Bahasa berasaskan nada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa berasaskan nada atau bahasa nada adalah bahasa yang perubahan nada akan menukar maksud perkataan. Contoh yang paling dikenali adalah Bahasa Mandarin dan Kantonis, tetapi banyak bahasa tidak berkait berasaskan nada. Sesetengah kumpulan bahasa yang mengandungi bahasa berasaskan nada termasuk Sino-Tibet(merangkumi bahasa Cina), Austro-Asiatic (yang merangkumi Thai dan Vietnam), Indo-Aryan (termasuk Punjabi), bahasa Bantu (kebanyakan bahasa di Sub-Sahara Afrika adalah Bantu) dan bahasa Khoisan. Banyak bahasa lain menggunakan nada untuk menyampaikan struktur gramatis atau penekanan (lihat phonology), tetapi ini tidak menjadikan ia bahasa nada dari segi ini.