Baju merah (Itali)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baju merah biasa dan topi Garibaldino

Baju merah atau jaket merah merupakan golongan sukarelawan yang menjadi penyokong kempen negarawan Itali, Giuseppe Garibaldi. Istilah tersebut diambil daripada warna pakaian sukarelawan itu sebagai ganti kepada pakaian seragam.

Baju merah sangat terkenal dan mempengaruhi banyak tentera di seluruh dunia. Contohnya semasa Perang Saudara Amerika, 39 Rejimen Infantri New York daripada Tentera Kesatuan dan 6 Rejimen Infantri Louisiana daripada Tentera Negeri Gabungan turut memakai baju merah sebagai sebahagian daripada seragam mereka.