Balada Pencinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Balada Pencinta
2013 Balada Pencipta.jpg
Pengarah Khir Rahman
Penerbit Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penulis Khir Rahman
Dibintangi oleh Johan As'ari
Siti Saleha
Sein Ruffedge
Faizal Hussein
Iedil Putra
Miera Leyana
Azhan Rani
Ngasrizal Ngasri
Norish Ismail
Dato’ Jalaluddin Hassan
Dian P. Ramlee
Muzik oleh Azan Tunestone
Sinematografi Azri Izhar
Disunting oleh Muzaffar Mahmood
Syarikat
produksi
Pengedar Primeworks Studios
Mula ditayangkan
24 Oktober 2013
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM 0.98 juta
Box office RM 0.27 juta

Balada Pencinta ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2013 diarahkan oleh Khir Rahman.[1] Teraju utama filem ini adalah Siti Saleha dan Johan As'ari.[2] Lagu tema filem ini bertajuk "Nanti" dinyanyikan oleh Khir, filem ini ditayangkan pada 24 Oktober 2013 oleh Grand Brilliance dan Primeworks Studios. Ia juga merupakan arahan kedua Khir dalam kerjayanya sebagai pengarah.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan As'ari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya dan mempunyai agenda tersembunyi?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Balada Pencinta merupakan filem kedua arahan Khir Rahman selepas filem pertama beliau, ...Dalam Botol (2011) yang telah diterima baik oleh rata rata pengkritik filem tempatan. Katanya: "Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Grand Brilliance dalam memberi peluang buat saya untuk meneruskan usaha belajar dan menyelami ilmu pengarahan filem. Saya telah lakukan yang terhabis baik untuk filem ini dan harapan saya buat masa ini adalah hanya untuk ia diterima oleh penggemar dan pengkritik filem di luar sana." Dalam filem ini, beliau turut menulis 2 buah lagu baru yang bertajuk "Terima Kasih Aishah" dan "Nanti" yang diilhamkan dari filem ini. Johan As'ari dan Siti Saleha dipilih sebagai pelakon utama dan cukup sesuai dengan karakter yang telah diberikan. Antara pelakon–pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Miera Leyana, Iedil Putra, Sein Ruffedge, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Faizal Hussein, Dato Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee. Penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Kuala Lumpur pada Jun 2012 dan dimuktamadkan pada Julai 2012.[4][5][6]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 24 Oktober 2013 di Malaysia dan merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 0.27 juta.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Balada Pencinta: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh Pelbagai artis
Dikeluarkan pada 2013
Genre Runut bunyi
No. Tajuk Penulis Penyanyi Masa
1. "Terima Kasih Aisyah"   Khir Rahman Khir Rahman  
2. "Nanti"   Khir Rahman Khir Rahman  
3. "Ratuku"   Awie, Johari Teh Awie  
4. "Apokalips"   M. Nasir M. Nasir  
5. "Jika Kau Bercinta Lagi"   M. Nasir Alleycats  
6. "Anak Kampung"     Jimmy Palikat  
7. "Tak Bisa Memilihmu"     6ixth Sense  
8. "Penakut"   Yunalis Zarai Yunalis Zarai  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (18 Oktober 2013). Khir Rahman Terap Nilai Komersial & Seni Dalam 'Balada Pencinta' mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2015.
  2. ^ Romantis cara Johan, Saleha Kosmo! (24 Oktober 2013). Dicapai pada 4 Julai 2015.
  3. ^ Budiey (17 Oktober 2013). Filem Balada Pencinta Lakonan Siti Saleha & Johan As’ari Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Jun 2014.
  4. ^ Aqmar Mustaza (26 Oktober 2013). "Balada Pencinta, mengusik jiwa". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2014. 
  5. ^ Abdul Aziz Itar (24 Oktober 2013). "Lagi cinta dua darjat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Mei 2014. 
  6. ^ 'Balada Pencinta' bukan sekadar filem cinta. Astro Awani. 25 Oktober 2013. Dicapai pada 11 Mei 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]