Bali Aga
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| 63,000 | |
| Kawasan ramai penduduk | |
Bali (Tertumpu di Bangli, Buleleng, dan Kabupaten Karangasem) | |
| Agama | |
| Secara dominan menganut Hinduisme (Hinduisme Rakyat) | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Orang Austronesia Orang Bali · Nak Nusé · Sasak · Bayanese · Sumbawa · Sundanese · Orang Jawa |
Suku Bali Aga, juga disebut Baliaga, atau Bali Mula, adalah penduduk asli pulau Bali . Dari segi bahasa, mereka termasuk dalam kumpulan rumpun Austronesia . Orang Bali Aga terutama mendiami wilayah timur bali , khususnya di Bangli- termasuk kawasan pergunugan Kintamani, Buleleng Timur, Karangasem Timur. Namun, mereka juga dapat ditemui di beberapa daerah barat laut dan pusat pulau.[1]
Orang Bali Aga/Bali Mula masih mempertahankan kepercayaan lama mereka yang disebut Hinduisme Rakyat yang mempunyai sedikit perbedaan dengan Hinduisme yang dianuti masyarakat bali pada umumnya. salah satu perbedaanya adalah mereka tidak melakukan upacara kermasi Ngaben. Sebagian besar masyarakat Bali membakar jenazah, sedangkah orang Bali Aga/Bali Mula meletakkan jenazah di atas tanah atau di sebuah pohon yang mereka sebut Taru Menyan /Mula Bali. Tradisi ini masih dijalankan di kampung Trunyan dan menjadi fenomena unik yang membezakan komunitas bali aga/bali mula dari masyarakat Bali lainnya.. [2]
Asal Usul
[sunting | sunting sumber]Penduduk asal Bali diyakini berasal dari kampung Bedulu jauh sebelum gelombang imigrasi Hindu-Jawa. Menurut legenda, di Bedulu pernah tinggal hidup raja terakhir kerajaan Pejeng (kerajaan Bali tua), Sri Aji Asura Bumibanten, yang memiliki kuasa ghaib. [3] Beliau mampu memenggal kepalanya sendiri tanpa rasa sakit dan memasangnya kembali. Satu hari, kepalanya secara tidak sengaja jatuh ke dalam sungai dan hanyut. Dalam panik, Salah seorang hambanya segera memenggal kepala seekor babi dan menggantikan kepala raja dengan kepala binatang itu. Kerana malu, raja kemudian bersembunyi di menara tinggi, menolak kedatangan pelawat. Seorang kanak-kanak kecil kemudian mengetahui rahsia itu dan sejak itu raja telah dikenali sebagai Dalem Bedulu, atau Dia-yang-mengganti-kepala . Penjelasan lain menyembut bahawa nama bedulu berasal dari Badahulu atau "kampung di hulu sungai". [4] Selepas kerajaan Pejeng, Empayar Majapahit mula berkuasa. Pada tahun 1344, orang Bali Aga di bawah Ki Kayuselem memberontak melawan Majapahit
budaya
[sunting | sunting sumber]

Bali Aga tinggal di kawasan terpencil di pergunungan. Berbanding dengan tanah rendah Bali, pengasingan relatif mereka mengekalkan beberapa unsur Austronesia asli, jelas dalam seni bina Bali Aga . Pelancong yang ingin melawat kampung-kampung tertentu mesti berhati-hati kerana geografi kawasan itu. Semasa melawat, ia juga penting untuk menghormati dan memerhati secara senyap-senyap cara hidup yang dipelihara Bali Aga. [5]
Di Tenganan, di mana pelancongan lebih mudah diterima dan penduduknya dikatakan lebih mesra, festival tiga hari yang dipanggil Udaba Sambah diadakan pada bulan Jun atau Julai. Tenganan melarang perceraian dan poligami, tidak seperti kampung lain. [6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ James Danandjaja (1989). Kebudayaan petani desa Trunyan di Bali: lukisan analitis yang menghubungkan praktek pengasuhan anak orang Trunyan dengan latar belakang etnografisnya. Penerbit Universitas Indonesia. m/s. 1. ISBN 97-945-6034-0.
- ^ James Danandjaja (1989). Kebudayaan petani desa Trunyan di Bali: lukisan analitis yang menghubungkan praktek pengasuhan anak orang Trunyan dengan latar belakang etnografisnya. Penerbit Universitas Indonesia. m/s. 1. ISBN 97-945-6034-0.
- ^ Mischa Loose (2012). Bali, Lombok. DuMont Reiseverlag. ISBN 978-37-701-6713-5.
- ^ "Bedulu village". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-08.
- ^ Sigit Wahyu (January 3, 2015). Ni Luh Made Pertiwi F (penyunting). "Menjaga "Geopark" Kaldera Danau Batur". travel.kompas.com. Travel Kompas. Dicapai pada 2016-11-14.
- ^ "Different cultural insights in Bali's Tenganan village". The Jakarta Post. 10 November 2016. Dicapai pada 2016-11-19.