Balada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Balada ialah sejenis puisi yang lazimnya berbentuk naratif yang dipadankan dengan muzik. Balada terbit daripada ballade atau chanson balladée Perancis yang asalnya "lagu-lagu tarian" dalam Zaman Pertengahan. Balada merupakan ciri puisi dan lagu yang popular di Great Britain dari lewat Zaman Pertengahan sehingga abad ke-19 dan digunakan dengan meluas di Eropah dan kemudian di benua Amerika, Australia dan Afrika Utara. Bentuk balada sering digunakan oleh pemuisi dan penggubah mula dari abad ke-18 untuk menghasilkan balada berlirik. Kemudian, dalam abad ke-19, kata "balada" mengambil maksud bentuk perlahan buat sebuah lagu cinta dan sekarang kata ini sering digunakan untuk memerikan apa jua lagu cinta khususnya balada pop atau rock.


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.