Bahasa N'Ko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
N'Ko
ߒߞߏ‎
KawasanGuinea, Mali, Afrika Barat
Niger–Congo
  • Mande
    • Western Mande
      • Central Mande
        • Manding–Jogo
          • Manding–Vai
Kod bahasa
ISO 639-2nqo
ISO 639-3nqo

N'Ko (ߒߞߏ) ialah bentuk piawai bahasa koiné disatukan berdasarkan beberapa bahasa Manding yang ditulis dalam aksara N'Ko. Ia digunakan terutamanya di Guinea, Mali, Pantai Gading, Burkina Faso dan beberapa negara Afrika Barat yang lain, tetapi tidak secara eksklusifnya dalam bentuk penulisan, sedangkan dalam percakapan sebenar, pelbagai jenis Manding digunakan: Maninka, Bambara, Jula dan lain-lain.

Ia adalah bahasa kesusasteraan dengan tatabahasa preskriptif yang dikenali sebagai kángbɛ ("bahasa jelas") yang dikodifikasikan oleh Solomana Kanté, dengan variasi màninkamóri, yang dituturkan di tempat asal Kanté di wilayah Kankan, di mana ia berfungsi sebagai dialek kompromi perantaraan. [1] [2] [3] [4]

Valentin Vydrin pada tahun 1999[5] dan Coleman Donaldson pada tahun 2019[3] menjelaskan bahawa populariti menulis bahasa Manding dalam bentuk N'Ko piawai semakin meningkat. Bentuk bertulis piawaian ini semakin digunakan untuk pendidikan literasi di kalangan penutur pelbagai jenis.[6] Ia juga biasa digunakan dalam komunikasi elektronik.[7]

Piawaian ini diusahakan untuk mewakili semua bahasa Manding dengan cara yang menunjukkan fonologi "proto-Manding" dan etimologi kata-kata yang lazim, termasuklah ketika sebutan sebenarnya dalam varieti moden yang dituturkan jauh berbeza. Sebagai contoh, terdapat sekurang-kurangnya satu perkara seperti itu, untuk mewakili velar antara vokal: [g], [k], [ɣ], [x] atau sifar boleh disebut, tetapi ejaannya masih sama. Contohnya, perkataan untuk "nama" di Bambara adalah [tɔgɔ] dan di Maninka adalah [tɔɔ], tetapi bentuk penulisan N'Ko piawai adalah ߕߐ߮ (/tô/). Dalam komunikasi penulisan, setiap orang akan menulisnya dengan hanya satu cara ejaan menggunakan aksara N'Ko, namun pembacaan dan penyebutannya masih dalam ragam bahasa mereka sendiri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Donaldson, Coleman (2017) Clear Language: Script, Register and the N’ko Movement of Manding-Speaking West Africa. Doctoral Dissertation, Philadelphia, PA: University of Pennsylvania.
  2. ^ Donaldson, Coleman (2017) “Orthography, Standardization and Register: The Case of Manding.” In Standardizing Minority Languages: Competing Ideologies of Authority and Authenticity in the Global Periphery, edited by Pia Lane, James Costa, and Haley De Korne, 175–199. Routledge Critical Studies in Multilingualism. New York, NY: Routledge.
  3. ^ a b Donaldson, Coleman (2019-03-01). "Linguistic and Civic Refinement in the N'ko Movement of Manding-Speaking West Africa". Signs and Society. 7 (2): 156–185, 181. doi:10.1086/702554. ISSN 2326-4489.
  4. ^ N'Ko Language Tutorial: Introduction
  5. ^ Vydrin, Valentin (1999). Manding-English Dictionary : (Maninka, Bamana). Lac-Beauport. m/s. 8. ISBN 9780993996931. OCLC 905517929.
  6. ^ Oyler, Dianne White (1994) Mande identity through literacy, the N'ko writing system as an agent of cultural nationalism. Toronto : African Studies Association.
  7. ^ Rosenberg, Tina (2011-12-09). "Everyone Speaks Text Message". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2019-05-24.