Bahasa Celtik Purba
Celtik Purba | |
---|---|
CP, PC, Celtic Biasa, Keltik Purba | |
Rekonstruksi | Bahasa-bahasa Celtik |
Rantau | Eropah Tengah atau Barat |
Zaman | sekitar 1300–800 TM |
Sebahagian daripada siri |
Topik-topik Indo-Eropah |
---|
Celtik Purba, atau Celtik Biasa, ialah bahasa purba yang dipercayai adalah moyang kepada semua bahasa Celtik yang diketahui, dan keturunan bahasa Indo-Eropah Purba. Tiada tulisannya pernah ditemui tetapi sebahagiannya telah direkonstruksikan melalui kaedah perbandingan. Celtik Purba dianggap umumnya pernah dituturkan antara 1300 dan 800 SM, kemudian mula berpecah kepada beberapa bahasa yang berbeza. Celtik Purba sering dikaitkan dengan budaya Urnfield dan khususnya budaya Hallstatt. Bahasa Celtic berkongsi ciri-ciri umum dengan bahasa-bahasa Italik yang tidak terdapat dalam cabang-cabang Indo-Eropah yang lain, mencadangkan kemungkinan bahasa terdapat satu bahasa Italo-Celtik yang pernah wujud pada satu masa.
Celtik Purba kini sedang direkonstruksi melalui kaedah perbandingan dengan bergantung pada bahasa-bahasa Celtik yang terkemudian. Walaupun bahasa-bahasa Celtik di Tanah Besar menyediakan banyak cadangan kukuh untuk fonologi Celtik Purba, dan beberapa untuk morfologinya, bahan yang direkodkan terlalu sedikit untuk membenarkan pembinaan semula sintaksis yang muktamad, namun beberapa ayat lengkap ada direkodkan dalam bahasa-bahasa Gaul dan Celtiberia. Jadi sumber-sumber utama untuk rekonstruksi datang daripada bahasa-bahasa Celtik Kepulauan dengan kesusasteraan tertua yang ditemui dalam bahasa Ireland Kuno[1] dan bahasa Wales Pertengahan,[2] daripada karya-karya pengarang abad ke-6 Masihi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Nota
- ^ Celtic literature at britannica.com, accessed 7 February 2018
- ^ Rhys, John (1905). Evans, E. Vincent (penyunting). "The Origin of the Welsh Englyn and Kindred Metres". Y Cymmrodor. London: Honourable Society of Cymmrodorion. XVIII.
Bibliografi
- Cowgill, Warren (1975). "The origins of the Insular Celtic conjunct and absolute verbal endings". Dalam H. Rix (penyunting). Flexion und Wortbildung: Akten der V. Fachtagung der Indogermanischen Gesellschaft, Regensburg, 9.–14. September 1973. Wiesbaden: Reichert. m/s. 40–70.
- Evans, D. Simon (1964). A Grammar of Middle Welsh. Dublin: Dublin Institute for Advanced Studies.
- Hackstein, Olav (2002). "Uridg. *CH.CC > *C.CC". Historische Sprachforschung. 115: 1–22.
- Lane, George S. (1933). "The Germano-Celtic Vocabulary". Language. 9 (3): 244–264. doi:10.2307/409353. JSTOR 409353.
- Matasović, Ranko (2009). Etymological Dictionary of Proto-Celtic. Leiden Indo-European Etymological Dictionary Series, 9. Brill Academic Publishers. ISBN 978-90-04-17336-1.
- Matasović, Ranko (2011). Addenda et corrigenda to Ranko Matasović's Etymological Dictionary of Proto-Celtic (PDF). Leiden Indo-European Etymological Dictionary Series, 9. Brill Academic Publishers.
- McCone, Kim (1996). Towards a Relative Chronology of Ancient and Medieval Celtic Sound Change. Maynooth: Department of Old and Middle Irish, St. Patrick's College. ISBN 978-0-901519-40-5.
- Pedersen, Holger (1913). Vergleichende Grammatik der keltischen Sprachen. 2. Band, Bedeutungslehre (Wortlehre). Göttingen: Vandenhoeck & Ruprecht. ISBN 978-3-525-26119-4.
- Schrijver, Peter (1994). "The Celtic adverbs for 'against' and 'with' and the early apocope of *-i". Ériu. 45: 151–89.
- Schrijver, Peter (1995). Studies in British Celtic Historical Phonology. Amsterdam: Rodopi. ISBN 978-90-5183-820-6.
- Schrijver, Peter (2015). "Pruners and trainers of the Celtic family tree: The rise and development of Celtic in light of language contact". Proceedings of the XIV International Congress of Celtic Studies, Maynooth 2011. Dublin: Dublin Institute for Advanced Studies. m/s. 191–219.
- Thurneysen, Rudolf (1946). A Grammar of Old Irish. Tr. D. A. Binchy and Osborn Bergin. Dublin: Dublin Institute for Advanced Studies.
- Zair, Nicholas (2012). The Reflexes of the Proto-Indo-European Laryngeals in Celtic. Leiden: Brill.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bahasa Celtik Purba |
- Universiti Leiden telah menyusun kamus etimologi pelbagai bahasa IE, sebuah projek yang diselia oleh Alexander Lubotsky .