Balai Cerap Vera C. Rubin
![]() Kemasan reka bentuk LSST yang telah siap | |
Nama alternatif | VRO |
---|---|
Dinamakan sempena | Vera Rubin ![]() |
Lokasi | Elqui Province, Coquimbo Region, Chile |
Koordinat | 30°14′41″S 70°44′58″W / 30.24464°S 70.74942°W |
Pertubuhan | Large Synoptic Survey Telescope Corporation ![]() |
Kod pencerapan | X05 |
Altitud | 2,672.75 m (8,768.9 ka) |
Panjang gelombang | 320 nm (940 THz)–1,060 nm (280 THz) |
Cahaya pertama | Jun 2025 ![]() |
Gaya teleskop | anastigmat tiga cermin balai cerap astronomi teleskop pantulan ![]() |
Diameter | 8.417 m (27 ka 7.4 in) |
Diameter kedua | 3.420 m (11 ka 2.6 in) |
Diameter ketiga | 5.016 m (16 ka 5.5 in) |
Peleraian sudut | had tampak median 0.7″ saiz piksel 0.2″[1] |
Kawasan pengumpulan | 35 m2 (380 ka2) |
Jarak fokus | 10.31, 9.9175 m (33 ka 9.91 in, 32 ka 6.45 in) |
Penempat | cagak altazimut ![]() |
Laman web | rubinobservatory |
![]() | |
Balai Cerap Vera C. Rubin, dahulunya dikenali sebagai Teleskop Tinjauan Sinoptik Besar (LSST; daripada perkataan bahasa Inggeris Large Synoptic Survey Telescope), ialah sebuah balai cerap astronomi di Chile. Tugas utamanya adalah melakukan tinjauan astronomi ke atas seluruh langit selatan yang tersedia setiap beberapa malam, mencipta rekod selang masa selama sepuluh tahun, maka ia turut dikenali sebagai Tinjauan Legasi Ruang dan Masa (dalam bahasa Inggeris juga disingkatkan sebagai LSST yang mewakili Legacy Survey of Space and Time).[2][3][4] Balai cerap ini terletak di puncak El Peñón, gunung Cerro Pachón yakni sebuah gunung yang mencecah 2,682-meter tinggi (8,799 ka) dan terletak di Wilayah Coquimbo, di utara Chile, seiring dengan Teleskop Penyelidikan Astrofizik Selatan dan Balai Cerap Gemini Selatan yang sedia ada.[5] Kemudahan pangkalan Balai Cerap Rubin terletak kira-kira 100 kilometer (62 bt) dari dua balai cerap itu melalui jalan darat, di bandar La Serena. Balai cerap itu dinamakan sempena Vera Rubin, seorang ahli astronomi Amerika yang mempelopori penemuan tentang kadar putaran galaksi.
Balai Cerap Vera C. Rubin ialah inisiatif bersama Yayasan Sains Kebangsaan AS (NSF) dan Pejabat Sains Jabatan Tenaga AS dan dikendalikan bersama oleh NOIRLab NSF dan Makmal Pemecut Kebangsaan SLAC.[6]
Balai Cerap Rubin menempatkan Teleskop Tinjauan Simonyi yang merupakan sebuah teleskop pantulan bermedan lebar dengan cermin utama berdiameter 8.4 meter yang boleh memfotograf keseluruh langit sedia ada setiap beberapa malam.[7] Teleskop tersebut menggunakan sejenis varian daripada anastigmat tiga cermin, yang membolehkan teleskop padat menyampaikan imej yang tajam pada medan pandangan yang sangat luas dengan diameter 3.5 darjah. Semua imej dirakam oleh kamera pengimejan peranti berganding cas (CCD) dengan saiz imej 3.2 gigapiksel, menjadikan kamera yang digunakan oleh teleskop ini kamera digital terbesar yang pernah dibina.[8]
Balai Cerap Rubin telah dicadangkan pada tahun 2001 dengan nama LSST, dan pembinaan cermin itu bermula (dengan dana persendirian) pada tahun 2007. LSST kemudiannya menjadi projek besar peringkat teratas yang berasaskan tanah pada Tinjauan Berdekad Astrofizik 2010, dan projek itu secara rasmi memulakan pembinaan pada 1 Ogos 2014, apabila Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (NSF) membenarkan bahagian dana TK2014 ($27.5 juta) daripada bajet pembinaannya.[9] Pembiayaan datang daripada NSF, Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, dan pembiayaan swasta yang dikumpul oleh sebuah organisasi bukan untung antarabangsa berdedikasi yang dikenali dengan nama "LSST Discovery Alliance".[10] Operasi pembinaan ini adalah di bawah pengurusan Persatuan Universiti Penyelidikan dalam Astronomi (AURA).[11] Jumlah kos pembinaan dijangka kira-kira $680 juta.[12]
Pembinaan tapak bermula pada 14 April 2015 dengan upacara peletakan batu pertama.[13][14] Pemerhatian pertama ke langit dengan kamera kejuruteraan berlaku pada 24 Oktober 2024,[15] manakala imej cahaya pertama sistem diterbitkan pada 23 Jun 2025. Operasi tinjauan penuh dirancang untuk mula kemudian pada tahun 2025, disebabkan kelewatan jadual berkaitan COVID.[16] Data dijadualkan untuk menjadi umum sepenuhnya selepas dua tahun.[17]









Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "LSST System & Survey Key Numbers". LSST Corporation. 3 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2018. Dicapai pada 5 August 2015.
- ^ Overbye, Dennis (11 January 2020). "Vera Rubin Gets a Telescope of Her Own – The astronomer missed her Nobel Prize. But she now has a whole new observatory to her name". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2020. Dicapai pada 11 January 2020.
- ^ "NSF-supported observatory renamed for astronomer Vera C. Rubin". www.nsf.gov (dalam bahasa Inggeris). 7 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2020. Dicapai pada 7 January 2020.
- ^ "Survey Cadence Optimization Committee's Phase 3 Recommendations". pstn-056.lsst.io. 2025-01-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2025. Dicapai pada 2025-06-24.
- ^ "Press Release LSSTC-04: Site in Northern Chile Selected for Large Synoptic Survey Telescope" (PDF) (Siaran akhbar). LSST. 17 May 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 September 2015. Dicapai pada 1 August 2015.
- ^ "Funding Information". rubinobservatory.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2025. Dicapai pada 10 April 2025.
- ^ Telescope, Large Synoptic Survey (12 June 2015). "LSST General Public FAQs". Rubin Observatory. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
- ^ "Camera". LSST. 26 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2015. Dicapai pada 1 August 2015.
- ^ Kahn, Steven; Krabbendam, Victor (August 2014). "LSST Construction Authorization" (Siaran akhbar). Lsst Corp. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2016. Dicapai pada 25 August 2014.
- ^ "LSST-DA Supporters | LSST Discovery Alliance". lsstdiscoveryalliance.org (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2025. Dicapai pada 2025-06-23.
- ^ Boilerplate text Diarkibkan 7 Disember 2022 di Wayback Machine, Rubin Observatory, accessed 28 May 2020
- ^ Mervis, Jeffrey (21 May 2018). "Surprise! House spending panel gives NSF far more money for telescope than it requested". AAAS. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2022. Dicapai pada 30 June 2022.
- ^ "LSST First Stone" (Siaran akhbar). LSST Corporation. 14 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2015. Dicapai pada 20 June 2015.
- ^ "The Large Synoptic Survey Telescope: Unlocking the secrets of dark matter and dark energy". Phys.org. 29 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2017. Dicapai pada 3 June 2015.
- ^ "Locations of Target Fields Observed during On-sky Commissioning Campaign with ComCam". LSST Corporation. 3 November 2024.
- ^ "Monthly updates". LSST Corporation. 10 December 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2023. Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ "Search | Legacy Survey of Space and Time". www.lsst.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2022. Dicapai pada 12 February 2020.
- ^ Chang, Kenneth; Miller, Katrina (23 June 2025). "Vera Rubin Scientists Reveal Telescope's First Images". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 23 June 2025.
- ^ "The Cosmic Treasure Chest (Video-EN)" (video). NSF–DOE Vera C. Rubin Observatory (dalam bahasa Inggeris). 12 June 2025. Dicapai pada 25 June 2025.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Tutorial LSST untuk Ahli Fizik Zarah Eksperimen – Penjelasan terperinci mengenai reka bentuk Balai Cerap Rubin (sehingga Februari 2006) dan beberapa matlamat sains kanta yang tidak membincangkan latar belakang astronomi secara lanjut
- LSST Science Collaborations; Abell, Paul A.; Allison, Julius; Anderson, Scott F.; Andrew, John R.; Angel, J. Roger P.; Armus, Lee; Arnett, David; Asztalos, S. J. (16 October 2009). LSST Science Book, Version 2.0. 0912. m/s. 201. arXiv:0912.0201. Bibcode:2009arXiv0912.0201L. Dicapai pada 16 January 2011. Gambaran keseluruhan yang dikemas kini dan diperluaskan.