Pergi ke kandungan

Bahasa Melayu Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Melayu Kedah
بهاس ملايو قدح
Chakap Kedāh/Pelet Kedāh/Pelet Utaghā
Asli kepada Malaysia,  Thailand (selatan),  Myanmar (selatan)
KawasanKedah, Perlis, Pulau Pinang, utara Perak (Malaysia), Trang dan Satun (Thailand) juga serta Tanintharyi/Tanah Sari (Myanmar)
EtnikMelayu Kedah
Penutur bahasa
4,000,000
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3meo

Bahasa Melayu Kedah atau Pelat Utagha[1] merupakan sebuah bahasa Austronesia dan salah satu Varian Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Seorang pemuda sedang bercakap dalam dialek Kedah

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand [2] Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negari-negari tersebut, bahasa ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Bahasa Kedah Pattani ataupun Kedah Hulu iaitu di Baling, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain-lain (Luar Malaysia).

Kosa kata dialek Kedah

[sunting | sunting sumber]

Contoh-contoh Bahasa Melayu Kedah:

Perbandingan Dialek Kedah dan Bahasa Melayu Piawai
Kategori Dialek Kedah Bahasa Melayu Piawai Nota Tambahan
Pronomina Cek Saya Digunakan secara sopan.
Dépā Mereka Jamak
Hang Kamu, Engkau Tidak formal
Hangpā / Hampa Kalian Jamak bagi "Hang"
Kami Saya, Aku Ganti diri pertama (umum di Kedah)
Sépā Kami Terhad kepada sesetengah kawasan di Kedah
Sapaan dan Frasa Harian Jom Ayuh, Mari Digunakan secara meluas
Kot Mungkin, Barangkali Bentuk tidak rasmi
Lā / Lāni Sekarang "Lāni" = waktu ini
Pa Habaq Apa Khabar Sapaan harian
Sat Sekejap, Sebentar Biasa dalam perbualan santai
Tunggu sat Tunggu sekejap Frasa lengkap yang kerap digunakan
Kata Kerja Awat / Pasepā Mengapa "Pasepā" kurang digunakan
Buek / wat Buat Am digunakan
Ghabat / Gaghaih Memanjat Biasanya pokok atau tebing
Ketit Gigit kecil
Lempaq Baling Lazimnya dengan kuat
Ligan Kejar
Mai Datang, Mari Diguna meluas
Mengkalā Bila, Apabila Kurang digunakan kini
Pi Pergi Sangat lazim
Tobeng Tembak Konteks memburu atau bermain
Tokak Gigit Gigitan lebih kuat
Kata Adjektif dan Sifat Belemuih Comot, Kotor Biasanya di muka, tangan, atau pakaian
Cemuih Bosan Muak atau jemu terhadap sesuatu
Gatai Gatal Merujuk pada fizikal atau sifat
Kalut Gelabah, Panik Tidak tersusun atau cemas
Ketegaq Degil, Keras kepala Sikap tidak mahu mengalah
Loq Laq Tak senonoh Kurang sopan, tidak beradab
Gheti Pandai, Faham Contoh: “Hang reti ka?”
Tegaq Kukuh, Keras Boleh merujuk kepada objek atau prinsip
Kata Nama Geghék Basikal Diguna juga oleh masyarakat bandar
Mertun Tukul Alat untuk mengetuk
Tobaq Tong besar Bekas air atau simpanan besar