Balochistan (Pakistan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Balochistan, Pakistan)
Balochistan
Flag of Balochistan Map of Pakistan with Balochistan highlighted.
Ibu kota
 • Koordinat
Quetta
 • 30.12° N 67.01° E
Penduduk (2008)
 • Kepadatan
10,247,362 (anggaran)
 • 20.64/km²
Luas
347190 km²
Zon waktu PST (UTC+5)
Bahasa Balochi (rasmi)
Pashto
Hazargi
Brahui
Sindhi
Urdu (kebangsaan)
Status Wilayah
 • Daerah  •  27
 • Bandar  •  
 • Majlis Kesatuan  •  
Ditubuhkan
 • Gabenor/Pesuruhjaya
 • Ketua Menteri
 • Legislatif (kerusi)
   1 Julai 1970
 • Zulfikar Ali Magsi
 • Aslam Raisani
 • Perhimpunan wilayah (65)
Laman web Laman web rasmi Balochistan


Balochistan, atau Baluchistan, Pashto, (Balochi, Hazara, Brahui, Sindhi, Urdu: بلوچستان) adalah sebuah wilayah di Pakistan, dan merupakan wilayah yang terbesar di Pakistan berdasarkan keluasan geografi; kecil sedikit berbanding Norway. Kebanyakan sejarah kawasan Balochistan terdapat di sini dan ia dinamakan sempena rakyat Balochistan. Jiran-jirannya adalah Balochistan, Iran di bahagian barat, Afghanistan dan Kawasan puak ditadbir Persekutuan di utara dan Punjab dan Sindh di timur. Ke arah selatan adalah Laut Arab. Bahasa-bahasa utama di wilayah ini adalah Baluchi, Brahui, Sindhi dan Pashto. Bandar terbesar dan ibu negeri adalah Quetta. Balochistan dipercayai kaya dengan sumber-sumber galian. Ia merupakan pengeluar kedua terbesar gas asli negara selepas Sindh.

Provincial symbols of Balochistan (unofficial)
Provincial flag
Provincial seal
Provincial animal
Provincial bird
Provincial tree
Provincial flower
Provincial sport

Geografi[sunting | sunting sumber]

Balochistan terletak di pinggir timur Penara Iran dan bersempadan dengan Asia Barat Daya, Asia Tengah, dan Asia Selatan. dari segi geografi, ia merupakan wilayah terbesar daripada empat wilayah di Pakistan dengan keluasan 347,190 km² atau (134,051 batu persegi); ini bermakna keluasan wilayah ini merupakan 48% daripada luas keseluruhan Pakistan. Ketumpatan penduduk adalah rendah disebabkan muka bumi yang bergunung ganang dan ketiadaan sumber air. Kawasan selatan dikenali sebagai Makran, manakala kawasan tengah pula adalah Kalat.

Pergunungan Sulaiman menguasai bahagian penjuru timur laut dan Genting Bolan pula merupakan laluan semulajadi ke Afghanistan melalui Kandahar. Ini pernah digunakan sebagai laluan semasa kempen penjajahan British ke Afghanistan[1]. Kebanyakan wilayah ke selatan Quetta merupakan padang pasir jarang dengan bandar-bandar yang kebanyakannya tertumpu berdekatan sungai dan jeram.

Ibu kota wilayah ini adalah Quetta, yang terletak di daerah berkepadatan penduduk tinggi di timur laut wilayah. Quetta terletak di lembah sungai berdekatan dengan sempadan Afghanistan, dan terdapat jalan raya yang menghubungkan denga Kandahar di arah timur laut.

Di pantai Gwadar, kerajaan Pakistan sedang membina satu pelabuhan besar dengan kerjasama China. Projek ini juga akan menempatkan pangkalan untuk Tentera Laut Pakistan, dan secara tidak langsung akan mengurangkan pengantungan Pakistan pada pelabuhan-pelabuhan di Karachi dan Pelabuhan Qasim, yang mana kini merupakan pelabuhan-pelabuhan utama di Pakistan[2]

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Cuaca sangat sejuk dan panas di tanah tinggi semas musim sejuk dan panas.. Musim sejuk di bahagian bawah tanah tinggi berubah dari sejuk melampau di bahagian daerah utara ke keadaan nyaman berdekatan pantai Makran. Musim panas adalah kering dan panas, terutamanya di daerah zon-zon gersang di Chaghai dan Kharan. Tanah pamah juga sangat panas semasa musim panas dengan suhu meningkat setinggi 120 °F (50 °C). Musim sejuk agak baik dengan suhu tidak pernah berada di bawah takat beku. Cuaca di padang pasir dipengaruhi oleh ciri-ciri kepanasan dan keadaan gersang. Kadang-kala angin kuat menjadikan kawasan-kawasan ini sangat tidak sesuai untuk didiami.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah populasi
Banci Populasi Bandar

1951 1,167,167 12.38%
1961 1,353,484 16.87%
1972 2,428,678 16.45%
1981 4,332,376 15.62%
1998 6,565,885 23.89%
2005 9,839,417 23.89%

Balochistan mempunyai populasi seramai 10 juta penduduk. Keseluruhannya, kaum-kaum ini terdiri dari Baloch dan Brohi merangkumi 62% daripada populasi wilayah[perlu rujukan]. Selebihnya adalah dari puak Pashtun, Hazaras dan Sindhi. Puak Baloch tertumpu di kawasan kurang penduduk di barat laut, barat, timur dan selatan; puak Brohi di kawasan tengah wilayah, sementara puak Pashtun merupakan majoriti di kawasan utara. Quetta, ibu negeri wilayah ini, merupakan penduduk majoriti manakala puak-puak Baloch, Hazara dan Punjabi pula adalah minoriti. Berdekatan dengan kawasan Kalat dan bahagian-bahagian lain wilayah ini terdapat jumlah ketara penutur bahasa Brohi. Kaum Balochi juga menguasai kawasan di sepanjang pantai Makrani, . Sebagai rekod, 769,000 pelarian Afghanistan boleh dijumpai di wilayah ini termasuk puak Pashtun, Tajik, dan Hazara. Kebanyakan petani Sindhi telah berpindah ke kawasan pertanian di sebelah timur. Terdapat juga pertambahan jumlah kumpulan etnik-etnik lain yang terdiri dari kaum Kurdish, Punjab, Muhajir dan Iran yang telah menjadikan Balochistan sebagai tanahair mereka pada dekad-dekad sebelumnya.[perlu rujukan]

Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Balochistan memiliki masyarakat kuasa baka dan kebudayaan konservatif, yang mana 'pembunuhan maruah' merupakan suatu perkara yang biasa. [3]

Kebanyakan orang percaya masyarakat Baloch adalah pelik kerana banyak amalan-amalan kejam masih terdapat di kawasan ini. Banyak tradisi-tradisi Baloch telah menarik perhatian pelbagai pertubuhan dan aktivis hak-hak kemanusian di Pakistan. Isu-isu seperti pembunuhan maruah, mahkamah puak dan amalan-amalan tradisi (memaksa penjenayah berjalan di atas bara api) yang mana bertentangan dengan undang-undang Pakistan serta antarabangsa menjadi perbahasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan Pakistan telah menambah belanjawan untuk wilayah ini sejak beberapa tahun lalu dengan penekanan ke atas pendidikan, jalan raya dan peluang pekerjaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Balochistan merupakan tapak penerokaan pertanian terawal yang diketahui di Penara Iran yang bersempadanan dengan Asia Selatan, di Mehrgarh bertarikh 6500 SM. Balochistan di Pakistan secocok dengan wilayah Achaemenid purba di Gedrosia. Balochistan didiami oleh pelbagai kaum, berkemungkinan kaum yang berasal dari Dravidian dan India-Iran, selama berkurun-kurun ekoran kejatuhan tamadun Harappa-Mohenjo-daro yang terletak berdekatan ke arah timur. Setelah beberapa lama, Balochistan telah diserang oleh pelbagai kumpulan-kumpulan Eurasian termasuk Aryan, Parsi, Greek, Kushan, Arab, Turki, Mongol, Mughal, Afghanistan, dan British. Serangan Aryan telah menyebabkan kehilangan Elamo-Dravidian[4] kecuali Brahui yang mungkin tiba kemudian, begitu juga dengan Balochis. Kaum Balochis mula tiba daripada tanahair mereka di utara Iran dan jumlah mereka mula melebihi puak-puak Kurdish yang menduduki bahagian barat Penara Iran.

Ketibaan Islam di Baluchistan[sunting | sunting sumber]

Di wilayah Baluchistan, Pakistan sekarang, pada kurun ke-7 dibahagikan kepada 2 kawasan utama, bahagian Barat Daya adalah wilayah Kermān yang merupakan sebahagian daripada Empayar Parsi manakala bahagian Timur Laut pula merupakan sebahagian wilayah Parsi, Sistan. Kawasan selatan adalah termasuk dalam Makran. Pada awal 644, Khalifah Umar telah menghantar Suhail ibn Adi dari Busra untuk menakluk wilayah Kerman, Iran; dan beliau kemudian menjadi gabenor Kerman. Dari Kerman, beliau menuju ke barat Baluchistan dan menawan kawasan berdekatan barisan hadapan Parsi.[5] bahagian barat daya Baluchistan telah ditawan semasa kempen Sistan pada tahun yang sama.

Semasa pemerintahan Khalifah Uthman pada 652, Baluchistan telah ditawan semula dalam kempen menentang pemberontakan di Kerman, di bawah arahan Majasha ibn Masood, ia merupakan kali pertama barat Baluchistan telah diperintah secara terus di bawah undang-undang khalifah dan memberi ufti dalam bentuk hasil pertanian.[6]Pada masa itu, barat Baluchistan adalah di bawah kekuasaan Kerman. Pada 654, Abdulrehman ibn Samrah menjadi gabenor Sistan, di bawah arahan beliau tentera Islam untuk menghapuskan pemberontakan di Zarang, yang mana sekarang terletak di selatan Afghanistan. Setelah menawan Zarang, satu pasukan ini bergerak ke utara bagi menakluk kawasan sehingga ke Kabul dan Ghazni di pergunungan Hindu Kush, sementara satu pasukan tentera yang lain bergerak ke arah barat laut Baluchistan dan berjaya menawan kawasan sehingga ke kota purba Dawar dan Qandabil (Bolan),[7] sehingga tahun 654, seluruh (kini merupakan wilayah Baluchistan di Pakistan) telah berada di bawah pemerintahan Khalifah Rashidun kecuali bandar gunung, QaiQan (kini Kalat) yang mempunyai pertahanan yang kukuh, yang mana telah ditakluk semasa pemerintahan Khalifah Ali. [8] Abdulrehman ibn Samrah menjadikan Zaranj sebagai ibu kota wilayahnya dan kekal menjadi gabenor di sini dari 654 hingga 656, sehinggalah Khalifah Uthman dibunuh.

Semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, kawasan-kawasan Baluchistan, Makran sekali lagi memberontak. Oleh kerana perang saudara berlaku di dalam empayar Islam. Khalifah Ali tidak dapat menangani kawasan ini sehingga tahun 660 apabila baginda menghantar satu pasukan tentera di bawah arahan Haris ibn Marah Abdi ke arah Makran, Baluchistan dan Sind. Haris ibn Marah Abdi tiba di Makran dan telah berjaya menawannya dengan ketenteraan. Angkatan tentera ini kemudian bergerak ke arah utara iaitu ke arah timur laut Baluchistan dan menawan kembali Qandabil (Bolan). Selepas itu begerak ke arah selatan dan akhirnya menawan Qaiqan (Kalat) selepas berlaku pertempuran sengit[9]. Pada 663, semasa pemerintahan Khalifah Umayyad Muawiyah I, empayar Islam telah kehilangan kawalan ke atas bahagian timur laut Baluchistan dan Kalat apabila Haris ibn Marah dan sejumlah besar tentera terkorban dalam peperangan menentang pemberontakan di Kalat.[10] Tentera Islam kemudian menguasai kembali kawalan di kawasan ini semasa pemerintahan Umayyad. Ia kekal sebahagian daripada empayar Khalifah Abbasiyah.

Sejarah rakyat Baloch[sunting | sunting sumber]

Berlawanan dengan bukti-bukti lisan dan sejarah, kebanyakan rakyat Balochistan percaya bahawa mereka adalah berasal dari Semitik dan bukannya Iran. Balochistan mendakwa mereka telah meninggalkan Aleppo di Syria pada kira-kira dalam milenia pertama dan berhijrah ke Balochistan,[11] on the other hand it is considered more likely they are an Iranian group who have possibly absorbed some Arab ancestry and cultural traits instead, adalah juga dipercayai bahawa kaum Baloch mempunyai berketurunan Arab, dan kemungkinan mereka telah meninggalkan tanah Arab apabila Iraq berpecah daripada Parsi pada 652 SM dan terdapat bukti-bukti sejarah yang mengaitkan mereka telah mendiami (Khuzestan) dan (Bushehr) sebelum berpindah ke Kerman dan Hormozgan. Pada kurun ke-15, Mir Chakar Khan Rind telah menjadi raja pertama di Baluchistan. Balochistan selepas itu telah dikuasi oleh empayar-empayar yang berpangkalan di Iran dan Afghanistan termasuk juga Empayar Mughal yang berasal dari India. Ahmed Shah Durrani telah mengilhakkan kawasan ini sebagai sebahagian daripada Afghanistan "Raya". Kawasan ini akhirnya kembali dalam kawalan kaum Balochi tempatan, walaubagaimanapun kawasan utara masih dikuasai oleh kaum Pashtun.

Semasa zaman Raj British, terdapat empat negeri-negeri beraja di Balochistan: Makran, Kharan, Las Bela dan Kalat. Pada 1876, Sir Robert Sandeman menandatangani perjanjian dengan Khan dari Kalat dan menjadikan wilayah-wilayah beliau - termasuk Kharan, Makran, dan Las Bela - di bawah pemerintahan tertinggi British. Selepas Perang Afghanistan II pada 1878-80, Perjanjian Gandamak telah ditandatangani pada Mei 1879, Emir Afghanistan telah menyerahkan daerah-daerah Quetta, Pishin,Sibi, Harnai, dan Thal Chotiali kepada British. Pada 1883, British telah menyewa Genting Bolan, di tenggara Quetta, daripada Khan Kalat secara kekal. Pada 1887, beberapa kawasan di Balochistan telah diistiharkan sebagai tanah jajahan British. Pada 1893, Sir Mortimer Durand telah berunding satu perjanjian dengan Amir Abdur Rahman Khan dari Afghanistan untuk menetapkan Garisan Durand yang bermula dari Chitral ke Balochistan sebagai sempadan di antara Afghanistan dan British.

Terdapat dua kejadian gempa bumi membinasakan yang berlaku di Balochistan semasa pemerintahan penjajah British: Gempa bumi Balochistan 1935 telah memusnahkan Quetta dan Gempa bumi Balochistan 1945, dengan pusat gempanya di kawasan Makran. Gempa ini juga telah dirasai oleh kawasan-kawasan lain di Asia Selatan.

Pada 15 Jun, 2006, dianggarkan seramai 600 orang pejuang, yang diketuai oleh tiga komander, bersetuju untuk meletak senjata setelah berunding dengan Shoaib Nausherwani, Menteri Hubungan Dalam Negeri Baluchistan, di daerah Dera Bugti.[12] Pada 26 Ogos, pemimpin puak Balochistan Nawab Akbar Khan Bugti telah terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan oleh angkatan tentera Pakistan.[13]

Pada 1998 Pakistan telah menjalankan ujian nuklear di Ras Koh dan padang pasir Kharan, kedua-duanya di Wilayah Kharan di barat laut Balochistan. Selepas rampasan kuasa oleh Musharraf daripada kerajaan Nawaz Sharif, gerakan pemberontakan oleh puak pemisah muncul kembali.

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Wilayah Balochistan yang berasaskan unikameralism terdiri daripada 65 buah kerusi yang mana 4% dikhaskan kepada bukan Islam dan 16% kepada wanita.

Divisyen pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Balochistan dibahagikan kepada 27 daerah.

Bandar-bandar besar[sunting | sunting sumber]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi wilayah ini bergantung kepada pengeluaran gas asli, arang batu dan bahan-bahan mineral. Di luar Quetta, kemudahan infrastruktur telah dibangunkan secara beransur-ansur akan tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain di Pakistan. Sektor pelancongan masih lagi terhad tetapi semakin meningkat disebabkan pemandangan eksotik wilayah ini. Kegiatan terhad pertanian di timur dan perikanan sepanjang pantai Laut Arab merupakan sumber pendapatan dan pendapatan kepada penduduk tempatan. Oleh kerana cara hidup kebanyakan puak Baluch dan Brahui, penternakan haiwan adalah penting dan bazar-bazar perniagaan boleh didapati di seluruh wilayah.

Walaupun wilayah ini masih belum membangun, terdapat beberapa projek utama sedang dijalankan di Balochistan, termasuk pembinaan pelabuhan laut dalam di lokasi bandar penting dan strategik, Gwadar.[14] Pelabuhan ini dijangka akan menjadi pusat koridor tenaga dan perdagangan ke dan dari China dan republik-republik Asia Tengah. China banyak memainkan peranan dalam projek ini, yang mana memungkinkan Gwadar menjadi sebagai pangkalan perdagangannya di Laut Arab.[15] Jumlah keseluruhan projek dianggarkan melebihi AS$ 2 bilion. China juga telah melabur dalam projek lebuhraya pantai yang menghubungkan Gwadar dengan bandar terbesar di Pakistan, Karachi.[16]

Jauh ke barat adalah projek pelbagai guna Empangan Mirani[17], yang merentangi Sungai Dasht, 50 kilometer ke arah barat Turbat din Divisyen Makran. Empangan ini akan menyediakan sumber pengairan bagi membangunkan pertanian dan akan menambah lebih daripada 35,000 km² tanah pertanian. Terdapat juga penglibatan China dalam projek perlombongan tembaga dan emas berdekatan kawasan Saindak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 5 buah universiti awam di Balochistan, dan juga beberapa institusi persendirian.

Carta di bawah menunjukan taburan pendidikan di Balochistan (Pakistan) yang dianggarkan oleh kerajaan pada 1998. Lihat juga [1]

Kelulusan Bandar Luar bandar Jumlah Kadar pendaftaran(%)
1,568,780 4,997,105 6,565,885
Pra sekolah rendah 237,827 1,149,334 1,387,161 10.00
Sekolah rendah 361,760 1,427,173 1,788,933 15.87
Sekolah menengah 325,051 971,437 1,296,488 17.62
Matrikulasi 318,932 846,509 1,165,441 31.88
Pertengahan 132,248 232,865 365,113 14.13
BA, BSc… ijazah 9,726 16,490 260,216 8.57
MA, MSc… sarjana 99,303 133,422 232,725 8.17
Diploma, Sijil… 56,319 61,464 117,783 4.62
Kelulusan lain 27,614 158,411 186,025 2.83

Lapangan ujian Sonmiani[sunting | sunting sumber]

Sonmiani yang terletak di tenggara Balochistan adalah merupakan pusat pelancaran angkasa lepas bagi roket sub-orbit yang dioperasikan oleh agensi angkasa lepas kebangsaan Pakistan.

Penara Baluchistan Penara Baluchistan terletak di bahagian barat laut wilayah Baluchistan. Ia terletak kira-kira 1000 meter di atas paras laut.

Individu-individu terkenal[sunting | sunting sumber]

Terdapat ramai individu terkenal berasal dari Balochistan termasuk yang berikut:

Personaliti bersejarah
Pra-Kemerdekaan (pra-1947)

Selepas-Kemerdekaan (selepas-1947)

Hiburan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Genting Bolan - Ensaiklopedia Britannica Edisi ke-11
  2. ^ "Permata China di perairan Pakistan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-23. Dicapai pada 2008-11-08.
  3. ^ "Tiga remaja ditanam hidup-hidup dalam "pembunuhan maruah"" (HTML). Times Online. Dicapai pada 2008-09-05.
  4. ^ David McAlpin, Proto-Elamo-Dravidian, Philadelphia 1981
  5. ^ Ibn Aseer vol: 3 page no: 17
  6. ^ Fatu al Buldan page no:384
  7. ^ Tabqat ibn Saad vol: 8 pg: 471
  8. ^ Fatuh al buldan pg:386
  9. ^ Khalifah Rashidun dan Hind, oleh Qazi Azher Mubarek Puri, diterbitkan oleh Takhliqat , Lahore Pakistan
  10. ^ Tarikh al Khulfa vol:1 pg :214-215,229
  11. ^ M. Longworth Dames, Balochi Folklore, Folklore, Vol. 13, No. 3 (Sep. 29, 1902), pp. 252-274
  12. ^ "Pejuang-pejuang Baluch menyerah diri di [[Pakistan]]" (HTML). Al-Jazeera Global News. Dicapai pada 2006-11-19. URL–wikilink conflict (bantuan)
  13. ^ "Unrest follows death of Baloch 'Tiger'" (HTML). International Relations and Security Network, Switzerland. Dicapai pada 2006-11-19.
  14. ^ "Gawader" (HTML). Badan Pelaburan Pakistan. Dicapai pada 2006-11-19.
  15. ^ "Gwadar: pangkalan tentera laut China di Laut Hindi". Association for Asian Research. Diarkibkan daripada yang asal (HTML) pada 2010-04-05. Dicapai pada 2006-11-19.
  16. ^ "Permata China di perairan Pakistan". Asia Times Online. Diarkibkan daripada yang asal (HTML) pada 2009-01-23. Dicapai pada 2006-11-19.
  17. ^ "Projek Empangan Mirani" (HTML). National Engineering Services Pakistan. Dicapai pada 2006-11-19.

http://www.balochistaninfo.com/200604/BalochNationalismitsOriginandDevelopment.pdf Diarkibkan 2007-10-08 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]