Baiat Ridhwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Baiah Ridhwan (Bahasa Arab: بيعة الرضوانbayʻat al-riḍwān) berlaku pada tahun ke-6 Hijrah (628 M) ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1600 atau 1400 orang sahabat dari Madinah menuju kota Makkah di musim Haji.

Dalam perjalanan ke Makkah, rombongan Islam disekat oleh orang kafir Quraisy di Hudaibiyah kerana:

  1. Orang kafir Quraisy bimbang dengan kekuatan orang Islam
  2. Orang kafir Quraisy terasa maruah mereka tercabar.

Rasulullah menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka. Khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan menyebabkan orang Islam berbaiah (ikrar taat setia) kepada Rasulullah untuk berjihad memerangi orang Quraisy.

Orang Quraisy yang berasa bimbang dengan kekuatan umat Islam lalu membebaskan Uthman menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w. dengan itu, termenterailah Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi Muhammad s.a.w. (pihak Islam) dengan Suhai bin Amru (orang Quraisy).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]