Balada Shalawat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Balada Shalawat
Album studio oleh Gita Gutawa
Dikeluarkan pada 2010
Genre Keislaman
Syarikat Sony Music Indonesia
Penerbit Erwin Gutawa
Kronologi Gita Gutawa
Harmoni Cinta
(2009)
Balada Shalawat
(2010)

Balada Shalawat (Balada Selawat) ialah album berkonsepkan keislaman yang juga album ketiga penyanyi Indonesia, Gita Gutawa. Ianya digubah, dirancang dan dihasilkan oleh Erwin Gutawa dan diterbitkan oleh Sony Music Indonesia. Ditulis sebagai satu cara untuk "membawa orang untuk berdoa dan memuji Allah", album itu termasuk dua buah lagu baru dan enam saduran atau gubahan semula. Hasil daripada penjualan album telah disumbangkan kepada golongan miskin.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Menurut Erwin Gutawa, Balada Shalawat ditulis untuk membawa perkataan Allah kepada orang ramai melalui muzik, yang muzik orkestra yang disediakan untuk "membawa orang untuk berdoa dan memuji kebesaran-Nya".[A][1] Beliau juga berkata ia dibuat sebagai satu cara untuk berbakti kepada masyarakat selepas kejayaan komersil album Gita sebelum ini, Gita Gutawa dan Harmoni Cinta.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Balada Shalawat telah digubah, dirancang dan dihasilkan oleh Erwin Gutawa, bapa Gita. Ia telah dirakamkan di Aluna Studio.[1] Rakaman mengambil masa setahun, walaupun ia tidak intensif.[2]

Gita bekerjasama dengan bapanya untuk menulis dua lagu, "Lelaki Sempurna" dan "Kisah 8 Dirham". Lagu-lagu lain ialah keluaran semula dan saduran. "Ketika Tangan dan Kaki Berkata" pada asalnya dinyanyikan oleh Chrisye untuk Kala Cinta Menggoda dan "Selamat Idul Fitri" yang sebelum ini dinyanyikan secara duet bersama Haddad Alwi untuk sebuah konsert.[1][2]

Lagu "Lelaki Sempurna" dan "Kisah 8 Dirham" diilhamkan oleh Muhammad.[3] "Lelaki Sempurna" berdasarkan kepada personaliti Nabi Muhammad SAW, "jujur dan dipercayai, pintar, dan rajin".B[›][4] "Kisah 8 Dirham menceritakan perjalanan yang dibuat oleh Muhammad ke pasar, di mana beliau dengan senang hati mendermakan semua wang kepada orang miskin dan dengan itu tidak dapat membeli pakaian baru.[1] Ia telah ditulis selepas Gita mendengar penceritaan semula cerita Ustaz Fikri.[5]

Sebelum rakaman "Balada Shalawat" dalam bahasa Arab, Gita telah diajar oleh seorang Ustaz, guru yang dihormati Islam, dalam sebutan yang betul.[5]

Lagu "Ketika Tangan dan Kaki Berkata" berdasarkan dari pandangan Islam mengenai Hari Kiamat dan Surah Yasin ayat 65,[6] yang menyebut:

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."[7]

Dua orkestra berlainan menyediakan muzik. Orkestra Filharmonik Prague memainkan muzik untuk "Balada Shalawat", "Ketika Tangan dan Kaki Berkata", dan "Selamat Idul Fitri". Orkestra Filharmonik Victoria menyediakan muzik untuk "Salam Ramadhan".[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Lelaki Sempurna"  Erwin Gutawa, Gita Gutawa (idea oleh Triawan KH)Erwin Gutawa, Gita Gutawa 4:14
2. "Balada Shalawat"     4:43
3. "Kisah 8 Dirham"  Erwin Gutawa, Gita Gutawa (idea oleh Ustaz Fikri)Erwin Gutawa, Gita Gutawa 3:23
4. "Ketika Tangan dan Kaki Berkata"  Taufiq IsmailChrisye 4:50
5. "Idul Fitri"  N.NN.N. 3:38
6. "Jalan Lurus"  Taufiq IsmailN.N, Opiek 5:49
7. "Surga di Telapak Kakimu[C]"  Doni Sibarani, Gita GutawaBudi Rahardjo 4:45
8. "Salam Ramadhan"  Taufiq IsmailIdru Al-Hanbay, Andi Risno 3:52

Gaya[sunting | sunting sumber]

"Ketika Tangan dan Kaki Berkata" disertai dengan muzik orkestra itu, bersama-sama dengan suara soprano Gita, "menekankan kedalaman makna".D[›] "Balada Shalawat" disertai dengan muzik lebih klasik.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Balada Shalawat dikeluarkan pada Ogos 2010, semasa Ramadhan, dengan semua keuntungan daripada jualan akan didermakan kepada mereka yang serba kekurangan.[2] "Lelaki Sempurna" dan "Kisah 8 Dirham" telah dikeluarkan sebagai single.[8]

Muzik video telah diterbitkan untuk "Balada Shalawat", dengan tema Ramadhan. Ia diarahkan oleh Rizal Montavani dan difilemkan di Kota Tua Jakarta, Jakarta.[9]

Catatan penjelasan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Original: "... semoga kemegahan orkestra bisa mengantarkan orang untuk bersalawat memuji kebesaran-Nya".
  2. ^ Original: "... jujur, dapat dipercaya, cerdas dan rajin".
  3. ^ Versi secara langsung, dari Konsert Kotak Musik Gita Gutawa
  4. ^ Original: "... membuat lagu ini terasa dalam maknanya".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Balada Shalawat (booklet). Gita Gutawa. Jakarta: Sony Music Indonesia. 2010. 
  2. ^ a b c d "Gita Gutawa Bersedekah Lewat 'Balada Shalawat'". KapanLagi.com. 14 August 2011. Dicapai 12 August 2011. 
  3. ^ Mega Laraswati (16 August 2011). "Gita Gutawa Ibadah dan Bersedekah Lewat `Balada Shalawat`". Boleh.com. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2012. Dicapai 12 August 2011. 
  4. ^ Mega Laraswati (16 August 2011). "Kriteria Lelaki Sempurna Gita Gutawa". Boleh.com. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2012. Dicapai 12 August 2011. 
  5. ^ a b c "Gita Gutawa Lepas Album Balada Shalawat". Bali Post. 16 August 2010. Dicapai 12 August 2011. 
  6. ^ Taufiq Ismail. "Ketika Mulut Tak Lagi Berkata". University of Indonesia. Dicapai 15 July 2011. 
  7. ^ "Surrah Yasin" (PDF). Dicapai 15 July 2011. 
  8. ^ Eko Hendrawan Sofyan (14 August 2011). "Gita Gutawa: Album untuk Kemanusiaan". Kompas. Dicapai 12 August 2011. 
  9. ^ "Gita Gutawa Banyak Permintaan". Cekricek.co.id. 16 August 2011. Diarkibkan daripada asal pada 25 August 2010. Dicapai 12 August 2011.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]