Bahasa Austro-Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Austro-Asia
Austro-Asiatik
Taburan
geografi:
Asia Selatan dan Tenggara
Klasifikasi bahasa: Salah satu rumpun bahasa utama dunia
Pembahagian:
{{{mapalt}}}

Rumpun bahasa Austro-Asia yang secara harafiahnya bererti “Asia Selatan”, ialah sebuah rumpun bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Antara bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa Vietnam, bahasa Khmer, dan bahasa Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang. Bahasa Vietnam dan bahasa Khmer mempunyai kedudukan bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan Kemboja), sementara bahasa Santali dan bahasa Khasi masing-masing berstatus bahasa rasmi di tahap negara bahagian sahaja di India. Bahasa lain daripada rumpun ini dipertuturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.

Rumpun bahasa Austro-Asiatik tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara, dipisahkan oleh daerah di mana bahasa-bahasa lain dituturkan. Dipercayai secara meluas bahawa rumpun bahasa Austro-Asia merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara dan bahagian timur anak India dan rumpun bahasa lain di daerah itu termasuk Indo-Eropah, Tai-Kadai, Dravidia, dan Sino-Tibet, ialah hasil perpindahan manusia yang terjadi (Sebagai contoh, ada perkataan bahasa Austro-Asia dalam rumpun bahasa Tibeto-Burma di Nepal timur). Beberapa ahli bahasa telah mencuba membuktikan bahawa rumpun bahasa Austro-Asia berkeluarga dengan rumpun bahasa Austronesia, sehingga membentuk rumpun besar Austrik.

Cabang utama[sunting | sunting sumber]

Rumpun bahasa ini boleh dibahagikan menjadi dua cabang iaitu: cabang Mon-Khmer dan Munda di India. Daripada cabang Mon-Khmer pula, ada dua bahasa yang penting iaitu bahasa Khmer yang dipertuturkan oleh lebih kurang 10 juta orang di Kemboja dan bahasa Vietnam yang dipertuturkan lebih kurang 80 juta orang di Vietnam. Selain itu, bahasa Mon dipertuturkan oleh sekelompok kecil suku bangsa Mon di Myanmar berdekatan sempadan Thailand dan bahasa Khmu dipertuturkan di sebelah utara Laos berdekatan sempadan Myanmar. Kemudian bahasa Asli yang dipertuturkan oleh suku bangsa Negrito di Semenanjung Malaysia juga anggota cabang bahasa Mon-Khmer. Diperkirakan bahasa-bahasa Asli suku bangsa Asli ini sebenarnya bukan bahasa mereka, namun bahasa ini diambil mereka daripada jiran-jiran mereka.

Di India, bahasa Mundari dan bahasa Santali ialah bahasa Austro-Asia yang sudah dipengaruhi oleh bahasa Indo-Eropah cabang Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravidia. Penutur asli bahasa Munda ialah orang-orang daripada bangsa Mongoloid yang diperkirakan dahulu kala tersebar luas pula di India utara.

Di kepulauan Nicobar juga dipertuturkan bahasa-bahasa Austro-Asia, dan sebahagian besarnya oleh orang-orang bangsa Mongoloid pula. Sedangkan penduduk asli kepulauan Nicobar dan Andaman ialah suku bangsa negrito yang masih berhubung dengan ‘orang asli’ di Malaysia dan suku bangsa Papua. Ada yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahasa mereka juga merupakan golongan bahasa Papua sangat jauh.

Bahasa Austro-Asia secara kesimpulannya[sunting | sunting sumber]

Rumpun bahasa Austro-Asia secara kesimpulannya adalah seperti berikut:

Austro-Asia

Penyebaran bahasa Austro-Asia[sunting | sunting sumber]

Jika ditelitikan di peta, penyebaran rumpun bahasa Austro-Asia tidak berkesinambungan namun terputus-putus. Selain di Kamboja dan Vietnam, rumpun bahasa ini hanya dipertuturkan dalam kelompok yang kecil, dari India sampai ke Semenanjung Malaysia. Ada kemungkinan besar pada zaman dahulu kala, bahasa-bahasa ini berkesinambungan. Tetapi pada suatu saat dalam sejarah terjadi perubahan kepada para penutur bahasa Indo-Eropah di India, bahasa Tai-Kadai di Thailand dan bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia.

Kepelbagaian bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia juga membawa kepada kesimpulan ini. Bahasa Austronesia yang dipertuturkan di sini hanya bahasa Melayu saja, meskipun wujud beberapa dialek tetapi perbezaan antara dialek ini tidaklah besar. Kepelbagaian bahasa ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu masih boleh dikatakan belum begitu lama di sini.[perlu rujukan]

Bahkan di Semenanjung Malaysia wujudnya pertanyaan kerana penduduk ‘asli’ atau aborigin daerah ini iaitu suku bangsa Negrito masih menuturkan bahasa-bahasa Austro-Asia. Padahal bahasa ini sebenarnya diambil mereka dari negara-negara jiran mereka yang termasuk bangsa Mongolia, sudah mengambil alih bahasa Austronesia.[Penjelasan diperlukan]

Ada pula yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa bahasa-bahasa Austro-Asia pernah dipertuturkan di pulau Sumatera. Menurut para pakar ini, sisa-sisa bahasa Austro-Asia ini masih meninggalkan jejaknya, atau disebut substratum, dalam bahasa-bahasa Sumatera moden.


Hubungan dengan rumpun bahasa lain[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa pakar[nyatakan menurut siapa?] yang menggolongkan rumpun bahasa Austro-Asia dengan rumpun bahasa Austronesia dan menamakannya rumpun bahasa besar atau superfamili Austrik. Mereka berpendapat bahawa semua bahasa di China bahagian selatan sebenarnya berhubungan iaitu rumpun bahasa Austro-Asia, bahasa Austronesia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien (juga disebut Miao-Yao). Secara skematik, rumpun bahasa Austrik secara kesimpulannya adalah seperti berikut:

  • Austrik
    • Austronesia
    • Tai-Kadai
    • Hmong-Mien
    • Austro-Asia

Para penutur keempat-empat rumpun bahasa yang diagak berhubungan ini menetap di daerah yang sekarang termasuk Republik Rakyat China bahagian selatan sehingga lebih kurang pada tahun 2000 SM1000 SM. Ketika itu, bangsa Cina, yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet, dari RRC utara menyerbu ke selatan dan para penutur bahasa Austrik tercerai-berai. Hal ini yang dijangkakan sebagai alasan mengapa kaum Tai-Kadai berpindah ke selatan dan para penutur bahasa Austro-Asia tercerai-berai.

Tambahan pula, ahli linguistik mempunyai hujah lain iaitu kewujudan perkataan dasar yang mirip yang mana bahasa Austronesia menyimpan kedua-dua suku kata sedangkan bahasa Austro-Asia menyimpan suku kata pertama dan bahasa Tai-Kadai menyimpan suku kata kedua.

Contoh: Proto-Austronesia / Proto-Mon-Kmer (Austro-Asia) / Proto Thai (Tai-Kadai)

  • mata ‘mata’ / *măt ‘mata / *taa ‘mata’

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Peck, B. M., Comp. (1988). An Enumerative Bibliography of South Asian Language Dictionaries.
  • Peiros, Ilia. 1998. Comparative Linguistics in Southeast Asia. Pacific Linguistics Series C-142. Canberra, Australian National University.
  • Zide, Norman H., and Milton E. Barker. Studies in Comparative Austroasiatic Linguistics. Indo-Iranian monographs, v. 5. The Hague: Mouton, 1966.
  • Byomkes Chakrabarti,A Comparative Study of Santali and Bengali, 1994

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  • Mon-Khmer.com: Lectures by Paul Sidwell
  • Ethnologue classification