Bahasa oligosintesis
Bahasa oligosintesis (daripada bahasa Yunani ὀλίγος , bermaksud "sedikit") ialah bahasa yang menggunakan bilangan morfem yang amat sedikit, mungkin hanya seratus, yang kemudian digabungkan dengan kaedah sintesis untuk bina seluruh ayat. Oligosintesis hanyalah buah fikiran dan akan memerlukan penghasilan perkataan yang begitu panjang, malah lebih panjang berbanding bahasa polisintesis.
Oleh kerana tiada satu pun bahasa semula jadi yang bersifat oligosintetik, sesetengah ahli bahasa berpendapat bahawa ia mungkin mustahil atau pun terlalu payah untuk digunakan oleh orang biasa; ia hanya pernah digunakan dalam beberapa bahasa buatan seperti Ygyde, Newspeak, Sona dan aUI. Bahasa Nahuatl dan Blackfoot dahulu dikatakan mempunyai sifat oligosintetik (utama sekali oleh Benjamin Whorf). Namun, ahli bahasa menolak dakwaan ini dan mengkategorikan Nahuatl dan Blackfoot sebagai bahasa polisintesis.