Bahasa Arab Piawai Moden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bahasa Arab Piawai)
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Arab Piawai Moden (BAPM, Inggeris: MSA; Bahasa Arab: اللغة العربية الفصحىal-lughah al-ʻArabīyah al-fuṣḥá 'bahasa Arab yang paling fasih'), Bahasa Arab Piawai, atau Bahasa Arab Sastera ialah jenis bahasa Arab yang piawai dan juga bahasa sastera yang digunakan dalam penulisan dan kebanyakan ucapan formal. Ia dianggap bahasa polisentrik.

Kebanyakan ahli sarjana Barat membezakan dua jenis piawai al-fuṣḥá bahasa Arab(الفصحى): Bahasa Arab Klasik (BAK), yakni اللغة العربية التراثية (al-lughah al-ʻArabīyah al-turāthīyah) Quran dan sastera Islam Arab awal (abad ke-7 hingga ke-9), dan Bahasa Arab Piawai Moden (BAPM) اللغة العربية المعيارية الحديثة (al-lughah al-ʻArabīyah al-miʻyārīyah al-ḥadīthah), bahasa piawai yang digunakan pada hari ini. Bahasa piawai moden didasarkan atas bahasa Klasik. Kebanyakan penutur bahasa Arab mengganggap kedua-dua jenis sebagai dua daftar bahasa yang satu, walaupun daftar-daftar tersebut dapat dirujuk sebagai فصحى العصر (fuṣḥá al-ʻaṣr}}) (BAPM) dan فصحى التراث (fuṣḥá al-turāth) (BAK)[1]

Bahasa Arab Klasik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa Arab Klasik

Bahasa Arab Klasik, juga dikenali sebagai bahasa Arab Quran, ialah bahasa yang terkandung dalam Quran selain berbilang teks sastera dari zaman Umaiyah dan Abasiyyah (kurun ke-9 hingga ke-9).

Bahasa Arab Piawai Moden[sunting | sunting sumber]

Bahasa Arab Piawai Moden (BAPM) ialah piawai kesusasteraan di seluruh Timur Tengah, Afrika Utara, Tanduk Afrika. Bahasa ini juga satu daripada bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebahagian besar bahan cetak dalam bahasa Arab&mmdash; termasuk kebanyakan buku, akhbar, majalah, dokumen rasmi, dan bahan bacaan buat kanak-kanak—ditulis dalam BAPM. Bahasa Arab basahan merujuk kepada jenis-jenis bahasa rantau yang terhasil daripada bahasa pertuturan seharian di seluruh wilayah Timur Tengah, Afrika Utara dan Tanduk Afrika, dan dipelajari sebagai bahasa ibunda. Jenis-jenis ini lazimnya tidak tertulis, kendatipun terdapat sejumlah penulisan (khususnya bahan lakon dan puisi) yang dihasilkan dalam jenis-jenis bahasa ini. Bahasa Arab Sastera/PABM merupakan bahasa rasmi dalam kesemua negara Liga Arab dan merupakan satu-satunya ragam bahasa Arab yang diajar di sekolah pada semua peringkat. Lagi pula, sesetengah penutur bahasa Arab yang beragama Kristian melafazkan sembahyang mereka dalam bahasa ini oleh sebab ia dianggap sebagai bahasa sastera.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alaa Elgibali and El-Said M. Badawi. Understanding Arabic: Essays in Contemporary Arabic Linguistics in Honor of El-Said M. Badawi, 1996. Page 105.

Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.