Bahasa Yunani Zaman Pertengahan
Bahasa Yunani Zaman Pertengahan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Yunani Byzantium, bahasa Romaik | |||||||
Ῥωμαϊκή Rhōmaïkḗ Romaïkí | |||||||
Kawasan | Mediterranean Timur (Empayar Byzantium): Selatan Balkan, Asia Kecil, Krimea Byzantium, Cyprus, Itali Selatan | ||||||
Era | s. 600–1500 TM; berkembang menjadi Bahasa Yunani Moden[1] | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Abjad Yunani | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Empayar Byzantine | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-2 | grc | ||||||
ISO 639-3 | grc (iaitu dengan Yunani Purba[2]) | ||||||
qgk | |||||||
Glottolog | medi1251 | ||||||
| |||||||
Bahasa Yunani Zaman Pertengahan (juga dikenali sebagai bahasa Yunani Pertengahan, Yunani Byzantium, atau Romaik) ialah peringkat bahasa Yunani antara penghujung zaman baharian klasik pada abad ke-5–6 dan penghujung Zaman Pertengahan, lazimnya dianggap semasa Uthmaniyyah menakluk Konstantinopal pada tahun 1453.
Bermula dari abad ke-7, bahasa Yunani ialah satu-satunya bahasa pentadbiran dan pemerintahan dalam Empayar Byzantium. Peringkat bahasa ini dinamakan sebagai bahasa Yunani Byzantium. Kajian bahasa dan kesusasteraan Yunani Zaman Pertengahan adalah cabang kajian Byzantium, kajian tentang sejarah dan budaya Empayar Byzantium.
Bahasa Yunani Zaman Pertengahan kadang-kadang dikatakan bermula seawal abad ke-4, sama ada hingga 330 TM apabila pusat politik Empayar Rom dipindahkan ke Konstantinopal, atau ke 395 TM, apabila Empayar berpecah. Walau bagaimanapun, pendekatan ini agak sembarangan kerana ia lebih menggunakan andaian politik daripada mengkaji perkembangan budaya dan linguistik. Sungguh, pada masa ini bahasa pertuturan, khususnya sebutan, telah pun beralih ke bentuk moden.[3]
Penaklukan Alexander yang Agung, dan zaman Helenistik yang menyusul, telah menyebabkan bahasa Yunani tersebar ke seluruh Anatolia dan Mediterranean Timur, mengubah sebutan dan struktur bahasa pertuturan.
Bahasa Yunani Abad Pertengahan adalah penghubung antara bahasa vernakular ini, yang dikenali sebagai Yunani Koine, dan Yunani Moden. Walaupun kesusasteraan Yunani Byzantium masih sangat dipengaruhi oleh Yunani Attika, ia juga dipengaruhi oleh bahasa Yunani Koine vernakular, iaitu bahasa Perjanjian Baru dan bahasa liturgi Gereja Ortodoks Yunani.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Peter Mackridge, "A language in the image of the nation: Modern Greek and some parallel cases", 2009.
- ^ cadangan untuk memberikan kod khas gkm telah diserahkan pada tahun 2006, tetapi ditolak pada tahun 2023. "Change Request Documentation: 2006-084". SIL International. Dicapai pada 2023-12-21.
- ^ Mackridge, P. (2016). A language in the image of the nation: Modern Greek and some parallel cases. In The Making of Modern Greece (m/s 177-188). Routledge.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Horrocks, Geoffrey (2010). Greek: A History of the Language and its Speakers. Oxford: Blackwell.
- Lombard, Maurice (2003). The Golden Age of Islam. Markus Wiener Publishers. ISBN 1-55876-322-8.
- Mango, Cyril A. (1980). Byzantium: The Empire of New Rome. New York: Charles Scribner's Sons. ISBN 0-684-16768-9.
- Ostrogorsky, George (1969). History of the Byzantine State. New Brunswick, New Jersey: Rutgers University Press. ISBN 0-8135-1198-4.
- Toufexis, Notis (2008). "Diglossia and register variation in Medieval Greek". Byzantine and Modern Greek Studies. 32 (2): 203–217. doi:10.1179/174962508X322687. S2CID 162128578. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Andriotis, Νicholas P. (1995). History of the Greek Language. Thessalonica, Greece: Institute of Neo-Hellenic Studies.
- Browning, Robert (1983). Medieval and Modern Greek. Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 0-521-29978-0.
- Horrocks, Geoffrey (2010). Greek: A History of the Language and its Speakers. John Wiley and Sons. ISBN 978-1-4051-3415-6.
- Tonnet, Henri (2003). Histoire du grec moderne: la formation d'une langue. L'Asiathèque Langues du monde. ISBN 2-911053-90-7.
- Holton, David; Horrocks, Geoffrey; Janssen, Marjolijne; Lendari, Tina; Manolessou, Io; Toufexis, Notis (2020). The Cambridge Grammar of Medieval and Early Modern Greek. Cambridge University Press. doi:10.1017/9781316632840. ISBN 9781139026888. S2CID 222381614.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Abad Pertengahan
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Rencana dengan kod Glottolog tanpa nama
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Rencana bahasa dengan tarikh kepupusan yang tidak dirujuk
- Bahasa di Itali purba
- Bahasa di Mesir
- Bahasa-bahasa Sicily
- Pembubaran abad ke-15 di Eropah
- Bahasa pupus dalam abad ke-15
- Pembubaran abad ke-4
- Bahasa-bahasa yang dibuktikan wujud dari abad ke-4
- Bahasa Yunani Zaman Pertengahan
- Rencana mengandungi teks bahasa Yunani Kuno (sehingga 1453)
- Rencana bahasa dengan kod Linglist
- Rencana mengandungi teks bahasa Yunani Zaman Pertengahan