Bahasa Kristang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papia Kristang
Bahasa Portugis Kreol Melaka
Kristang
Asli kepadaMalaysia, Singapura
Penutur bahasa
1,000 (2014)
Bahasa Kreol Portugis
  • Melayu-Portugis
    • Papia Kristang
Kod bahasa
ISO 639-3mcm
GlottologTiada
mala1533  Malacca–Batavia Creole
ELPMalaccan Creole Portuguese
Linguasphere51-AAC-aha

Bahasa Kristang (Papia Kristang ("bertutur kristang") atau Kristang sahaja) ialah bahasa kreol yang dituturkan oleh orang Kristang, sebuah komuniti orang-orang berdarah campuran Portugis dan Melayu, terutama di Melaka, Malaysia.

Bahasa ini juga disebut Cristão atau Cristan ("Kristian"), Portugues di Melaka ("Bahasa Portugis Melaka"), Linggu Mai ("Bahasa Ibu") atau hanya Papia ("berbicara"). Namun, penduduk setempat dan sebahagian besar masyarakat Kristang menyebut bahasa itu sebagai "Portugis".

Dalam Atlas of the World's Languages ​​in Danger (2010; dahulu Red Book of Endangered Languages) yang diterbitkan oleh UNESCO, bahasa Kristang diklasifikasikan sebagai bahasa yang "sangat diancam kepupusan"[1], dengan hanya sekitar 2.000 penutur. Sehingga 2014, ahli bahasa yang mengambil berat terhadap bahasa Kristang secara umum mencatat populasi penutur gabungan sekitar 1.000 orang ke bawah. Bahasa ini memiliki sekitar 750 penutur di Melaka[2] dan 100 lain di Singapura.[3] Sebahagian kecil penutur juga tinggal di komuniti Serani Portugis lain di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di Malaysia, dan di komuniti diaspora di Perth (Australia Barat), Kanada, United Kingdom dan di tempat lain.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Moseley, Christopher (2012). The UNESCO atlas of the world's languages in danger. World Oral Literature Project. ISBN 978-92-3-104096-2.
  2. ^ Baxter (2005), m/s. 16
  3. ^ Wong, Kevin Martens. "Kodrah Kristang Kaminyu di Kodramintu: Kinyang Ngua (The Kristang Language Revitalization Plan, Phase One)" (PDF). Kodrah Kristang. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 13, 2016. Dicapai pada August 12, 2016.
  4. ^ Baxter, Alan N. (1988). A Grammar of Kristang (Malacca Creole Portuguese) (PDF). Pacific Linguistics Series B - No. 95. Canberra: Pacific Linguistics. doi:10.15144/pl-b95. hdl:1885/145643. ISBN 0-85883-375-1.

Templat:Bahasa di Singapura