Bahasa Inggeris Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Inggeris Pertengahan
Middle English
wilayah England, Scotland, Ireland
pupus Berkembang menjadi bahasa Inggeris Moden Awal dan bahasa Scotland menjelang abad ke-16
keluarga bahasa
kod bahasa
ISO 639-2 enm
ISO 639-3 enm

Bahasa Inggeris Pertengahan ialah nama yang diberikan oleh ahli linguistik sejarah untuk berbagai-bagai bentuk bahasa Inggeris yang digunakan antara akhir abad ke-11 dan sekitar 1470, apabila Piawai Chancery, sejenis bahasa Inggeris berasaskan London mula digunakan secara meluas. Perkembangan itu dibantu oleh pengenalan mesin cetak ke England oleh William Caxton pada akhir 1470-an. Sewaktu itu, kelainan dialek Northumbria (yang dituturkan secara meluas di England Utara) yang dituturkan di Scotland tengah sedang berkembang menjadi bahasa Scotland. Bahasa England, sebagaimana digunakan selepas waktu ini sehingga 1650 dikenali sebagai bahasa Inggeris Moden Awal.

Berbeza dengan bahasa Inggeris Lama yang terutamanya cenderung menggunakan konvensi katib Saxon Barat pada zaman sejurus sebelum Penaklukan oleh Norman, bahasa Inggeris Pertengahan sebagai sebuah bahasa tulisan menonjolkan berbagai-bagai bentuk katib (mungkin dialek). Bagaimanapun, kepelbagaian bentuk bahasa Inggeris Pertengahan tulisan mungkin tidak melebihi jumlah bentuk bahasa Inggeris tuturan yang ada sebelum penaklukan England dan mungkin juga tidak melambangkan bahasa Inggeris tuturan sezaman yang tepat (walaupun ketepatan dan kesetiaan yang lebih tinggi daripada itu boleh didapati dalam teks Inggeris Lama). Sebaliknya, kepelbagaian ini membayangkan keakhiran beransur-ansur peranan kerajaan Wessex sebagai tumpuan utama dan pengasas arah aliran untuk aktiviti katib. Ia juga membayangkan kemunculan gaya katib tempatan dan dialek tulisan yang tersendiri serta juga satu pola peralihan aktiviti yang umum pada abad-abad yang berikut, sewaktu Northumbria, Anglia Timur dan London muncul berturut-turut sebagai pusat-pusat penghasilan kesusasteraan yang utama, dengan minat generik masing-masing.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Brunner, Karl (1962) Abriss der mittelenglischen Grammatik; 5. Auflage. Tübingen: M. Niemeyer (1st ed. Halle (Saale): M. Niemeyer, 1938)
  • Brunner, Karl (1963) An Outline of Middle English Grammar; translated by Grahame Johnston. Oxford: Blackwell

Pautan luar[sunting | sunting sumber]