Bakhil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ebenezer Scrooge encounters "Ignorance" and "Want" in A Christmas Carol

Pelokek ialah orang yang kedekut dan enggan membelanjakan wang, biasanya sehingga meninggalkan keseronokan yang asas.


Stereotaip[sunting | sunting sumber]

Stereotaip pelokek ialah seorang kaya dan tamak yang hidup secara sengsara supaya dapat menyimpan wang untuk menambah harta karunnya. Stereotaip-stereotaip yang lain termasuk orang Scotland yang "berjimat cermat" (bahasa Inggeris: thrifty), serta orang Belanda yang berjimat (bahasa Inggeris: frugal).

Satu lagi stereotaip yang berkait ialah kapitalis yang dipaparkan, umpamanya, dalam propaganda Soviet. Stereotaip ini biasanya digambarkan sebagai ceti atau usahawan yang mempunyai banyak kekayaan peribadi tetapi tidak mengendahkan orang-orang miskin. Tidak serupa dengan pelokek, seorang kapitalis mampu membelanjakan wang dan biasanya digambarkan sebagai menjalani hidup yang merosot akhlak. Orang-orang anti-Semit telah menggambarkan orang Yahudi dengan kedua-dua cara tersebut.

Dorongan terhadap sifat lokek atau tamak boleh berasal daripada keinginan kuat untuk memperoleh, khususnya, wang atau kuasa. Penjelasan-penjelasan psikolanalisis, umpamanya tradisi Sigmund Freud, mengaitkannya dengan masa kanak-kanak awal dalam fasa dubur dalam konsep perkembangan psikoseksual.

Pelokek terkenal dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Pelokek yang kurang masyhur dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Charles Huffman ialah pelokek Amerika Syarikat dari dekad 1950-an. Beliau didapati maut di jalan raya Brooklyn, New York tanpa sebarang wang di dalam sakunya. Pihak polis mengesan tempat kediamannya di sebuah bilik sewa yang berharga AS$7 seminggu. Di dalam bilik ini, pihak polis menemui banyak buku bank dan melebihi AS$500,000 dalam bentuk sijil saham. Franz Lidz daripada akhbar New York Times membuat sorotan mengenainya pada 26 Oktober 2003.

Daftar pelokek yang terkenal dalam fiksyen[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]