Pergi ke kandungan

Bahasa Saxon Kuno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Saxon Kuno
Bahasa Jerman Tanah Rendah Kuno
Sahsisk
KawasanJerman Barat Laut, Belanda Timur Laut, Denmark Selatan (Schleswig Utara)
EtnikOrang Saxon
EraAbad ke-8 hingga ke-12; kebanyakannya berkembang menjadi Bahasa Jerman Tanah Rendah Pertengahan pada akhir abad ke-12
Tulisan Rune, kemudian menjadi tulisan Rumi
Kod bahasa
ISO 639-3osx
osx
Glottologolds1250
Kawasan di mana Bahasa Saxon Kuno digunakan dalam warna kuning
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Saxon Kuno (bahasa Jerman: altsächsische Sprache), juga dikenali sebagai Bahasa Jerman Tanah Rendah Kuno (Jerman: altniederdeutsche Sprache), ialah sebuah bahasa bawah rumpun bahasa Jermanik dan juga merupakan sejenis bahasa yang direkodkan terawal bawah rumpun bahasa Jerman Tanah Rendah (yang kini dituturkan di kawasan Jerman Utara, Belanda Timur Laut, Denmark Selatan, benua Amerika dan sebahagian daripada kawasan Eropah Timur). Ia merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa Jermanik Barat, berkait rapat dengan bahasa-bahasa Inggeris-Frisia.[1] Ia didokumenkan dari abad ke-8 hingga abad ke-12, apabila ia secara beransur-ansur berkembang menjadi bahasa Jerman Tanah Rendah Pertengahan. Ia dituturkan di seluruh kawasan barat laut di Jerman moden, terutamanya di kawasan pantai dan di timur Belanda oleh orang Saxon, yakni suku bawah rumpun Jermanik yang mendiami wilayah Saxony. Ia sebahagiannya berkongsi hukum spiran sengau Ingvaeonik Anglo-Frisia (bahasa Frisia Kuno, bahasa Inggeris Kuno) yang membezakannya daripada bahasa bahasa-bahasa Franconia Tanah Rendah dan bahasa-bahasa Irminonik, seperti bahasa Belanda, bahasa Luxembourg dan bahasa Jerman.

Tatabahasa Bahasa Saxon Kuno telah ditasrif penuh dengan lima kasus tatabahasa (nominatif, akusatif, genitif, datif dan instrumental), tiga bentuk bilangan tatabahasa (mufrad, jamak dan duaan), dan tiga jantina tatabahasa (maskulin, feminin dan neuter). Bentuk duaan berlaku pada kata ganti nama diri pertama dan kedua sahaja.

  1. ^ Britannica 2024.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • "Old Saxon language". Encyclopaedia Britannica. 2024. Dicapai pada 2024-12-29.
  • Johan Hendrik Gallée (1910), Altsächsische Grammatik (dalam bahasa Jerman) (ed. 2nd), Halle: Max Niemeyer Verlag, LCCN 12005859, OCLC 3128438, OL 6541088M, Wikidata Q131582014
  • Agathe Lasch (1914), Mittelniederdeutsche Grammatik (dalam bahasa Jerman), Halle: Max Niemeyer Verlag, ASIN B00416B8PU, LCCN 15008211, OCLC 3145389, OL 6575768M, Wikidata Q131355367
  • Euler, Wolfram (2013). Das Westgermanische – von der Herausbildung im 3. bis zur Aufgliederung im 7. Jahrhundert – Analyse und Rekonstruktion (West Germanic – from its Emergence in the 3rd up until its Dissolution in the 7th Century CE – Analyses and Reconstruction). 244 p., in German with English summary, London/Berlin 2013, ISBN 978-3-9812110-7-8.
  • Rauch, Irmengard (1992). The Old Saxon Language. New York: Peter Lang Publishing. ISBN 0820418935. LCCN 92020320. OCLC 26052698. OL 1717740M.
  • Ringe, Donald R. and Taylor, Ann (2014). The Development of Old English – A Linguistic History of English, vol. II, 632p. ISBN 978-0199207848ISBN 978-0199207848. Oxford.
  • Holthausen, Ferdinand (1923). Altsächsisches Elementarbuch. Ulan Press.

Sejarah luaran

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Untuk senarai kata {{{type}}}, lihat kategori Bahasa Saxon Kuno di Wikikamus, kamus bebas