Pergi ke kandungan

Bahasa Melayu Ulu Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa Melayu Reman)
Bahasa Melayu Ulu Kedah
بهاس ملايو اولو قدح
Cakak Ulu/Basa Ulu/Pattani Kedah
Asli kepada Malaysia
KawasanKedah
EtnikMelayu Kedah
Penutur asli
390,000-400,000
Bentuk awal
Bahasa Austronesia Purba
Dialek/loghat
  • Baling
  • Sik
  • Padang Terap
Kod bahasa
ISO 639-3–
  Taburan penutur bahasa Melayu Ulu Kedah dan Ulu Perak

Bahasa Melayu Ulu Kedah atau juga dikenali sebagai basa Ulu atau Cakak Ulu atau Cekak Phelek Ulu juga dikenali sebagai Bahasa Patani Kedah merupakan sebuah ahli bahasa-bahasa Austronesia dan ragam bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di empat daerah di negeri Kedah iaitu di Padang Terap, Baling, Sik dan Yan. Bahasa Melayu Ulu Kedah agak berlainan dengan bahasa Melayu Kedah walaupun tinggal di dalam negeri yang sama di samping lebih dekat dengan rumpun bahasa Melayu pantai timur seperti bahasa Melayu Kelantan, bahasa Melayu Terengganu, bahasa Melayu Patani, bahasa Melayu Pahang dan terutama sekali bahasa Melayu Perak Ulu, Pahang Ulu, Terengganu Ulu dan Kelantan Ulu. Melayu Baling, seperti Melayu Gerik, dikatakan berasal daripada Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18. Disebabkan kedudukannya dengan Thailand dan Kedah, bahasa Melayu Kedah Hulu menyerap pelbagai perkataan daripada bahasa Siam dan bahasa Kedah. Lebih daripada 400,000 orang memakai bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka. Ada yang berpendapat[siapa?] bahawa bahasa ini ialah sub-dialek bahasa Reman (dituturkan dengan pelat yang serupa di Yala, Thailand) yang merupakan dialek bahasa Kelantan-Patani (Phasa Yawi).

Fonologi/فونولوڬي

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Ulu Kedah mempunyai unsur penambahan akhiran /ŋ/ (ng). Kebiasaannya bunyi ini digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan bunyi /n/ ataupun /m/ yang sama seperti bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu Piawai dan bahasa Yawi. Contohnya:

Bahasa Melayu PiawaiBahasa Yawi (Pattani)/KelantanBahasa Kedah Hulu/Terengganu
makanmakemakan/makang
ayamayeayan/ayang
jalanjalejalan/jalang
tidak mahutok seytak mboh

Contoh perkataan/چونتوه ڤركاتان

[sunting | sunting sumber]
Bahasa RemanBahasa Melayu Piawai
mukhã tepohsimpang tiga
teghekonterkam
jeromohjumpa
khomoihpengotor
jukhéyhujung (merujuk kepada bahagian tepi jemorang)
jemoranpelantar
plasãpangkin
tebéngsengaja
juéhbibir mulut bawah terkeluar
kesiktakut
ghocohcucuk
tusuksembunyi
tãk thu tak tahu
meliu pening
lemu lembu
hindék tindih
kelayong bergayut
hitéy tengok/intai
keliyékyang lembut/melekat seperti bancuhan tepung ubi
khéngtahan
teghepãmeluru
keléghohmundar mandir
ghophongtiada gigi
jaongmendung
tutuh buang dahan pokok/berlanggar

Perbandingan antara bahasa Hulu Kedah dengan variasi bahasa Melayu lain

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Melayu Bahasa Gerik Bahasa Baling, Padang Terap Bahasa Kelantan Bahasa Terengganu Bahasa Pahang Bahasa Kedah Bahasa Perak
pergi gi gi gi gi gi pi pegi, gi
mereka demã demã demo deme deme depā, lepā deme
kamu mikã Seorang - mu

Ramai - umã, mohã, humã

mung mung aok Seorang - hang

Ramai - hampā, hangpā

mike, kome
tidak mahu tak moh tak mboh tok sey tak mboh tak mboh tak mau tak sio
kami khumã khumã kami, kito kaming, Kite kome sepā keme
faham paha paha pehe pahang paha paham paham
sangat manis manih leting manih leting manih leting manih leting manih meletiang manih melecaih manih meletin

Lihat juga/ليهت جوݢ

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar/ڤاءوتن لوار

[sunting | sunting sumber]