Bahruddin Bekri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahruddin Bekri
LahirSarawak
Nama penaBahruddin Bekri
PekerjaanPenulis dan Editor
WarganegaraMalaysia Malaysia
GenreFiksyen
Laman web
http://www.dingin.blogspot.com/

Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri atau dengan nama pena Bahruddin Bekri ialah seorang penulis buku fiksyen di Malaysia. Bukunya banyak diterbitkan oleh syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.[1]

Beliau berasal dari Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Hilir (Semera). Selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke matrikulasi Universiti Putra Malaysia dan seterusnya ke peringkat Sarjana Muda Ekonomi di universiti yang sama.

Novel beliau berjudul Doa Untuk Aku telah diadaptasi menjadi drama rantaian 12 episod yang disiarkan di TV AlHijrah[2] pada Ogos 2012.

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Doa Untuk Aku
  2. Dunia Ini Sederhana Kecil
  3. Diari Mat Despatch: Naluri Ayah
  4. Padanya Ada Hikmah
  5. Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati
  6. Hidup Penuh Cinta
  7. Diari Mat Despatch Hati Emak
  8. Skuad Halimunan
  9. Penulis yang Disayang Tuhan
  10. Diari Mat Despatch Lelaki Baik
  11. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
  12. Lelaki Berkasut Merah
  13. Remaja@ptsone 2010
  14. Diari Mat Despatch
  15. Kita Hanya di Seberang Jalan
  16. Di Mana Terangnya Bulan
  17. Puisi Untuk Nadina
  18. Adi Gempa: Evolusi
  19. Detektif Bertudung Hitam
  20. Perang Kucing

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bahruddin Bekri.
  2. ^ "Nilai Islamik Kalam Cinta". Harian Metro. 3 Julai 2013. Dicapai pada 19 Julai 2021.