Balai Cerap Astronomi Afrika Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Balai Cerap Astronomi Afrika Selatan (SAAO) ialah pusat kebangsaan bagi astronomi optik dan infra merah di Afrika Selatan, dan ia ditubuhkan pada tahun 1972. Balai cerap ini diuruskan oleh Yayasan Penyelidikan Kebangsaan Afrika Selatan. Fungsi kemudahan ini adalah untuk menjalankan penyelidikan dalam ilmu falak dan astrofizik. Teleskop utama terletak di Sutherland, iaitu 370 kilometer (230 bt) dari Observatory, Cape Town, di mana ibu pejabatnya berada.[1]

SAAO mempunyai hubungan kerjasama saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Sumbangan instrumental dari Balai Cerap Astronomi Afrika Selatan termasuklah perkembangan pembetul aberasi sfera dan Teleskop Besar Afrika Selatan (SALT).

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Papan tanda di pintu masuk ke Balai Cerap Sutherland yang terletak berhampiran dengan Sutherland, Cape Utara.

Balai cerap beroperasi dari kampus Balai Cerap Diraja, Tanjung Harapan yang telah ditubuhkan pada tahun 1820 [2] di pinggir bandar Observatory, Cape Town .

Kemudahan pencerapan utama bagaimanapun terletak berhampiran bandar Sutherland iaitu kira-kira 370 kilometer (230 bt)[1] dari Cape Town.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Additional information about SAAO Sutherland" (dalam bahasa Inggeris). Balai Cerap Astronomi Afrika Selatan. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2010.
  2. ^ Holden, Edward Singleton (1888). "The Principal Observatories of the World". Hand-book of the Lick Observatory of the University of California (dalam bahasa Inggeris). m/s. 112. Dicapai pada 2 Oktober 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]