Bakri Ibni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bakri Ibni (lahir pAda 25 Ogos 1952) adalah bekas pemain bola sepak Malaysia yang mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada awal tahun 1970-an dan 1980-an. Dia bermain dalam pertandingan domestik Malaysia untuk Perlis FA sehingga tahun 1984.

Bakri adalah seorang Pemain tengah terbaik di miliki skuad Malaysia yang layak untuk pertandingan bola sepak Sukan Olimpik 1980 Moscow (walaupun kemudiannya Malaysia memboikot temasya Sukan itu). Dia menjaringkan salah satu daripada dua gol dalam menentang Korea Selatan dimana mereka menang 2-1 pada perlawanan penentuan kelayakan untuk Sukan Olimpik, gol yang lain telah dijaringkan oleh James Wong. Bakri juga mewakili Malaysia dalam pertandingan lain, pernah bermain di dalam Piala Asia 1980 di Kuwait, dan barisan skuad yang memenangi pingat emas dalam acara serantau di kejohanan Bola sepak di Sukan Asia Tenggara pada tahun 1977 dan 1979.

Sebagai jurulatih, Bakri telah melatih Perlis FA dari 1981-1983, biarpun beliau masih lagi bermain dengan mereka. Beliau kemudian kembali menjadi jurulatih mereka sekali lagi pada tahun 1990-an. Bakri juga telah melatih pasukan bola sepak Bank Rakyat di kejohanan antara bank tempatan, JKR Perlis, dan sebagai penolong ketua jurulatih untuk jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia Rahim Abdullah pada tahun 1991.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]