dialek dari petempatan Rayciska (Bahasa Jepun: 来知志 - ライチシ), di pantai barat Sakhalin di Selat Tartary berhampiran Uglegorsk moden dan dialek dari Tarayka (Bahasa Jepun: 多来加 - タライカ), menghadapi apa yang kini dikenali sebagai Teluk Kesabaran berhampiran Poronaysk moden di pantai timur.

Bahan linguistik mengenai kedua-dua dialek tersebut wujud dalam bentuk transkripsi, [5] rakaman, dan alih huruf[6][7] pengisahan dan perbualan. Bahan-bahan ini diperolehkan daripada penutur asli bahasa Ainu yang tinggal samada di Sakhalin atau di Hokkaido, selepas mereka dihantar dari Rusia ke Jepun. Sejumlah pengisahan dari pantai tenggara Sakhalin juga diperolehkan oleh Piłsudski[5] daripada penutur asli yang tinggal di petempatan Ainu di Ay, Hunup, Takoye, Sieraroko, Ocohpoka, Otasan hingga ke Tunayci, berhampiran Tasik Tunay kini (bahasa Rusia: Озеро Тунайча). Dialek-dialek ini kelihatan sangat mirip dengan dialek Tarayka. Namun begitu, ragam pantai timur Tarayka dilaporkan berbeza daripada ragam selatan yang lain. Data yang sedikit daripada pelayaran Barat pada pergantian abad ke-19–20 menunjukkan terdapat juga kepelbagaian yang besar di sebelah utara.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Majewicz, Alfred F., penyunting (2004). The Collected Works of Bronisław Piłsudski (dalam bahasa Inggeris). Walter de Gruyter. m/s. 600. ISBN 9783110176148.
  2. ^ Lee, Sean; Hasegawa, Toshikazu (2013). "Evolution of the Ainu Language in Space and Time". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 8 (4). e62243. Bibcode:2013PLoSO...862243L. doi:10.1371/journal.pone.0062243. PMC 3637396. PMID 23638014. In this paper, we reconstructed spatiotemporal evolution of 19 Ainu language varieties, and the results are in strong agreement with the hypothesis that a recent population expansion of the Okhotsk people played a critical role in shaping the Ainu people and their culture. Together with the recent archaeological, biological and cultural evidence, our phylogeographic reconstruction of the Ainu language strongly suggests that the conventional dual-structure model must be refined to explain these new bodies of evidence. The case of the Ainu language origin we report here also contributes additional detail to the global pattern of language evolution, and our language phylogeny might also provide a basis for making further inferences about the cultural dynamics of the Ainu speakers [44,45].
  3. ^ Gruzdeva, Ekaterina Jur'evna (1996). "The Linguistic Situation on Sakhalin Island". Dalam Wurm, Stephen Adolphe; Mühlhäusler, Peter; Tryon, Darrell T. (penyunting). Atlas of Languages of Intercultural Communication in the Pacific, Asia, and the Americas (dalam bahasa Inggeris). Berlin: Mouton de Gruyter. m/s. 1008.
  4. ^ "U posledney cherty – Ayny o sebe" У последней черты – Айны о себе. Tayny vekov (dalam bahasa Rusia). 2010-12-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-11. Dicapai pada 2012-02-22.
  5. ^ a b Piłsudski, Bronisław (1912). Materials for the Study of the Ainu Language and Folklore (dalam bahasa Inggeris). Cracow: The Imperial Academy of Sciences "Spólka Wydawnicza Polska".
  6. ^ Murasaki, Kyōko 村崎 恭子 (1976). Karafutoainugo - Tekisutohen カラフトアイヌ語 - テキスト篇 (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Kokusho Keikōkai.
  7. ^ Murasaki, Kyōko 村崎 恭子 (2001). Karafuto Ainu no mukashibanashi 樺太アイヌの昔話 (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Karafuto Ainu Kyōkai.
  8. ^ Tamura, Suzuko (2000). The Ainu Language (dalam bahasa Inggeris). Tokyo: Sanseido. ISBN 4-385-35976-8.