Bahasa Mamanwa
Bahasa Mamanwa | |
---|---|
Asli kepada | Filipina |
Kawasan | wilayah Agusan del Norte dan Surigao, Mindanao |
Penutur bahasa | (5,200 setakat 1990 census) |
Latin | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | mmn |
Glottolog | mama1275 |
Bahasa Mamanwa ialah salah satu bahasa di bawah keluarga bahasa-bahasa Filipina Tengah yang dituturkan oleh orang Mamanwa. Ia dituturkan di wilayah Agusan del Norte dan Surigao del Norte di kawasan Tasik Mainit di Mindanao, Filipina. Ia mempunyai kira-kira 5,000 penutur pada tahun 1990.
Bahasa Mamanwa ialah bahasa konservatif dari segi tatabahasa, mengekalkan perbezaan deiktik tiga hala dalam kata sandangnya yang masih wujud dalam beberapa bahasa-bahasa Batan.[1][2]
Sebelum ketibaan penutur bahasa Mamanwa di Pulau Samar tengah, terdapat kumpulan orang Negrito yang lebih awal di pulau tersebut.[3] Menurut Lobel (2013), orang Ayta Samar mungkin telah bertukar bahasa kepada bahasa Waray atau bahasa Samarenyo Utara, atau mungkin juga bahasa Mamanwa.
Di samping itu, Francisco Combes, seorang biarawan Sepanyol, telah memerhatikan kehadiran orang Negrito di Semenanjung Zamboanga "di jalur Misamis" pada tahun 1645, namun tiada data linguistik telah dikumpulkan.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ross, Malcolm (2005). "The Batanic Languages in Relation to the Early History of the Malayo-Polynesian Subgroup of Austronesian" (PDF). Journal of Austronesian Studies. 1 (2): 1–24. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-03-04.
- ^ Miller & Miller 1976.
- ^ a b Lobel 2013.
Rujukan umum
[sunting | sunting sumber]
- Lobel, Jason William (2013). Philippine and North Bornean Languages: Issues in Description, Subgrouping, and Reconstruction (PDF) (Ph.D. dissertation). University of Hawai'i at Manoa.
- Miller, Jeanne; Miller, Helen (1976). Mamanwa Grammar. Huntington Beach, California: Summer Institute of Linguistics. ISBN 0-88312-208-1.
Templat:Ph-negrito-langTemplat:Philippine languagesTemplat:Austronesian languagesTemplat:Languages of the Philippines