Bahasa Chagatai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Chagatai
جغتای Jağatāy
WilayahKhorasan (Asia Tengah)
EraAbad ke-15 hingga awal abad ke-20
Keluarga bahasa
Turkic
Kod bahasa
ISO 639-2chg
ISO 639-3chg
Linguist Listchg

Chagatai (جغتای Jaġatāy[1]) ialah sebuah bahasa Turkik yang sudah pupus. Pada suatu ketika bahasa ini digunkan secara meluas di Asia Tengah, dan kekal menjadi bahasa kesusasteraan yang dikongsi bersama sehingga awal abad ke-20. Bahasa ini ditutur raja-raja Empayar Mughal awal di subbenua India di mana ia menpengaruhi pembangunan Bahasa Hindustan. Sasterawan terhebat bahasa ini ialah Ali Shir Nava'i.[2] Sebagai persiapan penubuhan Republik Soviet Uzbekistan pada tahun 1924, Chagatai diberi nama rasmi "Uzbek Lama" (Old Uzbek),[3] satu tindakan yang didakwa Edward A. Allworth yang "memutarbelitkan sejarah kesusasteraan wilayah tersebut" dan yang digunakan penulis seperti penulis abad ke-15, Ali Shir Nava'i sebagai identiti Uzbek. [4]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan Chagatai berkaitan dengan Kekhanan Chagatai empayar yang turun daripada Empayar Mongol, yang ditinggalkan kepada Chagatai Khan, anak lelaki kedua Genghis Khan. Ramai daripada orang Turk Chagatai dan Tatar yang menjadi penutur bahasa ini, mendakwa leluhur daripada Chagatai Khan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bahasa Uzbek: چەغەتاي Chag'atoy; Bahasa Mongolia: ᠲᠰᠠᠭᠠᠳᠠᠢ Chagadai; Bahasa Uighur: چاغاتاي Chāghātāy; Bahasa Turki: Çağatayca
  2. ^ Robert McHenry, penyunting (1993). Navā’ī, (Mir) ‘Alī Shīr. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa English) (edisi 15th). Chicago: Encyclopædia Britannica, Inc. m/s. 563. 
  3. ^ Schiffman, Harold (2011). Language Policy and Language Conflict in Afghanistan and Its Neighbors: The Changing Politics of Language Choice. Brill Academic. m/s. 178-179. ISBN 978-9004201453. 
  4. ^ Allworth, Edward A. (1990). The Modern Uzbeks: From the Fourteenth Century to the Present: A Cultural History. Hoover Institution Press. m/s. 229-230. ISBN 978-0817987329. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]