Bahasa-bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bahasa Malayik)
Bahasa-bahasa Melayu
Bahasa-bahasa Melayik
Taburan
geografi:
Asia Tenggara Maritim
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Bahasa Melayu Purba
Pembahagian:
  • (dipertikaikan)
Glottolog:mala1538[1]
{{{mapalt}}}
Taburan bahasa-bahasa Melayu di Asia Tenggara Maritim:
  Subkumpulan bahasa-bahasa Iban dan bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Kanayatn/Salako-Kendayan), juga dikenali himpunannya sebagai "bahasa-bahasa Dayak Melayik".
  Ragam Melayu lain; hubungan genetik masih tidak jelas.

Bahasa-bahasa Melayu, atau lebih dikenali sebagai bahasa-bahasa Melayik[2] dalam bidang linguistik, ialah satu cabang bahasa di bawah rumpun bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa yang terkenal dalam keluarga ini ialah bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan di Brunei dan Singapura serta asas kepada bahasa Malaysia iaitu bentuk bahasa yang dibakukan bagi kegunaan peringkat kebangsaan Malaysia. Bahasa Indonesia iakni bahasa kebangsaan Indonesia dan bahasa yang popular dipelajari di Timor Leste.

Seorang gadis sedang bertutur dalam bahasa Indonesia di Belanda

Cabang bahasa-bahasa Melayu juga merangkumi bahasa tempatan yang dituturkan pelbagai sub-etnik Melayu (contohnya seperti bahasa Kutai, bahasa Melayu Kedah dan bahasa Melayu Basemah). Bahasa kerabat yang mempunyai hubungan terdekat dengan bahasa Melayu di Sumatera (seperti bahasa Minangkabau) dan Borneo (seperti bahasa Iban), antara calon kawasan yang paling berkemungkinan sebagai titik daripada pemisahan bahasa-bahasa Melayu ialah di bahagian Borneo barat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Istilah "bahasa-bahasa Melayu" adalah istilah umum yang digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi padanan sebenar yakni "Melayik" (Malayic) pertama kali dicipta oleh Dyen (1965) dalam klasifikasi leksikostatistik bahasa-bahasa Austronesia. "Kelekapan bahasa-bahasa Melayik" (Malayic hesion) oleh Dyen mempunyai skop yang lebih luas daripada subkumpulan bahasa-bahasa Melayu dalam bentuk yang diterima kini, dan juga merangkumi bahasa Aceh, bahasa Lampung, dan bahasa Madura. Nothofer (1988) menyempitkan julat bahasa-bahasa Melayu, tetapi memasukkan bahasa bukan Melayu seperti bahasa Rejang dan bahasa Embaloh:

Skop subkumpulan bahasa-bahasa Melayu kini, yang telah diterima secara umum oleh pakar sebidang, pertama kali diusulkan oleh Karl Alexander Adelaar (1992, 1993), berdasarkan bukti fonologi, morfologi, dan leksikal.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa-bahasa Melayu dituturkan di Borneo, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, dan di beberapa pulau yang terletak di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Borneo

Semenanjung Tanah Melayu

Sumatera

Jawa

Laut China Selatan/Selat Melaka

Subkumpulan[sunting | sunting sumber]

Pengelasan dalaman[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat persetujuan umum tentang bahasa yang mana boleh dikelaskan dalam bahasa-bahasa Melayu, subkumpulan dalaman bahasa-bahasa Melayu masih dipertikaikan.

Adelaar (1993)[sunting | sunting sumber]

Adelaar (1993) mengelaskan bahasa-bahasa Melayu seperti berikut.[3]

Ross (2004)[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bukti tatabahasa, Ross (2004) membahagikan kumpulan bahasa-bahasa Melayu kepada dua cabang utama:[4]

  • Bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Selako-Kendayan)
  • Bahasa-bahasa Melayu teras (bahasa-bahasa Melayu lain)

Klasifikasi ini dicerminkan dalam Glottolog (Gubahan 3.4).

Anderbeck (2012)[sunting | sunting sumber]

Mengikuti Tadmor (2002), Anderbeck (2012) membuat perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Melayu dalam perbincangannya tentang loghat-loghat Orang Laut di Kepulauan Riau. Beliau secara tentatif mengklasifikasikan semua bahasa-bahasa Melayik di bawah subkumpulan "Melayu", kecuali subkumpulan bahasa-bahasa Iban, bahasa-bahasa Selako-Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Dayak Melayu, dan "kelainan yang agak berbeza" iaitu bahasa Urak Lawoi dan bahasa Duano.[5][a]

Klasifikasi Anderbeck telah diterima pakai dalam edisi ke-17 Etnologue, dengan pengecualian tunggal bahasa Duano, yang disenaraikan dalam Etnologue di bawah pengelasan "bahasa Melayu".[b]

Smith (2017)[sunting | sunting sumber]

Dalam disertasinya tentang bahasa-bahasa di Borneo, Smith (2017) memberikan bukti untuk subkumpulan yang terdiri daripada isolek bahasa-bahasa Melayu di Borneo barat dan Sumatera selatan, yang dilabelnya sebagai "bahasa-bahasa Melayik Borneo Barat".[7] Walau bagaimanapun, beliau membiarkan isolek lain ternirkelas.

Kedudukan dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia[sunting | sunting sumber]

Kemasukan bahasa Melayu dalam subkumpulan bahasa-bahasa Polinesia-Melayu tidak dapat dipertikaikan, dan terdapat sepersetujuan umum bahawa keluarga bahasa-bahasa Cam berkait rapat dengan keluarga bahasa-bahasa Melayu. Gabungan keluarga bahasa-bahasa Melayu yang lebih luas bagaimanapun menjadi kontroversi. Terdapat dua usulan utama: Adelaar (2005) meletakkan keluarga bahasa-bahasa Melayu dalam subkumpulan bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu, yang terdiri daripada bahasa berikut:[8]

Blust (2010) dan Smith (2017) mengumpukkan keluarga bahasa-bahasa Melayu kepada subkumpulan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya:[9][7]

Hipotesis keluarga bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu adalah berdasarkan bukti fonologi dengan beberapa inovasi leksikal yang dikongsi bersama, manakala hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya adalah berdasarkan korpus besar bukti leksikal.

Bahasa Melayu Purba[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Purba
Rekonstruksi bahasa-bahasa Melayu
Leluhur
direkonstruksi

Rekonstruksi fonologi[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Purba mempunyai jumlah 19 konsonan dan 4 vokal.[10]

Konsonan
Bibir Gusi Lelangit Velar Glotis
Hentian Tanpa suara p t [d] c k ʔ
Bersuara b d ɟ ɡ
Sengauan m n ɲ ŋ
Geseran s h
Likuida l ʀ
Aproksiman w y
Vokal
Ketinggian Depan Pusat Belakang
Sempit i /i/ u /u/
Tengah ə /ə/
Luas a /a/

Terdapat 2 diftong :

  • *-ay
  • *-aw

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Leksem bahasa Melayu Purba kebanyakannya berdwisukukata, walaupun ada yang mempunyai satu, tiga, atau empat sukukata. Leksem mempunyai struktur sukukata berikut: [10]

* [C V (N)] [C V (N)] [C V (N)] C V C 
Nota : C = konsonan,


V = vokal, N = sengauan

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ As with Adelaar, Anderbeck reckons the difficulty in assigning absolute subgrouping within Malayic subfamily, and suggests an alternative approach which is "to dissolve the Malay node and keep everything in the Malayic group".
  2. ^ Kaedah pengelasan ini masih digunakan dalam edisi ke-22 (2019).[6]
  3. ^ Alongside other various South Sumatran isolects which exhibit the *-R > *-ʔ innovation in a specific set of lexemes.
  4. ^ /t/ is listed as dental by Adelaar (1992)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Malayic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Universiti Kebangsaan Malaysia (1997). "Bahagian 3". Journal of the Institute of Malay Language, Literature and Culture. 14: 49.
  3. ^ Adelaar 1993.
  4. ^ Ross 2004.
  5. ^ Anderbeck 2012.
  6. ^ Eberhard, Simons & Fennig 2019.
  7. ^ a b Smith 2017.
  8. ^ Adelaar 2005.
  9. ^ Blust 2010.
  10. ^ a b Adelaar 1992.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Adelaar, K. Alexander (1992). Proto-Malayic: The Reconstruction of its Phonology and Parts of its Lexicon and Morphology. Pacific Linguistics, Series C, no. 119. Canberra: Dept. of Linguistics, Research School of Pacific Studies, the Australian National University.
  • Adelaar, K. Alexander (1993). "The Internal Classification of the Malayic Subgroup". Bulletin of the School of Oriental and African Studies. University of London. 56 (3): 566–581. doi:10.1017/s0041977x00007710. JSTOR 620695.
  • Adelaar, Alexander (2005). "Malayo-Sumbawan". Oceanic Linguistics. 44 (2): 357–388. doi:10.1353/ol.2005.0027. JSTOR 3623345.
  • Anderbeck, Karl (2012). "The Malayic speaking Orang Laut: Dialects and directions for research". Wacana: Journal of the Humanities of Indonesia. 14 (2): 265–312. Dicapai pada 26 May 2019.
  • Bellwood, Peter; Fox, James J.; Tryon, Darrell (2006). The Austronesians: historical and comparative perspectives. ANU E Press. ISBN 978-1-920942-85-4.
  • Blust, Robert (2010). "The Greater North Borneo Hypothesis". Oceanic Linguistics. 49 (1): 44–118. doi:10.1353/ol.0.0060. JSTOR 40783586.
  • Dyen, Isidore (1965). "A Lexicostatistical classification of the Austronesian languages". International Journal of American Linguistics (Memoir 19).
  • Eberhard, David M.; Simons, Gary F.; Fennig, Charles D., penyunting (2019). "Malayic". Ethnologue: Languages of the World (ed. 22). Dallas, Texas: SIL International.
  • Nothofer, Bernd. 1975. The reconstruction of Proto-Malayo-Javanic. (Verhandelingen van het KITLV, 73.) The Hague: Nijhoff.
  • Nothofer, Bernd (1988). "A discussion of two Austronesian subgroups: Proto-Malay and Proto-Malayic". Dalam Mohd. Thani Ahmad; Zaini Mohamed Zain (penyunting). Rekonstruksi dan cabang-cabang Bahasa Melayu induk. Siri monograf sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 34–58.
  • Ross, Malcolm D. (2004). "Notes on the prehistory and internal subgrouping of Malayic". Dalam John Bowden; Nikolaus Himmelmann (penyunting). Papers in Austronesian subgrouping and dialectology. Canberra: Research School of Pacific and Asian Studies, Australian National University. m/s. 97–109.
  • Smith, Alexander (2017). The Languages of Borneo: A Comprehensive Classification (PDF) (Ph.D. Dissertation). University of Hawaiʻi at Mānoa. Dicapai pada 26 May 2019.CS1 maint: location (link)
  • Tadmor, Uri (2002). "Language contact and the homeland of Malay". The Sixth International Symposium of Malay/Indonesian Linguistics (ISMIL 6). Bintan Island, 3–5 August 2002.

Templat:Austronesian languagesTemplat:Borneo