Pergi ke kandungan

Bahasa Melayu Johor-Riau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa Melayu Johor)
Bahase Melayu Johor-Riau
بهاس ملايو جوهر-رياو
Sebutan[ba.ha.sa mə.la.ju dʒ.o.hor ri.au](sebutan Baku)
[ba.ha.sə mə.la.ju dʒ.o.ho ri.au](sebutan Johor-Riau)
Asli kepada Malaysia, Indonesia, Singapura
KawasanSemenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Singapura,Kepulauan Riau, Kepulauan Anambas dan Kepulauan Natuna
EtnikOrang Melayu Malaysia, Orang Melayu Singapura dan Orang Melayu Riau
Austronesia
Bentuk awal
Dialek/loghat
  • Bahasa Melayu Johor
  • Bahasa Melayu Selangor
  • Bahasa Melayu Melaka
  • Bahasa Melayu Riau
Kod bahasa
ISO 639-3zlm
zlm-gjr
Glottologsing1270

Bahasa Johor-Riau (Jawi: بهاس جوهر-رياو) merupakan Bahasa Melayu yang dipertuturkan selepas era Kesultanan Melaka, Ia digunakan ketika peralihan Kesultanan Johor lama iaitu kawasan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Bahasa ini merupakan Bahasa Melayu Piawai lama dan menggunakan tulisan jawi dan rumi tetapi menggunakan intonasi dialek Johor-Riau. Bahasa ini dipertuturkan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Temasik, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga , Riau dan sebahagian Sumatera Selatan.

Kesultanan Johor lama atau Kesultanan Johor-Riau

Bahasa Johor-Riau pada awalnya kesinambungan daripada Bahasa Melayu Klasik kemudian menjadi Bahasa Johor-Riau. Bahasa Johor-Riau merupakan bahasa piawai lama kemudian berkembang menjadi Bahasa Melayu Piawai baharu seperti Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia. Pada akhirnya bahasa ini menghasilkan pelbagai dialek iaitu dialek-dialek Johor-Riau seperti Bahasa Melayu Johor,Bahasa Melayu Riau, Bahasa Melayu Melaka, Bahasa Melayu Perak, Bahasa Melayu Selangor dan dialek yang berada di dalam kawasan Kesultanan Johor lama. Selepas negara Malaysia dan Indonesia wujud, Bahasa Johor-Riau dan Bahasa Melayu terus berkembang menjadi Bahasa Melayu Piawai, manakala dialek Bahasa Melayu Riau berkembang menjadi Bahasa Melayu Standard Riau kemudian diubah suai menjadi Bahasa Indonesia.

Perkembangan Bahasa Johor-Riau

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Johor-Riau ketika itu menjadi bahasa Melayu piawai atau bahasa rasmi bagi urusan istana dan bahasa perantara pada era kesultanan Johor lama. Bahasa ini lebih berkedudukan sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan ia berkembang sehingga ke Asia Tenggara.[perlu rujukan] Selepas kejatuhan Kesultanan Melaka ketika penguasaan Belanda-British, bahasa Johor-Riau menghasilkan pelbagai dialek di kawasan Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Riau, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga, Kepulauan Bangka dan Kepulauan Belitung.[perlu rujukan] Dialek-dialek Johor-Riau masih dipertuturkan di kawasan masing-masing hingga hari ini.

Ketika era Johor moden terhasil Bahasa Melayu Piawai (baharu) , manakala era Riau moden terhasil Bahasa Melayu Riau yang dipertuturkan di Riau dan Kepulauan Riau.[perlu rujukan]

Susur galur

[sunting | sunting sumber]

Loghat dan dialek

[sunting | sunting sumber]

Perkembangan Bahasa Melayu bentuk standard

[sunting | sunting sumber]

Di Malaya ketika itu masih mempertahankan Bahasa Melayu Johor-Riau (piawai lama) sebagai bahasa perantara sebelum merdeka.[perlu rujukan] Pada 22 Jun 1956 tertubuhnya Balai Pustaka berpusat di Johor Bahru. Balai Pustaka dibina untuk tujuan penyelidikan Bahasa Melayu dan mereka telah mencipta Bahasa Piawai yang baharu iaitu Bahasa Melayu Piawai (piawai baharu).[perlu rujukan] Bahasa ini diambil daripada Bahasa Johor-Riau, Bahasa Portugis (lama), Bahasa Belanda (lama), Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris abad 19-20.[perlu rujukan] Pada tahun 1957 selepas tertubuhnya Malaysia dan merdeka, nama Balai Pustaka ditukar menjadi Dewan Bahasa Pustaka dan dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada 1986 Tunku Abdul Rahman,Persekutuan Malaysia pada ketika itu mencipta lagi satu Bahasa iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu Malaysia yang kosa katanya lebih berkembang menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris.[perlu rujukan] Malaysia sebenarnya menggunakan Bahasa Melayu Piawai (baharu) dan Bahasa Malaysia.[perlu rujukan] Antara insan yang pada awalnya mengembangkan Bahasa Melayu Piawai ialah Zainal Abidin bin Ahmad (ZABA) dan Abdullah Abdul Kadir Munshi (Munshi).[perlu rujukan]

Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Di Riau dan Kepulauan Riau pada awalnya menggunakan Bahasa Johor-Riau, kemudian seiring waktu berjalan lahir Dialek-dialek Johor-Riau salah satunya Dialek Riau atau Bahasa Melayu Riau, kemudian ada seorang ulama,pujangga serta sejarahwan telah ubah suai dialek Riau menjadi bentuk bahasa baku (Bahasa Melayu Standard Riau) di Pulau Penyengat iaitu Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (Raja Ali Haji).[perlu rujukan] Bahasa Melayu Riau pada awalnya dicipta untuk berbicara di kawasan jajahan Belanda pada abad 19 ketika sebelum merdeka, juga merupakan Bahasa Melayu Piawai mereka.[perlu rujukan] Semasa pra kemerdekaan Indonesia, Presiden Soekarno mencari idea bagaimana rakyat Indonesia boleh memahami satu sama lain dengan mengadakan pertandingan mencipta bahasa.[perlu rujukan] Ada seorang wartawan daripada Madura iaitu Mohammad Tabrani Soerjowitjirto telah mencipta Bahasa Indonesia, bahasa ini diambil daripada Bahasa Melayu Riau serta ada campuran Bahasa Belanda, Bahasa Portugis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan dialek etnik lain di Indonesia.[perlu rujukan] Walaupun etnik Jawa lebih ramai tetapi Bahasa Jawa susah untuk difahami berbanding Bahasa Melayu Riau ketika itu sudah menjadi bahasa Piawai.[perlu rujukan]

Perbezaan Bahasa Melayu bentuk Standard

[sunting | sunting sumber]

Setelah Malaysia dan Indonesia merdeka kedua negara ini mengembangkan dan mencipta bahasa. Perdana menteri pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman menukarkan nama Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Manakala Presiden pertama Indonesia mengembangkan Bahasa Indonesia [1]

Kemudian Brunei dan Singapura juga turun mengemukakan bentuk Standard (Bahasa Melayu Standard Brunei) negara mereka, dialek Brunei diubah suai bentuk Standard tetapi tidak rasmi digunakan sebagai bahasa perantara, juga Singapura (Bahasa Melayu Standard Singapura). Brunei dan Singapura menggunakan Bahasa Melayu Piawai untuk urusan diplomatik.[2]

Bahasa Indonesia pada awalnya adalah Bahasa Melayu Standard Riau. Bahasa Melayu Standard Riau pada awalnya adalah dialek Riau. Bahasa Melayu Standard Riau diselenggarakan oleh Raja Ali Haji Fisabilillah, bahasa ini ayatnya bersifat terbalik seperti dialek Johor, kemudian dialek Riau ini ditukar kepada bentuk baku. Setelah tertubuhnya Indonesia, Presiden pertama Indonesia iaitu Soekarno mencari pakar bahasa, kemudian Bahasa Melayu Standard Riau dipilih dan diubah suai. Dialek Riau>Bahasa Melayu Standard Riau> Bahasa Indonesia. Contoh perbezaan ayat Bahasa Standard Riau karya Raja Ali Haji Fisabilillah dan Bahasa Melayu Standard karya Za'ba SITC/UPSI [3]. Bahasa Melayu Standard juga menggunakan format karya Raja Ali Haji Fisabilillah (ayat terbalik) dan Za'ba.

Perbezaan sebutan dan kosa kata

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Melayu Baku Bahasa Melayu Standard/Bahasa Johor-Riau Sebutan Bahasa Melayu Standard/Bahasa Johor-Riau pengaruh Johor-Riau Bahasa Malaysia Sebutan Bahasa Malaysia pengaruh Johor Riau Bahasa Melayu Standard Riau Bahasa Indonesia
Rumah encik Samad telah hancur dilanda badai, kesan dari peristiwa tersebut hatinya gundah. Rumah encik Samad telah hancur dilanda badai, kesan dari peristiwa tersebut hatinya gundah. Rumah encik Samad telah hancur dilande badai, kesan daripade peristiwe tersebut hatinye gundah. Rumah encik Samad telah hancur dilanda taufan, efek/impak dari tragedi tersebut dia susah hati. Rumah encik Samad telah hancur dilande taufan, efek/impak daripade tragedi tersebut die susah hati. Telah ranap rumah Samad akan badai,akan itu si Samad gundah gulana. Rumah Pak Samad remuk dek taufan, akibat kejadian tu patah hati pulak dia. Rumah Bapak Samad hancur diterjang topan, dampak tragedi itu membuatnya patah hati.