Balapan lumba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Balapan lumba Champ de Mars di Port Louis, Mauritius.

Balapan lumba atau litar lumba merupakan kemudahan yang dibina untuk perlumbaan kenderaan, ahli sukan atau binatang (contohnya lumba kuda atau lumba anjing). Kemudahan ini kebiasaannya dibina secara kekal dan mempunyai bangunan tersendiri. Sesetengah sukan yang melibatkan penggunaan balapan lumba juga diadakan di balapan sementara seperti Grand Prix Monaco dalam Formula Satu. Balapan lumba juga menampilkan astaka besar atau dataran dan digunakan juga untuk kajian gerak alih haiwan.

Istilah terbitan balapan lumba kuda digunakan untuk acara lumba kuda dan ia boleh dijumpai di Australia, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, India dan United Kingdom. Untuk acara lumba basikal, kemudahan tersebut dikenali sebagai velodrom atau arena basikal. Istilah litar atau litar lumba juga digunakan kerana tatarajah litar bagi kebanyakkan balapan lumba membenarkan acara perlumbaan berlaku dalam beberapa pusingan.