Bahasa Hungary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Hungary
magyar
sebutan akan ditambah
asli di Hungary dan beberapa tempat di Romania, Slovakia, Serbia, Ukraine, Croatia, Austria, dan Slovenia
penutur asli 13 juta  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Uralik
Sistem penulisan Rumi (variasi Hungary)
status rasmi
Bahasa rasmi di Hungary, Kesatuan Eropah, Slovenia (bahasa serantau), Serbia (bahasa serantau), Austria (bahasa serantau), beberapa pendudukan di Romania, hak rasmi di Ukraine, Croatia dan Slovakia
Dikawal oleh Research Institute for Linguistics of the Hungarian Academy of Sciences
kod bahasa
ISO 639-1 hu
ISO 639-2 hun
ISO 639-3 hun

Bahasa Hungary atau Bahasa Magyar (magyar nyelv Mengenai bunyi ini listen ) merupakan satu ahli famili bahasa-bahasa Finno-Ugrik, secara terperincinya satu bahasa Ugrik yang tiada pertalian darah dengan bahasa-bahasa Eropah Tengah yang lain. Sebagai salah satu daripada sebilangan kecil bahasa Eropah moden yang tidak tergolong dalam famili bahasa-bahasa Indo-Eropah, bahasa Hungary banyak meraih minat para pakar bahasa. Bahasa ini ditutur di negara Hungary serta kaum minoriti Hungary di tujuh buah negara yang berjiran dengan Hungary. Nama tempatan bahasa ini disebut magyar [ˈmɒɟɒr̪].

Terdapat kira-kira 13 juta orang yang menutur bahasa Hungary sebagai bahasa ibunda, termasuk 9.5-10 juta orang yang tinggal di Hungary zaman sekarang. Terdapat dua juta orang penutur yang tinggal di kawasan yang dahulunya merupakan sebahagian Kerajaan Hungary sebelum Perang Dunia Pertama, termasuklah kumpulan terbesar yang tinggal Romania, di mana terdapat kira-kira 1.4 juta orang berbangsa Hungary. Penutur bahasa Hungary juga didapati di Slovakia, Serbia, Ukraine, Croatia, Austria, dan Slovenia, serta kira-kira sejuta orang yang tinggal merata tempat di seluruh dunia.