Baihakki Khaizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baihakki Khaizan
Maklumat peribadi
Nama penuh Baihakki bin Khaizan
Tarikh lahir (1984-01-31) 31 Januari 1984 (umur 40)
Tempat lahir Singapura
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim II
Nombor 15
Kerjaya remaja
2000–2002 Akademi Bola Sepak Kebangsaan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003 Geylang United 29 (6)
2004–2007 Young Lions 98 (7)
2008–2009 Geylang United 46 (4)
2009 Persija Jakarta 39 (3)
2010 Persib Bandung 24 (2)
2011 Medan Chiefs 20 (1)
2012–2013 LionsXII 36 (4)
2014 Johor Darul Ta'zim 10 (1)
2014LionsXII (pinjaman) 8 (0)
2015– Johor Darul Ta'zim II 52 (3)
Pasukan kebangsaan
2003– Singapura 127 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 September 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2016

Baihakki Khaizan (lahir 31 Januari 1984) merupakan pemain bola sepak Singapura yang bermain sebagai pertahanan tengah untuk kelab Liga Perdana Malaysia, Johor Darul Ta'zim II.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Bersama-sama Khairul Amri, Shahril Ishak dan Hassan Sunny, Baihakki merupakan ahli National Football Academy pada tahun 2000.[1] Dia memulakan karier profesionalnya bersama Geylang United pada tahun 2003.

Dia sebelum ini bermain untuk kelab Liga S, Young Lions.

Kerap beraksi untuk Singapura sejak 2004, Baihakki Khaizan dikenali sebagai salah seorang pertahanan tengah terbaik di rantau ini dan ketinggiannya. Menyertai Geylang United pada tahun 2003, Baihakki memenangi Pemain Muda Tahunan Liga S ketika musim pertamanya.

Baihakki merupakan ahli pasukan LionsXII, pasukan Singapura pertama dalam Liga Super Malaysia dalam tempoh 17 tahun. Dia menjaringkan gol pertama mereka dalam penampilan sulung liga ketika menentang Kelantan FA pada 10 Januari 2012.[2]

Johor Darul Takzim (JDT)[sunting | sunting sumber]

Baihakki Khaizan menandatangani kontrak empat tahun bersama pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Takzim.[3][4]

Kembali ke LionsXII[sunting | sunting sumber]

Baihakki menyertai semula LionsXII pada bulan Mei 2014.[5]

Dia akan menyertai kelab Liga Perdana Malaysia, Johor Darul Takzim II bermula tahun 2015 untuk baki kontrak empat tahunnya bersama Johor.[4]

Baihakki bersama LionsXII pada tahun 2012 ketika menentang Kuala Lumpur

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dia membuat penampilan sulung untuk Singapura ketika menentang Hong Kong pada 4 Ogos 2003.[6]

Dia merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Tiger pada tahun 2005 dan Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007. Dia memenangi Piala Suzuki pada bulan Disember 2012, selepas menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan pertama. Singapura kemudiannya menewaskan Thailand 3–1 menerusi agregat.

Baihakki membuat penampilan ke-100 nya ketika perlawanan persahabatan menentang China pada 6 September 2013.[1][7] He dimasukkan ke dalam Kelab Abad FIFA pada bulan Disember 2013.[6]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gol antarabangsa

No Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 15 Disember 2004 Hanoi, Vietnam  Kemboja 0–2 0–3 Piala Tiger 2004
1 9 Disember 2008 Jakarta, Indonesia  Indonesia 0–1 0–2 Piala Suzuki AFF 2008
3 19 Disember 2012 Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura  Thailand 3–1 3–1 Piala Suzuki AFF 2012

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

LionsXII

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Singapura

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Muda Tahunan Liga S.: 2003
  • Anugerah Persatuan Bola Sepak Malaysia – Pertahanan Terbaik: 2013[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Interview With Baihakki Khaizan". FAS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-03. Dicapai pada 21 March 2014.
  2. ^ LionsXII level 1–1 against Kelantan at half-time, The Straits Times
  3. ^ http://www.channelnewsasia.com/news/sport/football-singapore-s/881770.html
  4. ^ a b Dan Guen Chin (21 April 2014). "Baihakki could be back with LionsXII". Today. m/s. 27.
  5. ^ Dan, Geun Chin (8 May 2014). "Baihakki back with LionsXII, Johor eyeing S-League". Today.
  6. ^ a b "FIFA Century Club fact sheet" (PDF). FIFA. 11 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-09-24. Dicapai pada 2014-10-14.
  7. ^ "China put six past hapless Lions". Goal. Dicapai pada 21 March 2014.
  8. ^ "Baihakki Khaizan wins "Best Defender" honour at FAM annual awards 2013". LionsXII. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 6 March 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]