Pergi ke kandungan

Baizura Kahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baizura Kahar
بايزورا كاهار
Kelahiran
Nurbaizura binti Ahmad Kahar

(1982-02-08) 8 Februari 1982 (umur 44)
Pendidikan
  • Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi
  • Ijazah dalam Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPelakon, penulis skrip
Tahun aktif
  • 2002–2008; 2026–kini
    (Pelakon)
  • 2009–kini
    (Penulis skrip)
Karya
Filemografi
PasanganWan Mohd Ariff (k. 2010)

Nurbaizura Ahmad Kahar (lahir 8 Februari 1982) ialah seorang pelakon dan penulis skrip wanita Malaysia, yang meraih kejayaan tempoh singkat dalam bidang lakonan.

Berkelulusan dalam Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi juga Ijazah dalam Seni Persembahan di Universiti Malaya, Baizura memulakan kerjaya awal sebagai pelakon iklan, kemudian model majalah, dan akhirnya dilamar pengarah Kabir Bhatia ke bidang lakonan.

Baizura diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak gadis yang mempunyai masalah psikologi setelah kematian teman lelaki dalam filem Sepi sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin dan Vanidah Imran di Anugerah Skrin 2008.

Namun pada 2008, Baizura mengumumkan persaraan daripada bidang lakonan. Hayat beliau dalam industri sejak 2006 hingga 2008 namun berjaya memukau peminat filem dengan bakat besarnya.[1]

Baizura juga pernah berduet dengan kumpulan Duta menyanyikan lagu bertajuk Cinta Antara Kita yang dikeluarkan pada tahun 2006.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008 Anugerah Skrin 2008 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Sepi Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]