Bahaya Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahaya Cinta
PengarahYusof Kelana
PenulisMathias Mohd Ali
Dihasilkan olehYusof Kelana
Richard Ung
DibintangiAdam AF2
Dewi Amanda
Loung Thi Giang
Disunting olehSalim Haji Saifuddin
Syarikat
penerbitan
YKS Filmmaker
Sheunik
Red & Bridge TV and Film Production
Diedarkan olehE.MAS
Tarikh tayangan
1 Mei 2014
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Vietnam

Bahaya Cinta (bahasa Inggeris: Dangerously Love, Vietnam: Tinh Yeu Nguy Hiem) ialah sebuah filem drama percintaan Malaysia 2014 arahan Yusof Kelana. Ia merupakan filem hasil kerjasama Malaysia dan Vietnam dan menampilkan barisan pelakon dari kedua-dua negara ini dan mengisahkan tentang sejarah pelarian Vietnam.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan pasangan kekasih yang terpisah akibat faktor geografi yang terus memutuskan mereka berdekat-dekat lamanya. Bagaimanapun, jauh di sudut hati mereka masih terpahat perasaan sayang dan ingin tahu tentang keadaan masing-masing. Kisah keluarga Iskandar sementara ibunya, Dong Ai menjadi bekas pelarian Vietnam dan berkahwin dengan orang tempatan, iaitu lelaki Melayu yang pernah menyelamatkannya daripada mati lemas. Selepas kematian bapanya, ibu Iskandar mengungkit kenangan silam terhadap kalung yang diberikan bekas kekasihnya, Ai Nguan, lebih tiga dekad yang lalu.

Ibu Iskandar mahukan anaknya menjejak lelaki istimewa itu di Vietnam mengikut 'gerak hati'. Bagaimanapun, percutian bertukar malang apabila sampai di sana, Iskandar berdepan detik cemas apabila diburu sekumpulan ahli kongsi gelap. Semuanya bermula selepas beliau cuba menyelamatkan seorang wanita dari Jakarta yang baru saja sampai di Hanoi tetapi menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Bahaya Cinta diarahkan oleh Yusof Kelana manakala skripnya ditulis oleh Allahyarham Martias Mohd Ali. Yusof turut berkhidmat sebagai penerbit bersama Richard Ung. Filem ini menampilkan barsian pelakon tiga negara—Adam AF2, Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak dari Malaysia; manakala pelakon Vietnam terdiri daripada Han Dan, Luong Giang dan Nguyen Duc Hung; dan Dewi Armanda, satu-satunya pelakon Indonesia dalam filem ini. Penggambaran dijalankan Jun 2013, di lokasi di kedua-dua Malaysia dan Vietnam. Ketika penggambaran dijalankan, Yusof dan krew filem terpaksa mematuhi larangan dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan Vietnam bagi menjaga sensitiviti rakyat Vietnam.[2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Bahaya Cinta dikeluarkan pada 1 Mei 2014. Tajuk Bahaya Cinta digunakan untuk pasaran Malaysia, manakala di Vietnam, ia menggunakan tajuk Dangerously Love dan Tinh yeu nguy hiem dalam bahasa Vietnam.[3]

Aqmar Mustaza, menulis untuk Sinar Harian berkata: "Kelebihan filem ini adalah konflik-konflik yang diselitkan babak demi babak membuatkan penonton akan rasa tertanya-tanya apa yang berlaku seterusnya dan seterusnya."[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemalia Othman (1 Mei 2014). "'Bahaya Cinta' Papar Sejarah Pelarian Vietnam". mSTAR Online. Dicapai pada 20 Julai 2014.
  2. ^ Kemalia Othman (22 April 2014). "Vietnam Beri Larangan Terbitkan Filem 'Bahaya Cinta'". mSTAR Online. Dicapai pada 20 Julai 2014.
  3. ^ "Terokai pasaran filem Vietnam". Perak Today. 5 April 2014. Dicapai pada 20 Julai 2014.
  4. ^ Aqmar Mustaza (3 Mei 2014). "Bahaya Cinta penuh drama". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]