Bahasa Dong
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. |
| Dong | |
|---|---|
| Kam | |
| Asli kepada | China |
| Kawasan | Guizhou, Hunan dan Guangxi |
Penutur asli | 1.5 juta |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | – |
Bahasa Dong atau juga dikenali sebagai Bahasa Kam atau Gam, merupakan sebuah bahasa dari cabang Kam-Sui, rumpun daripada bahasa Tai-Kadai yang dituturkan oleh sekitar 1.5 juta orang di wilayah perbatasan Guizhou, Hunan dan Guangxi di China.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua dialek yang dituturkan dalam bahasa Dong yang diklasifikasikan sebagai bahasa saling berbeza oleh beberapa ahli bahasa. Dialek utara termasuk dialek dipengaruhi oleh bahasa Mandarin lebih banyak, kata-kata pinjaman dari Mandarin lebih banyak dan banyak yang bilingual dalam bahasa Dong dan Mandarin. Sedangakan dialek selatan mempunyai penutur monolingual bahasa Kam lebih banyak daripada dialek utara.
Ejaan
[sunting | sunting sumber]Sistem ejaan Dong diciptakan oleh penyelidik Pemerintahan China pada tahun 1958 dengan abjad Latin A-Z. Tulisan yang diciptakan ini digunakan terutamanya oleh ahli-ahli penyelidik dan oleh beberapa ratus penutur bahasa Dong yang pernah menerima pendidikan tulisan Dong di sekolah dan internet.
Nada bahasa
[sunting | sunting sumber]Bahasa Dong merupakan bahasa yang bernada dan memiliki sembilan nada:
- Bagi suku kata terbuka (yang berakhiran dengan vokal dan konsonan -m,-n,-ng), ia mempunyai enam nada yang berbeza.
- Bagi suku kata tertutup (yang berakhiran konsonan -p,-t,-k), ia mempunyai tiga nada yang berbeza.
Pada sistem ejaan yang lama, 9 nada tersebut ditunjukkan dengan konsonan yang berada di akhir suku kata, misalnya "bal" (ikan), dan "bedl" (bebek) mempunyai nada rata tinggi, tanda nadanya iaitu huruf l, sementara "bas" (bibi) mempunyai nada naik, tanda nadanya iaitu s. Pada sistem ejaan yang baru, tanda nada ditulis di atas atau bawah vokal, misalnya "bả"(ikan), "bừt" (bebek) dan sebagainya.
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Halaman menggunakan kotak info kerangka peta dengan koordinat hilang
- Rencana bahasa tanpa kod bahasa
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Bahasa di China
- Bahasa
- Bahasa-bahasa Kra-Dai