Bahasa Mintil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Mintil
Mayah, Tanɨm
Asli kepadaMalaysia
KawasanLipis, Pahang
Penutur asli
400 (2020)[1]
Austro-Asia
Kod bahasa
ISO 639-3mzt
Glottologmint1239
ELPMintil

Mintil (sebagai alternatif Batek Tanum, Tanɨm, atau Mayah) ialah sebuah bahasa Asli di Malaysia. Bahasa ini dianggap sebagai varian bagi bahasa Bateq. Pakar bahasa, Geoffrey Benjamin dikatakan menemui penutur Mintil sebagai pesakit di sebuah hospital Orang Asli di Ulu Gombak, di luar Kuala Lumpur.[2] Berdasarkan kajian-kajian kini, petempatan-petempatan berbahasa Mintil di kawasan daerah Lipis, Pahang termasuk:[1]

  • Kampung Sungai Garam (Tɔm Mayɛm) (4° 27’ 12” U, 102° 3’ 20” T; 2.5 km selatan Kampung Dada Kering)
  • Kampung Bencah Kelubi (Batuˀ Jalaŋ) (4° 38’ 23” U, 101° 58’ 45” T; 4 km timur Kampung Telok Gunong)
  • Kampung Paya Keladi (Tɔm Hɨyaŋ) (4° 24’ 18” U, 101° 55’ 27” T; 10 km utara Kampung Chegar Perah)
  • Kampung Tɔm Kəlkɔəˀ (4° 34’ 39” U, 101° 59’ 43” T; 2 km utara Kampung Kubang Rusa)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lim, Teckwyn (2020). "Ethnolinguistic Notes on the Language Endangerment Status of Mintil, an Aslian Language". Journal of the Southeast Asian Linguistics Society (dalam bahasa Inggeris). 13 (1): i–xiv. hdl:10524/52461.
  2. ^ Benjamin, Geoffrey (2012). "The Aslian languages of Malaysia and Thailand: An Assessment". Dalam Austin, Peter K.; McGill, Stuart (penyunting). Language Documentation and Description, Volume 11. London: Endangered Languages Project, School of Oriental and African Studies (SOAS). m/s. 136–230.