Bakon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekeping bakon dimasak tepi (berjalur-jalur)

Bakon atau dendeng babi ialah sejenis daging babi awet garam.[1] Bakon disediakan daripada beberapa potongan daging yang berbeza, biasanya daripada perut daging babi atau daripada potongan belakang, kurang lemak daripada perut. Ia dimakan begitu sahaja, sebagai hidangan sampingan (terutamanya dalam sarapan), atau digunakan sebagai ramuan kecil untuk memberi rasa pada masakan (contohnya sandwic kelab). Bakon juga digunakan untuk meletakkan kepingan lemak dan melumur dengan lemak babi panggang, terutamanya binatang buruan, termasuk daging rusa dan kuang bayas. Perkataan ini terbit daripada bahasa Inggeris dan diterbitkan daripada bahasa Jerman Hulu Kuno bacho, bermaksud "punggung", "ham" atau "tepi bakon", dan kata seasal dengan bahasa Perancis Lama bacon.[2][3]

Bakon awet tepi di dalam kuali
Bakon yang sama selepas digoreng di dalam kuali

Daging daripada haiwan lain, seperti daging lembu, biri-biri, ayam, kambing, atau ayam belanda, boleh juga dipotong, diawet, atau jika tidak disediakan serupa bakon, dan boleh juga dirujuk sebagai, sebagai contoh, "bakon ayam belanda" atau "dendeng ayam belanda".[4] Bakon jenis ini biasa digunakan di kawasan dengan ramai populasi orang Yahudi dan Islam kerana kedua-dua agama mengharamkan makan daging babi.[5] Bakon vegetarian seperti "bakon soya" juga wujud.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rencana berkaiwan

Buku

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Filippone, Peggy. "What is bacon". thespruce.com. Dicapai pada 30 April 2017.
  2. ^ Bacon. OED Online. Oxford University Press. 1989. 50016435.
  3. ^ Hiskey, Daven (30 August 2010). "Origin of the Word "Bacon"". Today I Found Out. Dicapai pada 4 February 2014.
  4. ^ "Eat cheap but well! Make a tasty beef in beer". Today. NBC News. 30 April 2009. Diarkib daripada yang asal pada 3 May 2009. Dicapai pada 13 May 2009.
  5. ^ "Health and You". New Straits Times. 12 May 2009. Diarkib daripada yang asal pada 27 June 2009. Dicapai pada 13 May 2009.
  • Anderson, H. J., "Bacon Production" in Encyclopedia of Meat Sciences, Editors M. Dikeman, Carrick Devine, 2004, Academic Press, ISBN 0080924441, 9780080924441, google books

Pautan luar[sunting | sunting sumber]