Bak chang
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
![]() Beberapa bungkus kuih bak chang diikat dengan benang | |
Nama alternatif | Rou Zong, Zongzi, kuih chang, bakcang, zang, nom asom, Pya Htote , "Joong", "Doong" |
---|---|
Jenis | Kuih beras |
Tempat asal | China |
Kawasan | Lingkungan kebudayaan Asia Timur |
Bahan utama | Beras pulut diisi beraneka inti dan dibungkus dengan daun buluh, pandan atau seumpamanya. |
Variasi | Lo mai gai |
![]() ![]() |
Bak chang, bakcang, kuih chang (juga dieja kueh chang dalam dialek Baba)[1] ataupun rouzong (Cina: 肉粽; pinyin: ròuzòng; Pe̍h-ōe-jī: bah-chàng) adalah satu jenis zongzi yang mempunyai tambahan daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, babi dan/atau krustasia.[2][3][4]
Zongzi dalam kategori ini terdapat banyak jenis dan nama yang lain. Makanan ini dimasak secara berbalut daun sebelum direbus atau dikukus.[5]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Kuih ini hidangan utama semasa perayaan Duan Wu.[6] Ia mempunyai kaitan dengan kisah lagenda berlatarkan Zaman Negeri-Negeri Berperang yang diceritakan mengenai seorang menteri daripada negeri Chu bernama Qu Yuan yang membunuh diri di sungai tidak lama selepas diusir buang negeri rajanya akibat difitnah; penduduk sekampung yang mendapat tahu kejadian ini dikatakan membaling zongzi untuk menyelamatkan mayatnya daripada dimakan ikan.[7]
Jenis[sunting | sunting sumber]
Kuih bak chang di China Selatan dan Asia Tenggara biasanya dibuat berintikan daging babi, cendawan shiitake, kuning telur masin, saderi, dan halia.[8][9][10]
Ada resipi kuih bakchang yang ditukarkan jenis daging intinya dengan pilihan lebih halal dalam kalangan penganut Islam masyarakat tersebut.[11]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "kueh chang". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 113. ISBN 978-0-8048-3778-1.
- ^ Kilpatrick, Ryan (29 Mei 2017). "Four Things to Know about The Dragon Boat Festival". Time (dalam bahasa Inggeris).
- ^ (Inggeris) "Nyonya Chang" di "HuangKitchen.com"
- ^ (Inggeris) "Rice Dumpling" di "ChineseAmericanFamily.com"
- ^ Roufs, T.G.; Roufs, K.S. (2014). Sweet Treats around the World: An Encyclopedia of Food and Culture. ABC-CLIO. m/s. 81. ISBN 978-1-61069-221-2. Dicapai pada 5 November 2016.
- ^ Tchea, Michelle (12 Jun 2022). "Why do we eat zongzi during Dragon Boat Festival? The history behind the rice dumpling, plus 10 ways it's prepared throughout Asia". South China Morning Post.
- ^ Xiao Fan (April 2014). "The Legend Behind Zongzi". Artifacts. University of Missouri (9). Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ "Selamat Hari Bacang, Hari Festival Duan Wu dan Happy Dragon Boat Festival". Bisniswisata. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ "Bacang, Kuliner". encyclopedia.jakarta-tourism.go.id. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Rosana, Fransisca (18 Jun 2018). "Apa Beda Bakcang di Cina dan Indonesia?". Tempo. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Yap, Johari (12 Mei 2019). "Sedapnya bak chang halal". Sinar Harian.