Bahasa Arab Hijaz
Bahasa Arab Hijaz | |
---|---|
Asli kepada | Wilayah Hijaz, Arab Saudi |
Penutur bahasa | (6 juta setakat 1996)e17 |
Afro-Asiatic
| |
Abjad Arab | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | acw |
Glottolog | hija1235 |
Bahasa Arab Hijaz (Arab: حجازي ḥijāzī), juga dikenali sebagai Bahasa Arab Barat Arabia ialah sebuah dialek bahasa Arab yang ditutur di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Kendatipun sebenarnya terdapat dua dialek yang ditutur di wilayah Hijaz, satu oleh kaum badwi dan penduduk pedalaman dan satu yang ditutur penduduk bandar, istilah ini lazimnya merujuk kepada jenis bandar, yang ditutur di bandar-bandar seperti Jeddah, Makkah, Yanbu, Ta'if, dan Madinah.
Dialek Hijaz bandar kelihatan amat berkait dengan dialek-dialek bahasa Arab di Sudan Utara dan Upper Egypt. Bahasa Arab Hijaz mempunyai banyak kesamaan dengan Bahasa Arab Mesir.[1] Dialek ini juga ditutur oleh kaum orang Rasyaida di Eritrea dan Sudan. Dialek ini digunakan buat perhubungan harian dan tidak mempunyai kedudukan rasmi; sebaliknya Bahasa Arab Piawai Moden digunakan dalam urusan rasmi, terutamnya di Eritrea di mana bahasa Arab tidak merupakan lingua franca.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- ^ "Dialect, Culture, and Society in Eastern Arabia: Glossary". Clive Holes. 2001.