Bahasa Melayu Kedah Ulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahasa Melayu Kedah Hulu / Pattani Kedah
بهاس ملايو قدح اولو
Cakak Ulu/Basa Ulu/Pattani Kedah
Asli di  Malaysia
Wilayah Kedah
Etnik Suku Patani Kedah
Penutur asli 390,000-400,000  (tiada tarikh)
Keluarga bahasa
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Melayu Kedah Hulu atau juga dikenali sebagai Basa Ulu atau Cakak Ulu atau Cekak Phelek Ulu juga dikenali sebagai "Bahasa Patani Kedah" merupakan sebuah Bahasa Austronesian dan variasi Bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di empat daerah di negeri Kedah iaitu di Padang Terap, Baling, Sik dan Yan. Bahasa Melayu Kedah Hulu agak berbeza dengan Bahasa Melayu Kedah walaupun tinggal di dalam negeri yang sama di samping lebih dekat dengan rumpun bahasa Melayu pantai timur seperti Bahasa Melayu Kelantan, Bahasa Melayu Terengganu, Bahasa Melayu Patani, Bahasa Melayu Pahang dan terutama sekali Bahasa Melayu Perak Ulu. Melayu Baling, seperti Melayu Gerik dikatakan berasal daripada Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18. Disebabkan geografinya dengan Thailand dan Kedah, bahasa Melayu Kedah Hulu menyerap pelbagai perkataan daripada bahasa Siam dan bahasa Kedah. Lebih daripada 400,000 orang guna bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka. Ada yang berpendapat bahawa bahasa ini adalah sub-dialek dari Bahasa Reman (dituturkan aksen yang serupa di Yala, Thailand) yang merupakan dialek dari Bahasa Kelantan-Patani (Phasa Yawi).

Fonologi/فونولوڬي[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Kedah Ulu mempunyai unsur penambahan akhiran ng. Kebiasaannya ia digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan n ataupun m yang sama seperti Bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Yawi. Contohnya,:

Bahasa Melayu Piawai Bahasa Yawi(Pattani)/Bahasa Kelantan Bahasa Kedah Hulu/Bahasa Terengganu
Makan Make Makan/Makang
Ayam Aye Ayan/Ayang
Jalan Jale Jalan/Jalang
Tidak Mahu Tok Sey Tak Mboh

Contoh Perkataan/چونتوه ڤركاتان[sunting | sunting sumber]

Bahasa Kedah Hulu Bahasa Melayu Piawai
Mukha Tepoh Simpang Tiga
Teghekon Terkam
Jeromoh Jumpa
Khomoih Pengotor
Jukhey Hujung (merujuk kepada bahagian tepi jemorang)
Jemoran Pelantar
Plasa Pangkin
Tebeng Sengaja
Jueh Bibir Mulut bawah terkeluar
Kesik Takut
Ghocoh Cucuk
Tusuk Sembunyi
Tak thu Tak tahu
Meliu Pening
Lemu Lembu
Hindek Tindih
Kelayong bergayut
Hitey Tengok / intai
Keliyek Yang lembut/melekat seperti bancuhan tepung ubi
Kheng Tahan
Teghepa Meluru
Keleghoh Mundar mandir
Ghophong Tiada gigi
Jaong Mendung
Tutuh Buang dahan pokok / berlanggar

Perbandingan antara Bahasa Kedah Hulu dengan variasi Bahasa Melayu lain[sunting | sunting sumber]

Bahasa Malaysia Bahasa Gerik Bahasa Baling, Padang Terap Bahasa Kelantan Bahasa Terengganu Bahasa Pahang Bahasa Kedah Bahasa Perak
Pergi Gi Gi Gi Gi Gi Pi Pegi, Gi
Mereka Dema Dema Demo Deme Deme Depa, Lepa Deme
Kamu Mika Seorang - Mu

Ramai - Uma, Moha, Huma

Mung Mung Aok Hampa Mike, Kome
Tidak Mahu Tak Mboh Tak Mboh Tok Sey Tak Mboh Tak Mboh Tak Mau Tak Sio
Kami Khuma
Faham Paha Paha Pehe Pahang Paha Paham Paham
Sangat Manis Manih Leting Manih Leting Manih Leting Manih Leting Manih Meletiang Manih Melecaih Manih Meletin

Lihat juga/ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

Pautan luar/ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]