Pergi ke kandungan

Bahasa Kampar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampar
Ocu
Bahaso Kampau
بهاسو كمڤاو
Sebutan[ba.ha.so kam.paw]
[ba.ha.so o.t͡ʃu]
Asli kepadaIndonesia (Riau)
KawasanKebanyakannya dituturkan di Kampar. Juga terdapat di bahagian Rokan Hilir, Rokan Hulu, Pekanbaru, Pelalawan, Kuantan Singingi, dan Indragiri Hulu.
EtnikKampar
Penutur bahasa
(100,000 setakat 1978)[1]
Bentuk awal
Kampar Klasik
Dialek/loghat
  • Air Tiris
  • Bangkinang
  • Kuntu
  • Kuok
  • Tapung
Latin (Abjad Indonesia)
Jawi
Kod bahasa
ISO 639-3
GlottologTiada
  Daerah dan bandar di Riau di mana bahasa Kampar dituturkan oleh majoriti penduduknya

Bahasa Kampar[2] (bahaso Kampau) ialah ragam bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk Kabupaten Kampar, Riau. Status linguistik Kampar masih diperdebatkan, kadangkala bahasa ini dianggap sebagai dialek bahasa Melayu.[3][4][5] Badan Bahasa Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia mengklasifikasikan dialek Kampar sebagai salah satu dialek bahasa Minangkabau di Riau.[6] Walau bagaimanapun, orang Kampar lebih suka menganggapnya sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu Riau dan dalam kehidupan seharian mereka, penutur bahasa ini memanggilnya bahasa Kampar.[2][7][8]

  1. ^ Said et al. 1986, m/s. 2.
  2. ^ a b "Malam Puisi, Pj Bupati Kampar Deklarasikan Sehari Berbahasa Ocu". Pemerintah Kabupaten Kampar (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2022. Dicapai pada 1 April 2026.
  3. ^ Chatlinas 1986, m/s. 2.
  4. ^ Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbud RI. Bahasa di Provinsi Riau. Pada: Bahasa dan Peta Bahasa di Indonesia. 2017 [1] Diarkibkan 12 Ogos 2018 di Wayback Machine
  5. ^ Hamidy, U. U. 2003, Bahasa Melayu dan Kreativitas Sastra di Riau / U.U. Hamidy Unri Press kerjasama dengan Yayasan Adikarya Ikapi dan The Ford Foundation Pekanbaru, ISBN 979-3297-33-6
  6. ^ Sugono, Dendy, Sasangka, S.S.T. Wisnu, Rivay, Ovi Soviaty, et al., 2017. Bahasa dan peta bahasa di Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Jakarta. ISBN 9786024373762 [2] Diarkibkan 31 Januari 2021 di Wayback Machine
  7. ^ "Kampar, antara Melayu dan Minangkabau - WACANA". www.wacana.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 31 Mac 2026.[pautan mati kekal]
  8. ^ Zikri 2022, m/s. 42.