Bahasa-bahasa Greek Moden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bahasa Greek Moden)
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Greek Moden (Νέα Ελληνικά or Νεοελληνική, secara harfiah bermaksud 'Yunani baru' dan secara sejarah, dikenali sebagai Ρωμαίικα, yang membawa maksud harfiah, 'berkenaan dengan Greece moden') merujuk kepada jenis-jenis bahasa Greek yang dituturkan dalam era moden. Pada hari ini, bahasa Greek dituturkan oleh lebih kurang 15 juta orang, terutamanya di Greece dan Cyprus, tetapi juga oleh komuniti-komuniti minoriti dan pendatang di banyak negara yang lain.

Dari segi sejarah, istilah "Greek Moden" biasa difahami sebagai terdiri daripada semua jenis bahasa Greek dalam tempoh antara kejatuhan Empayar Byzantine pada tahun 1453 sehingga hari ini. Pada sebahagian besar masa ini, bahasa Greek wujud dalam keadaan diglosia, dengan loghat-loghat pertuturan wilayah wujud bersama-sama dengan bentuk-bentuk ilmiah bertulis kuno. Yang paling ketara, pada kebanyakan abad ke-19 dan ke-20, bahasa Greek Moden dikenali dalam bentuk kelainan-kelainan Demotik yang popular dan Katharevousa ilmiah. Pada hari ini, bahasa Greek Moden Piawai yang berdasarkan terutamanya pada kelainan Demotik, adalah bahasa rasmi bagi kedua-dua Greece dan Cyprus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]